background

Sabtu, 30 April 2011

Resepi lagi

Assalamualaikum.... resepi lagi entry kali ni.
(nampak sgt xsbar nk balik)
kali ni dr.Love bawakan resepi yg dr.Love reka jugak
iaitu... (bunyik cengkerik please...hehe)

SUP CENDAWAN TELUR DAN ROTI


tq tu googirl

bahan-bahan:

sepeket cendawan 
4 biji telur
sedikit tepung jagung (bancuh dengan air)
1sb susu cair
sedikit gram
1 kiub ayam
2 biji kentang
air secukupnya
daun sup
satu batang karot (dihiring panjang2)
dan 2 pokok kailan
bawang putih sebiji (ditumbuk)

cara membuatnya:

- cendawan dipotong halus2
- rebus kentang dan kisar smpai lumat
- panaskan sedikit minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau
- masukkan cendawan,karot kentang kisar, air, garam, kiub ayam,susu cair
   dan tpung jagung.
- setelah menggelegak, hidangkan. tabur daun sup diatas.
- makan bersama roti.

# haa itulah dia resepi dr.Love kongsikan dipagi hari.
   kalau rajin cubalah. hehehe...

   Original resepi by Doktor Love

Jumaat, 29 April 2011

Dari Dapur Dr.Love (slot resepi la pulakk)

FISH MEAT PORRIDGE with CHICKEN OMELETTE

Thanks to atok google for picture

bahan-bahan untuk bubur

2 ekor ikan sardin(bukan yg dalam tin taw.ambil isi ikan sahaja dan potong dadu)
daging kisar(beli yg dah siap kisar)
beras satu cawan
air secukupnya
satu ulas bawang putih (cincang)
setengah sudu ladahitam (tumbuk kasi hancur)
satu biji bawang merah (cincang)
sebiji kentang (potong dadu)
setengah batang carrot(potong memanjang)
broccoli satu pokok (potong mcm biasa)
garam secukup rasa
kiub ayam (setengah je)
satu s/b sos ikan
daun bawang / daun sup (kalo nak la)
bawang goreng (kalo suka-Dr.Love xsuka. hehe)
minyak untuk menumis

cara-cara:

1- basuh beras sampai bersih dan toskan. 
2- panaskan minyak dan tumis bawang putih, merah smpai wangi
3-masukkan ikan dan daging cincang.gaul. kemudian
    beras, air secukupnya, kentang dan carrot
4- selepas kesemua tadi dah mengembang masukkan kiub ayam,
     sos ikan garam dan broccoli.
5- masukkan lada hitam yg ditumbuk.gaul sehingga kesemuanya 
     empuk dan nasi betul2 lembik
6- hidangkan. tabur daun bawang.daun sup serta bawang  goreng

bahan-bahan untuk omelette:-

Thanks to nenek google

2 biji telur
keju parut (parmesan/cheddar)
susu cair (dlm tin)
susu kotak (yg berkrim)
daging ayam kisar
kacang pis (potong nipis2)
1 s/b minyak
2 sudu mayonis

cara-cara:-

1- pukul telur kemudian masukkan mayonis, 3 sudu makan susu kotak
     2 sudu kecil susu cair dan masukkan ayam kisar dan kacang pis
2- panaskan minyak kemudian masukkan adunan.
3- untuk menimbulkan kerangupan taburkan keju parut diatas telur
4- siap dihidang bersama bubur. yummy!

nota lutut: jangan risau, walaupun ayam sudah dicampur dgn telur,
                ayam tetap masak. sbab ayam kisar cepat masak.
                letak mayonis supaya omelette anda gebu.

~Hah korang mesti pelikkan kenapa tiba-tiba Dr.Love bertukar menjadi Chef Love.
 eheeee. saja ja kongsi resepi yg doktor love sendiri cipta. rasa puas bila dapt memasak.
  tambah2 pulak memasak masakan yg kita cipta. selamat mencuba.

~original receipe from Dr.Love~

Penghujung Semester yg tidak ada perubahan

Aku
.........dah
...............taknak
.........................rancang
....................................apa-apa
................................................dengan
..........................................................kau
...............................................................sebab
...................................................................selalu
.........................................................................tak
............................................................................jadi.
.......................................................................Ruginya
.....................................................................aku
...............................................................tak
........................................................balik
...............................................dari
.........................................awal2
....................................lagi.
.............................patutnya sekarang dah tenang berehat dekat rumah.(Taiping)

Rabu, 27 April 2011

Kisah lawak lagi

MALAM JUMAAT. HEHEHE

Malam itu malam jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan 
dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang
 menyusu anak bongsu mereka

” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”

” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” 

balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?


“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”

” Bang anak? Anak dah tidur” 

Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat
” SODAQALLAHULAZEEM “

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

thanks to lawak jenaka.



Isnin, 25 April 2011

Kasih sayang kita berdua

Assalamualaikum dan salam sejahtera
bertemu lagi kita dalam slot kenangan dolo-dolo.
kali ini Dr.Love mau cerita tentang seorang gadis
yang comel, cantik dan manis. betullll....
kalau tak caya meh nak tunjuk bukti.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

cun tak? sape kata tak cun dia buta.(dgn muka serius)

Nama diberi Liyana bt Jamaluddin yg membawa maksud 
kelembutan. woww... memang padan dgn orangnya.
Lahir di batu gajah pada 26 november 1991

SEJARAH

mula berkenalan pada tahun 2004 tapi kitorang
masa tu musuh. tak kawan lagi. ehee. kalau nak tahu
Liyana neh ada geng dulu. gile laaa... huuu.
tapi pada tahun 2003 kami dipertemukan semula
dan berada didalam satu kelas. masa ni la hubungan 
mula terjalin. terus jadi BFF sampai sekarang.
Hah! cube kira dah berapa lama kitorang bersama?
dah 8tahun kami bersama. macam2 kami lalui.
pahit getir, jatuh bangun, tawa tangis dan mcm2.
Pada bulan 2 tahun 2003 kami mula rapat.
hampir setiap hari bersama xmo berenggang.
segala rahsia kami kongsikan bersama.
memang rapt gila la.dimana ada liyana disitu ada atin.


see... berkepit jew kitorang.


Sherashi bershama... jangan jeles okey...
huhu.

setelah lama bersama panggilan kami turut berubah.
kini Dr.Love memanggilnya 'Ma' (mama)
dan dia panggil Dr.Love 'By' (Baby)
kui3. comel ganas x?




ZAMAN PERCINTAAN


Slot ni adalah slot khas buat  ma.
ehem2. ada yg blushing ke bila soal cinta di ketengahkan?
ehee... setiap insan pasti mahu dirinya
dicintai dan menyintai serta disayangi.
sebelum ma menemukan cinta sejatinya kini,
ada 10  2 orang sebelumnya kalo xsilap.
tak payah la dinyatakan orangnya.
yg pertama ketika kitorang di sekolah rendah. wheeee...
sekolah rendah dah pandai bercintun ye.
tapi xbercintun pun, cuma usha2 dari jauh jer...
Masa sekolah rendah Dr.Love pun ada gak boypren.
haa. ce bace entry lepas. huhu. hensem kan boypren(kawan lelaki) Dr.Love?
Kemudiannya. masa sekolah menengah. tapi tak lama.
sehinggalah yang kini. ia juga bermula di sekolah menengah.
menurut ma, waktu dia usha pa (papa),
pa sedang berada di tingkatan 6 atas. apa daya penarik pa yang
buatkan ma admirer ketika itu?
pa seorang yg good looking, nampak pendiam,
mcm susah nak didekati., baik jew orgnya, anak cikgu,
adiknya yg sama tingkatan dgn kitorang muke garang.
tapi dio ni cool je. setiap kali kalau ternampak pa,
ma akan usha je sambil sengih2. alololo...


inilah gadis tersebut yang sering mengintai
jejaki idamannya.

Siapakah?
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Ini la lelaki tersebut.
apa namanya?
nama dia Mustakim Muhsinon

Hot x mamat nehh?
Kalau korang nak tau dia ni lah
juara Maharaja Lawak.
peratus undiannya naik mendadak.
tahniah3!!!

Layankan pictures mereka.
Masa tengok gambar diorang
sila pasang muzik background
lagu P.Ramlee yg bertajuk
Tiada kata secantik bahasa
Apa sebabnya? sebabnya lirik lagu ni sesuai
sangat dengan pasangan comel ni.


abaikan manusia yg ada kt atas batu tu.

Tiada kata secantik bahasa
untukku puji adinda...
Tiada gambar secantik lukisan
nakku gambarkan perasaan...


Ooo dinda puspa gemala
mengharum jiwa...


dinda puspa gemala 
mustika  kanda...


namun musim berubah
suasana bercinta
tapi ikatan mesra
sikitpun takkan longgar



Tiada kata secantik bahasa
untukku puji adinda...

Haa kena tak lagu ni dengan pasangan
comel diatas? sweet kan lagu ni?
*ma... pa... tolong jangan blushing.
ngeee~ ~


ZAMAN SEKOLAH




Anak sape ni?
Darjah 6 (2003)


Pi balik sekarang!
huhu
Darjah 6 (pertandingan memasak)


budak giler muke kitowang
masa ni kitorang form 3 (2006)
uhuu teman waktu tu pengawas sekolah.


Inilah cinta 3 segi.
berebut nak mamat tengah2 tu.
tingkatan 3 (selepas pertandingan dikir barat)


Ni apehal ni? lapar?
heee...
tingkatan 4 (2007)
hari sukan 



Kamilah wirawati kawad
(2007)


St.John Ambulance sentiasa di hati.


SAHABAT HANDAI



Karok time!
masa ni Dr.Love on the way
baru nak masuk Universiti.
jadi spend time dulu dgn diorang. 

betapa susah nk capture gmba cenggini


 Lupa nak kenalkan, yg mamat blakang 2 orang tu
Omar(yg pkai spek) dan iwan.


Majlis perpisahan kepada  yg pindah ke sekolah teknik
sape yg pindah?
tu haaa Asraf Wazir, Mr.Right (Hafiz), syazwan
dan Auji.



Kami ini bintang sekolah.huhu.
tak caya? kitorang dah membintangi
beberapa pementasan teater di sekolah.
gambar diatas adalah ketika kami
melakonkan sebuah drama pentas inggeris
bertajuk :-
"The prayer of the planet Earth"

weee... best la kenangan zaman sekolah dulu.
kan ma? kalau boleh rasa mcam nak ia berulang lagi.
malangnya dalam hidup ini apa yg tidak seronok
adalah kita tidak punya butang untuk ditekan  patah balik
ke masa lalu.

 SANTAPAN AKHIR ENTRY


Sampai sudah kita diakhir rancangan. ehee..
harap anda semua akan terhibur dengan segala yang tertinta
disini. segala kenangan hanya terungkap melalui
gambar-gambar yg dihidangkan.

Tamat sudah entry untuk Liyana Jamaluddin.
pose terakhir dari my mama


Aikk...tak boleh taruh perasaan.
ini bunga sudah ada kumbangnya


pose comel   hensem dari by dan ma.

sekian,
wassalam
Love you, Ma.
xoxo.
(@_@)^

cerita lawak lagi

Ayat Selepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

kisah lawak. bace lar...

Ha'ah? Benar? Betul?

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.


“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya…

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu….

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”


Daud dan English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”


Janda hot yang dahaga!

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….
Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.
Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya…
Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu…
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, beliau bangun dari katilnya,badannya terasa panas,tekaknya terasa haus.  Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,sampai di dapur,beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.  Beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya.  Setelah meminum air tersebut,beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula…
Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga.
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….


Siapa tu???

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.

“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.

“Saya Malaikat Maut!”

“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”



Ahad, 24 April 2011

to: si Dia Asraf Wazir

Assalamualaikum dan salam blogger.
haa.. bagaimana dengan hari2 anda?
okey ke tak okey? mstilah oke kan...

ingat lagi post yg sebelum ni?
ya. tentang si dia Asraf Wazir itu la.
Dr.Love rasa, Dr.Love perlu buat biografi 
untuk dia. kenapa? sebab.....
katanya dia tak ingat lgsung kenangan lepas
WHAT?????????

jadi kalau Dr.Love tak cerita, dia tak tau la.
Adehhh. pedih.pedih.pedih.
dia banyak makan semut api agaknya.

tak apa, kalauada masa yang terluang,
Dr.Love akan buat biografi khas kisah
zaman dolo-dolo kitorang. 
kena tunggu Dr.Love habis exam
baru boleh berjimba karang biografi.
heee

kepada Asraf sayang, lepas ni bila
biografi dah siap dibuat, tlong
baca berulang kali ye.
semoga anda tidak lupa kenangan kita.
apa2 pun love you till the end...

ahahahaha....
wink2
(@_@)^


Wahhh...romantik tak?
boleh jadi cover depan biografi nanti.
kui3

Khamis, 21 April 2011

Rindu Padamu

Assalamualaikum....
Hehehe... tajuk diatas macam geli geleman sikit kan?
Mesti korang ingat Dr.Love nak cerita tentang Si dia.
Oppsss! bukannnn... Dr.Love mahu cerita tentang Si dia yg lagi satu.
hehehe... (*berapa banyak Dr.Love ni ada si dia?)  
sebenarnya si dia yg di maksudkan disini adalah ex-boyfriend  Dr.Love.
hahahaha. tak lah. gurau je.... (ish! tolong serius cket wahai Dr.Love)

Dah lama rasanya Dr.Love nak buat entry tentang  si dia ni.
cuma tak terbuat jer... skarang Dr.Love nak buat khas buat dia.
nak tahu siapa si dia ni? jeng... jeng... jeng...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Inilah dia si dia yg bernama 
Muhammad Asraf bin Wazir

Hensemkah dia?
hehehe. boleh la tahan kan?
good looking, sweet n sour. (kah4)
siapa yg mahu jadi aweks dia sila bertemu dengan Dr.Love dulu.
kui3. 

SEJARAH PERTEMUAN

Kami bertemu pada pertengahan bulan 3 tahun 2000 dimana 
ketika itu, Dr.Love baru pindah dari sarawak. tapi kitorang kenal
just as classmate ajelah. tak sembang ponnn.
pada tahun 2002 kami dipertemukan sekali lagi di dalam kelas yg sama.
Dr.Love dipindahkan tempat duduk dari tepi pintu ke tempat duduk tepi dia.
tarikh Dr.Love mula duduk sebelah dia adalah 14 februari 2002.
First sekali ekspresi Dr.Love dalam hati
"kenapa la Sir tukar aku duduk tepi budak laki."
yg si dia pulak menyerongen(senyum) je tengok Dr.Love.
"hai, nama hg sapa?"
si dia sudah tanya nama laaaa. huhu. tapi Dr.Love tak jawap.
Dr.Love cuma bagi dia buku nota latihan(suh dia baca nama kt situ)
"ooo... Ct NurFatin Atika. panggil Atin je boleh?"
Dr.Love yg sememangnya tak ada nickname angguk je la.
jadi dia la creat nama panggilan Atin tu. ececece (kembang semangkuk kawan tuh)
jadi bermulalah hari-hari kami bersama. 
setiap hari ada je kelakuan dia yang menghiburkan hati.
maklumlahhhh Dr.Love ni tak ada kawan lain selain dia.
kalau berkawan dengan budak lain pun asik kene ejek je.
stress jugak dibuatnya. jadi Dr.Love nyembang dengan dia aje la.
setiap hari dengan dia, belajar same2, makan same2, balik same2(tunggu kt abah masing2 kt bawah pokok)
jadi, Dr.Love mula lah menyenangi dia. so, takleh nak tipu laaaa
rasa sayang mula timbul. kalau ada orang ejek dia,
Dr.Love pertahankan dia. begitu jugak dengan dia.
hubungan kitorang diserikan dengan kehadiran
 Safwan Rosni, Fatin jahaya
dan Daim. tapi Daim pindah ke sekolah lain lepas tu.
ada satu hari, (masa darjah 5) Dr.Love tak sihat.
siap muntah lagi dalam kelas. dia la yg teman dan sentiasa di sisi.
ececehhhh... dan juga, bila dia demam, Dr.Love plak jaga dia.
Dr.Love suruh dia tidur. Masa balik tu muka dia pucat.
Waktu malam masa tengah buat homework, Dr.Love teringat dekat dia.
nak mesej, hp pun takde. jadi telefon guna telefon rumah je lah.
"Hello... Asraf ada? ni Atin."(family dia kenal sudahh dgn Dr.Love)
"Ada.Kejap ye."
"Hello. ..Atin, nape?"
"Demam dah okay?"
"Belum. badan panas lagi."
"Kalau macam tu, Ash tak payah lah datang sekolah esok."
"Nanti sape nak teman Atin?"
"Tak pe. sehari je pun atin sorang2. bagi badan Ash tu sihat cket."
"Thank you atin."
"Welkem... jangan lupa makan ubat."
Uhhuuu... care betul Dr.Love pada dia.
esoknya, Dr.Love pandang je kerusi dia yg kosong tu.
hahaha... dalam hati berkata,
'lambatnya hari esok..' kui3.
masa darjah 6, lepas je upsr, kitorang berani hidup, sertai
pertandingan memasak. dengan sedikit ilmu yg mak berikan,
Dr.Love cuba untuk memasak. hehehe.


comel tak kitorang masa darjah 6?
yg berdiri dari kiri : Ng mei chen. niveathaa, liyana dan Dr.Love
yg duduk : Omar, Safwan dan Asraf

MEMORI TERINDAH

Mesti korang tahu kan cerita korea ,winter sonata kan?
masa kitorang kat sekolah dulu, Ash la yang suruh
 Dr.Love tengok cerita tu.
Dr.Love dulu tak layan pun cerita korea2 nehh
so, oleh kerana permintaan dari dia, Dr.Love pun tgok la.
Hahaha. katanya...
"Asraf jadi Ming Hyung, Atin jadi Yoo jin."
Bila diingatkan balik rasa comel je.
hehehehe.

Kami teringin nak buat macam gini dulu.
resultnya, tak dapat salji,
plastesine pun jadilah.... hehe.
sweet moment.


Hi, kamilah hero dan heroin Winter Sonata.
Loving tak?

 kenanagan yg seterusnya adalah, dimana
si dia meminta Dr.Love untuk mendengar lagu duet Achik Spin dan Siti Nordiana
memori berkasih.
best giler lagu ni....
Disebabkan perkenalan dari lagu ni lah,
Dr.Love meminati kesemua lagu nyanyian diorang ni.
best, jiwang dan bermakna..
cehhh....

suka pasangan ni...

pasangan paling comel.
macam kitorang gak. kui3.

SEKOLAH MENENGAH

Masa sekolah menengah, kitorang berlainan kelas
tapi hubungan kitorang still carry on biarpun kadang2 sangat berjumpa.
tapi kisah sedihnya yang nak diceritakan, si dia ni cuma bersekolah di
SMK KAMUNTING dalam 3 tahun sebulan je
sebelum dia pindah ke sekolah teknik.
nak tau apa reaksi Dr.Love?
Dr.Love nangis le pada hari last dia dekat sekolah.
tapi dia tak tau.
yang tau kisah ni cuma Liyana je.
sebab dia yang datang pujuk Dr.Love.
Masa nak balik pada hari tersebut, Dr.Love lambai dia
for the last time. Then pandang je dia kayuh basikal balik.
oleh kerana terlalu sedih, Dr.Love tak berdaya nak balik rumah kayuh basikal.
jadi bersorong je lah basikal tu sampai rumah.
balik rumah pun terperap dalam bilik.
buat apa?
nangislah. hahahaha. menangis sambil tulis diari.
sadis gile Dr.Love ketika itu.
yang geramnya, bila dia balik bercuti, dia tak pernah nak contact
Dr.Love. dia senyap2 je. tau2 je dia ada dekat rumah.
Eishhhh!!!!
nak kene betul!
hahahaha. bila ajak jumpe, mesti dia bagi alasan.
sama macam sekarang.
tak berubah-ubah.

SEKARANG
kami berdua masih berhubung.
melalui Fb aje la.... kan..
mesej tu jauh sekali.
dia mesej awek dia je.
cissss.... den ni ekau nak taruk mana?
(hehehehe)
kami nak berjumpa untuk luang masa sangat la payah.
sabo je la.
tapi cuti semester ni, budak Asraf ni
mintak Dr.Love ajar dia buat blog.
hah! kalo tak kerana nak buat blog, tak de la hg nak jumpa
aku kan? hampeh toiii...
huhuhu.

Ni masa form 3.
selepas pertandingan dikir barat.
huhu.. Dr.Love jadi tukang karut.
dari kiri : Liyana, Asraf dan Dr.Love

ini saja diantara moment yg Dr.Love boleh share untuk semua.
terutama anda wahai Asraf. Entry ni khas untukmu.
walaupun tak semua ditinta di sini,
tapi aku percaya mesti hg tengah sengih2 masa baca entry ni kan?
uhuuu... memori yang lepas memang aku takkan lupa.
dalam kita tak sedar, sudah 10 tahun lebih perhubungan kita ni.
jadi peliharalah ia sampai bila-bila.

wajah-wajah kitorang.huhu. Dr.Love takde banyak gambar
dia. dia la kedekot nak kuar sama2.
kalo tak dah beribu gambo dia dalam leptop ni.

For the last but not least,
aku harap kita sentiasa be together walau apa pun mendatang.
you are the first person create a great moment with me
since i've been back to Taiping from Sarawak.
aku hargai segala apa yg pernah kita lalui dulu.
and i'm gonna miss it.
Last Word from my heart :
I love you too
wink2
^(@_@)^


Sweet tak?
Miss You.

eheee. sekian...
wassalam.


Rabu, 20 April 2011

SeENTRY bersama Fatin Danea

Assalamualaikum to all.

Entry kali ni Dr.Love nak luahkan ape yang Dr.love simpan dalam hati sepanjang semester 4
Lagipun lagi 2 minggu (smpai pun 2 minggu) semester 4 dah nak tutup tirai.
Kalau para blogger yang tidak pernah bersua muka dengan Dr.Love,
meh sini Dr.Love bagitau Dr.Love ni sebenarnya macam mana.

Di mata orang :-
- sombong
- garang
- kedekut senyuman
- loner
- tidak suka bergaul
- pendiam
- tak melawan
- low profile
- tak suka bergambar!

Di rumah (kolej) :-
- buat lawak
- membebel certain2 hal
- terperap dalam bilik
- game maniac
- tak suka join member menyembang
- buat hal sendiri
- kalau perlu bercerita, berceritalah. (itupun kalau ada yg bertanya dan mintak)
- sms
- berkarya (sehari boleh siap sebuah novel kalo tumpu betul2)

Di mata si dia :-
- Teman nyembang
- taman merapu
- teman kongsi impian
- teman explorer
- teman kongsi cerita
- tempat luah msalah
- tempat cari gaduh
- tempat gaduh
-tempat merajuk
- teman nyakat
- teman bernasihat
- tempat bagi pendapat
- tempat bermanja
- pendengar setia
- suka bgi sakit hati
- kena banyak sabar
- tak suka bergambar

Di mata abah dan mak :-
- suka terperap dalam bilik
- rajin masak (tpi tak berapa rajin mengemas rumah)
- pengganti mak untuk laksanakan keadaan rumah
- tak reti nyembang
- pemalu
- jenis menyendiri
- kaki pendam
- tak pernah share masalah
- mesti kena rajin belajar
- cuba semai keramahan dalam diri
- tak reti 'masuk' huhahuha dikalangan sepupu sparepart
- rajin meronda dengan motor
- minah rempit
- degil
- takut nak mintak apa2 yg diidamkan
- jenis tak kisah
- pasrah

Di mata sahabat handai
- gila-gila
- unexpected
- pantang dicabar
- caring
- kuat nangis
- suka belanja (kalau ada duit la)
- jenis tak ingat hutang yg org2 pinjam (selalu kene marah dgn member sbb x tuntut hutang)
- jenis tak kisah
- jiwang2 rock
- good listener
- suka bg nasihat
- garang
- anti-penyibuk
- anti perempuan perasan
- merempit kat trafic light (kalau sempat la)

haaaa.... inilah dia diri Dr.Love. siap bagi kategori lagi. bagaimana dengan anda? mahu kategori mana?
ahahaha. ini di mata insan2 lain. bagaimana pula dari hati Dr.Love?
hmm... adakah saya ini complicated? kalau ya berikan sebab.
anda komen mengenai diri saya tanpa mengetahui apa yg ada dalam hati saya.
anda lakukan apa saja pada saya tanpa anda fikir apa yang saya rasa.
anda kata je apa yg anda nak kata tanpa mengetahui perasaan saya.
adakah saya ni sakit hati ke, marah ke, bengang ke, sedih ke... ada terfikir tak?
tapi kan bila saya lakukan semua benda tu balik pada anda, apa reaksi anda?
"Diamlah! memekak je!"
"Apa yang tak kenanya ni? tadi awak okey je."
"mulut kau ada insurans tak?"
"Kau ni tak reti jaga hati orang ke apa?"
inilah reaksi insan2 berkenaan. adil ke untuk saya? apa mereka buat saya senyap je.
bila saya balas balik mereka tembak saya balik (mreka memang jenis nak menang)
okay tak apa. semua salah saya. saya redha. padahal? salah siapa?
soal wang ringgit ni usah dikatalah. bersepah orang makan free dengan saya.
malas nak ngungkit. saya halalkan je la. tapi ada sorang je saya tak boleh bgi
greenlight untuk halalkan. kalau yg mane kabur2 sila check DI SINI .
Manusia ni bila dah sering diberi belanja mulalah naik lemak. padahal saya berniat
untuk having fun while eat with them. tapi, tak sgka lak sampaikan makan
lunch and dinner pon nak kene belanja? (duit kau, apa kau buat?)
bila saya berubah corak taknak belanja sape2 dah keluarlah kenyataan ni...
"ala...takkan berkira kot?" (dah banyak aku belanja kau kata aku berkira lgi)
"nak rasa sikit pun takkan tak boleh? kedekut!"
"Eee....kedekut!"
"makan sorang je ke?" (habis?nak ajak kau? kau belilah sendiri)
inilah reaksi insan2 tersebut. mereka tidak fikir samada saya ni berduit ke tak?
apa yang mereka fikir "hg kan anak org kaya". a'ah! tepat sekali.
sangat kaya sampaikan makanan dekat 1 malaysia ni boleh beli dan bg dekat kau.
Apa yg kalian tahu tentang kehidupan saya di rumah? kaya sangat ke?
kalau senang pun alhamdulillah hasil penat lelah mak dengan abah bangun awal pagi2
buta keluar cari rezeki. bila kenyataan kalian keluar macam tu hati saya sedih teringat dekat mak dgn abah.
mereka susah payah cari duit, saya pula habiskan untuk belanja orang.
cuba kalian letak tempat kalian di tempat saya? semua ibu bapa bekerja keras demi kita.
jadi? mahu mintak orang belanja lagi? maaf disini saya takkan cakap berlapik lagi.
kalian fikir kalian saja sensitif? syukur,sejak saya berperangai menjengkelkan ni
dah tak ada yang mintak belanja. senyap je. segala perbuatan datang dari hati yang ikhlas.
Ada yang cuba memahami. ya saya hargai.terima kasih... tapi malangnya dalam
percubaannya dia tetap tidak memahami saya. setiapkami pertemuan kadangkala berakhir
dengan bermasam muka(saya la tu) sebab apa? tnpa insan tu sedar dia telah membuatkan saya
sakit hati dan marah. bila saya bermasam muka dan diam, dia tanya
"kenapa ni? tadi okay." bila dia tahu dia yg jadi penyebabnya dia tanya pulak
"ada ke? cube cakap apa yg saya buat smpai awak sakit hati?"
Ya Allah. pertanyaan itu ibarat melontar bom ke dalam rumah terbakar.
Sudahlah hati ini disakiti, dia boleh pulak mintak kita cerita apa yg dia buat.
anda fikir saya ni apa? tak ada hati? tak ada perasaan? fikir sendirilah apa yang anda
buat pada saya. takkan semua benda nak kena hidang depan mata.
ini pulak kes tak sedar diri. tanpa cermin diri dia sedap je bagi sedas dekat saya.
apa anda tak fikir ke 'patut ke aku tegur. malu la dia.' kalau hadap sangat
dengan mulut laser anda tu, apa kata datang ke bilik saya dan cakap.
tahu la anda tu jenis lantang suara. tak perlu la malukan orang.
"ehh ni kau punya ya tinn?"
"i think you should do something ...."
"Alah, aku dah tau dah!!! tak payah cerita."
amboiii...belagak kau ya... anda rasa hebat apabila mendahului orang lain?
tapiiiiii.....dia tidak sedar. yang dia tu pembawa wabak berbau didalam rumah.
perghhhhh!!! dah tu dia buat dont know je. yelah sebab semua org dalam rumah ni nak jaga
hati dia. tapi dia? tak jaga pun hati org... sekarang ni alhamdulillah setelah ditegur,
dia sedar diri dan kami satu rumah aman tanpa sebarang odour dari dia.
dia tegur tentang 'penyakit' org tapi 'penyakit' dia?
korek2, hidu dan rasa dekat lidah. eee... apa kau buat tu?
seterusnya yang jenis pinjam tapi tak bagitau.
hangin saya dibuatnya. tau-tau je dah guna. jadi sebagai repayment-nye
saya pun guna barang anda lah. kalau saya dengar anda berbunyik dibelakang saya,
saya tembak teruslah. yelah sapa suruh tak sedar diri. kan?
Saya tertanya-tanya bilakah saya dan sahabat kelas saya
akan bersatu. kerana kami sering bertelagah dalam perbincangan.
saya kadang2 tu naik berang dengan mereka. saya pernah terlepas
kemarahan saya. dan saya rasa saya patut marahkan mereka ketika itu.
tinggal lagi satu semester. jadi? masih mahu di takuk lama?

banyak lagi yang saya nak luah. tapi macam biasalah.
benda yang dipendam, lama-lama akan menghilang. jadi selepas ini saya
akan jadi seorang kaki pendam semula. sebabnya?
TAK GUNA SAYA LUAH TAPI TETAP ORANG BUAT DERK.
SO, WHAT'S THE POINT IF I TELL WHAT I FELT?
selepas ni ,kalau nampak saya moody secara tiba-tiba,
silalah jangan tanya dan suruh saya luah.
hahahaha. saya mahu nikmati hidup sebagai student di kampus dengan aman.
Don't ruin my days as long as i still in my campus life.
jadi, sama2 nikmatinya.
~Adakah saya perlu minta maaf atas kata2 saya dalam entry ni?
tak perlukan? kalau kalian yang terasa tu rasa marah atau sakit hati,
fikirlah tentang perasaan saya tika kalian sakiti hati saya.

sekian.
wassalam