background

Khamis, 30 Jun 2011

ENTRY KHAS BUATMU AHMAD BUKHARI

Doakan kesihatan SiDia pulih sediakala...

Assalamualaikum...

Mood Dr.Love sekarang adalah sangat2 sedih. Insan yang Dr.Love sayang tengah sakit. sejak 2 minggu ni keadaannya makin teruk. Dr.Love risau. sangat2 risau. Dr.Love tak tau nk luah dekat sape. Dr.Love taknak benda buruk berlaku pada dia. Ya Allah, kuatkan hatiku. berikan ku kekuatan. Kau berikanlah penawar pada dia. Dia itu adalah Ahmad Bukhari. My Love. sedih lahhh. susah nk describekan hati Dr.Love sekarang. bila tengok muka dia, Dr.Love rasa sebak. fikiran mula melalut bukan2. dia pulak selalu cakap benda mengarut2 contohnya "Manalah nk tau lepas ni tak sempat ke?" "Boleh tak abang ngaji sekejap. Mana nk tau lepas ni dah tak ada peluang nak ngaji dah." kalau pasangan anda semua dalam keadaan macam ni apa anda semua rasa? I can't lost him! i can't. he's my bestfriend, my loyal companion, my Love, my strenght , my good listener, dan pemberi semangat yg setia. dia banyak bersabar dengan sikap childish dr.Love. Mana nk dpat insan macam ni? Dr.Love percaya para sahabat CT112 part 5 pun kenal hati budi dia macam mana terutama E-Z Ne'man, Farhan Ramli, Ezham Md Noh dan lain2. dia seorang yang ceria. seorang yg sgt supportive pada semua sahabatnya. sifat lawaknya menjadi trademark dikalangan kami. dia peramah dan banyak meninggalkan kesan dihati kenalannya. walaupun dia sakit, dia masih mampu mengukir senyuman buat sahabat baiknya E-Z Ne'man pada petang tadi. Ya dia juga berkongsi rasa sakitnya pada sahabat baiknya abang LEO HUZAIR. tq abg Leo.  Ya Allah... kurangilah kesakitannya... ="(


Dr.Love : Esok kita pergi hospital ye?
my Love : Sape nak bawak abang?
Mr.Love : Kita mintak tolong kawan2 ya.
my Love : Nak ke diorang?
Dr.Love : .......... ( ='(  ini jelah jwapn dr.Love dlm hati)


My Love : Ayang jangan la merajuk... nanti abang bertambah sakit.
Dr.Love : sorry... Ayang xmerajuk dah...
My Love : Jangan merajuk taw. dengar cakap abang.
Dr.Love : Baik bang.
My Love : nanti bila abang dah tak ada baru ayang rasa kehilangan abang.
Dr.Love : Abang!!!! (menangis lagi dr.Love)


My Love : Ayang sakit ye? demam? esok abang bawak pergi klinik luar ya?
Dr.Love : takpelah. ayang okey.
My Love : Jangan la degil. abang bawak ya?
Dr.Love : abang pun sakit kan. abang jelah pergi check. ayang temankan.
My Love : Kita check sama2 ya?
Dr.Love : ....... (sayangnya dia pada dr.Love. menangis lagi)


Dr.Love : abang okey?
My Love : kepala abang sakit. berdenyut2. tolongggg....
Dr.Love : (sangat risau) abang dah mam ubat?
My Love : dah. aduhh yang...sakit yang...Allahhh....Allahhh....
Dr.Love : sabar bang dugaan tuhan. rehat ya? shhh...rehat ya. 
My Love : pinggang pulak sakit yang. berdenyut2... sakittt...
Dr.Love : (sekali lagi menangis)


"Abang, bila lagi ayang dapat tengok abang ceria dan senyum lagi macam ni.? Ayang tau abang rasa perit tahan sakit tu, tapi abang masih lagi layan karenah ayang. maafkan ayang... mungkin ayang tak dapat berikan terbaik tapi ayang cuba berikan yang terbaik. bertahanlahhh...Don't leave me. Positive. berfikiran positive. banyak lagi impian kita yang belum terlaksana. kita mesti buktikan. Bertahan ya..."

- Ya Allah, KAU sembuhkanlah hamba-MU, Ahmad Bukhari bin Abdul Harith, berikanlah penawar-MU padanya. berikanlah dia peluang untuk sihat semula. peliharalah dia dari sebarang keuzuran. KAU ampunkanlah dosa-dosanya dan dosaku serta seluruh umat hamba-MU. sesungguhnya hanya ENGKAU yang maha berkuasa atas segalanya.
Amin ya Rabbil Alamin. -


Nota kaki : Mungkin para pembaca tidak terbiasa dengan entry Dr.Love macam ni. kerana Dr.Love memang elakkan penulisan yg jiwang2 disini. tetapi untuk kali ini, Dr.Love tidak memandang itu semua. entry ini adalah khas untuk sidia yg sedang sakit. kalau rasa nak muntah, silalah ke link lain. kalau ikhlas mahu hadiahkan doa untuk kesihatan sidia, dr.Love ucapkan terima kasih banyak2. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. (Maaf kalau Dr.Love emosi)




Isnin, 27 Jun 2011

Demam

Assalamualaikum...



Just short entry...
Saya demam. ya...demam yg membuatkan saya terpaksa rehat dirumah
dan tidak menghadiri kuliah. so sorry to Encik Fikri Jermadi,Ayah Agi dan maybe jugak cik Maszalida.
saya bukan sengaja. Maafkan saya.
wahai demam segeralah berlalu pergi ya.
ini bukan demam biasa2, tapi demam menggigil+selesema+batuk berkahak+sakit2 badan = lemah giler2.
sabar ajelah.dugaan tuhan.
kepada pembaca nasihat dr.Love elakkan dari main hujan,keluar waktu panas memuncak,dan mesti kerap minum air masak.okey? Good...


Jangan lupa makan ubat ya wahai Dr.Love


thanks to my love because jaga dr.Love sepanjang dr.Love sakit.

Khamis, 23 Jun 2011

induction part one - group 8 (K-POP-2PM)

Assalamualaikum, dr.Love nak share kisah tentang induction dan kumpulan junior yg dr.Love jaga as their fasilitator. iaitu grup 8. tanpa bnyak menaip, persembahan group 2PM!!!!! dan fasinya yg tomey.hahahaha

ini anak2 buah dr.love. masa ni diorang tgah practise. ada sorang hilang.haihhh~


MALAM PERSEMBAHAN


Setelah dimake overkan. k-pop 2PM.
hahahaha....


Ini budak selalu kasi dr.Love pening.adehhh~
anyway dya sgt sporting dan funny.
Ngam2! hahaha
Danial.


Akak2 fasilitator pun harus melawa yerrr...
Dr.Love selaku ketua fasi group ini berbangga punyai pembantu seperti 
Nur Ain Izzati dan akak shuffle Akemi Siegal.huhu.

sangat seronok apabila menjadi insan diluar kotak dari diri kita.
maksudnya menonjolkan dirilah.
bakat dalam koreograf dan berlakon harus dikongsi.
jadi apalagi,taburkan ilmu pada adik2 baru kita.

sekian....

~Aisham Aisyah,Fadhli Dyla,Hadi Akmal,Danial Farah, Azzam Saémah dan Mizan kid dan ?~

Lot of Loves from,
Kak Danea.


Sabtu, 18 Jun 2011

pelbagai cerita! check it out!!!

Assalamualaikum. salam kerinduan pada semua blogger.
rindukah anda pada dr.Love? (bajet mcm rmai dtg blog kau, dr.Love)
maaf ya sebab dah lama biarkan blog ni bersawang tnpa berita.
dr.Love sangat sibuk dengan induction pendatang baru fakulti teknologi kreatif dn artistik (katanya nk tukar kepada nama Fakulti Filem,Teater dan Animasi. Shitt!!! i don't like that!) ok, jom kita zasss pada story2 tertunggak.

APABILA 'BENDA'YG DILUDAH MAHU DIJILAT BALIK!


Manusia ni kadangkala kita sendiri pun tak faham,apa yg diorang nk sebenarnya? time tgah baik, kamceng giler!!!bila dah benci, satu kampung dicanangnya fitnah. c'mon people... what the hell was that? sudah ludah maw jilat ka? aiya... lu xpyah la der...gua dah xmkan kata2 manis lu, muka inesen lu (sebab lu tu manusia bertopengkan  kepura-puraan), dan keperitan serta ke'desprate'tan lu. lu dah bikin langsi sama gua lgi maw minta simpati ka? aiya...murah betul lu.

FASILITATOR INDUCTION 

2 minggu ni. dr.love sangat busy dengan induction junior yg baru masuk ni. tapi dr.love anggap ia sebagai cabaran. sebelum ni dr.Love sangatlah low profile. apa pun aktiviti x join langsung. sehinggalah di semester akhir ni dimana dr.love sudah pun menjadi super senior. so, apa sumbangan dr.Love? masa first meeting dulu, dr.Love dapat jadi biro TTK (tugas2 khas) hurmmm atau nama kasarnya runner and balaci la kan. biasalah, orang yg tak popular mcm dr.Love mmg selalu kene tendang dok bawah je. tapi dr.Love xnak terus jadi lemah. dr.love sahut cabaran untuk diri dr.love untuk menjadi fasilitator. dimana ia harus berkarekter peramah, riang, komited, tegas dan pandai mengawal situasi. bertemankan seorang lagi rakan fasi, iaitu Nurul Ain Izatti, kami diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kumpulan 8. pada mulanya ketua biro fasi menyuruh para junior memilih fasi mereka. dan nama shah dan Elie yang dijerit2 oleh mereka. ya, dr.Love akur, mereka ini sudah dikenali dari Minggu Destini Siswa (MDS) jadi semuanya mahukan mereka. tak apa, dr.love faham. akhirnya ketua biro yang bahagi2kan fasi pada kumpulan. dr.Love dapat kumpulan 8.pada mulanya mereka macam kecewa xdapat Shah@elie tapi salah seorang dari mereka cakap "takpelah. akak ni pun mesti best." huwarggggg teruk sangat ke aku ni? adakah rupa paras dan fizikal yg mereka pandang untuk jadi fasi mereka? adehhhh~ gua tak cantik r tapi hati gua hensem. lu olang mana taw. at last, diorang bangga dapat dr.Love jadi dasi diorang. sebabnya, dr.Love sangat baik dengan diorang. (wahhh.... dr.Love seorang yg susah nk marah okey.)

2PM


Biro kebudayaan memberi mandat untuk malam kebudayaan kepada semua kumpulan. tema pop. dan group dr.love dpat k-pop. 2pm. arggghhhhhhhhhhhhh saya mahu Super Junior!!!

DIAMBANG MALAM KEBUDAYAAN


selama seminggu gak ar group dr.Love berlatih. macam2 kami lalui. ada yang melawan, ada yg bgi banyak alasan, ada yang malas nk usaha. aduhhh...sering mengundang marah dr.love. sabar jela kan. hari ini last. tapi dr.Love akan sentiasa teringat kenangan manis ni. i will miss all of u AISHAM,SAÉMAH,AISHAH,FADHLI,AKMAL,AZZAM,DILA,HADI,DANIAL dan FARAH. serta 3 orang pendatang baru dalam group dr.Love yg dr.Love tak kenal lagi. huhu. buat yang terbaik untuk malam ni. jgan sia2kan usaha kita sepanjang minggu ni. okey? great!!!!

Ahad, 12 Jun 2011

Jumaat, 3 Jun 2011

D' Arab Cafe

Assalamualaikum semua.
Short entry for today
Dr.love nk promote tempat makan best.
sebenarnya, my Love yg perkenalkan.
Jadi Dr.Love pun cubalah. mesti sedap.
Yes. memang sedap. cafe ni terletak di seksyen 7 Shah Alam.
kepada Kak Maslina Rosdiana yg sering bawa family tercinta mkan2,
bolehlah akak datang cni. berbaloi kak...
okay, D'Arab Cafe menyajikan semua makanan arab. harganya berpatutan.
sekarang tengah promotion. ada set 3 org mkan RM26.00.
ada nasi arab Roasted Chicken (kmi pilih yg ni) dan ada yg lamb dan memacam lgi.
huhu. lupa nk ambil pamplet. ada yg combine ayam n lamb. ermm...sedap. cubalah.


Errr... xsempat nk amik gmbr masa hidangan baru smpai. mklumlah perut tgah lapar. hehe. pinggan je la ye.
tgok, betapa besarnya pinggan dia. bpak pinggan tu.


Muka puas hati dan kenyang sesangat.


Tak caya pinggannya besar? hah ni bukti! pinggannya sama saiz dengan Dr.Lov. haishhh~ penuh meja tu.
muka Dr.Love yg memaksa diri untuk hbiskan minuman. kenyang kot....
itupun ada yg xhabis.


ini bilnya selepas bayar.

Syukur Alhamdulillah. rezeki untuk mencuba terlaksana.
sedap masakan arab. tak rugi mencuba. sebab itulah kami berdua habis juga makanan
dalam giant plate tu sebab kami fikirkan RM26.00 tu je.
biasalah, kami ni student. bgi kami hrga tu dah cukup2 besar. jadi,harus habiskan.
kmi dtg berdua dan order set untuk 3 org (sbb xde order promo for 2 person)
selepas ni, kami akan dtang lagi bersama kwan2 lain.
InsyaAllah. 
Sekian....



camping with the lovers.

Assalamualaikum...hi bloggers.
ceria tak anda? sudah tentu ceriakan? masalah memang sering hadir namun keceriaan perlu ada untuk menjadi penawarnya. betul tak? setiap kedukaan, hnya kita sendiri mampu merawatnya. eheee...

okay, ingat lagi tak tntang entry Dr.Love gi shopping ritu untuk camping? haa...kali ni nak story la tntang camping aritu. (ni entry tertunggak. hahaha) jom kita story tntang camping.

kami bertolak dari rumah pukul 9.30 pgi (jadual pukul 8.30)
then, sesudah smpai di burmese, kami pun punggah la bekalan dan brg2 lain. bila tgok track dekat burmese tu masih basah. tndanya baru lepas disimbah hujan. tapi kami semua semangatg gila meneruskan gathering. yg bestnya only dr.Love dan mama Yana(igt x entry lpas?) je lelaki. hahah selebihnya perempuan. tapi kami percayakan mereka. takkanlah mereka nk buat xsnonoh. ye dak? huhu. lgipon bf kitorang ado sekali. hehehe. sebelum cari port kitorang terhenti di tgah track sebab ada pgawai MPT (mjlis pmbadaran taiping) tu buat sesi luah perasaan. *haihhh~  setelah beberapa minit melebur masa bersamanya, kami meneruskan perjalanan sehinggalah bertemu port sesuai. Best!


ini la port kitorang.
Best x?


Safwan menawarkan dirinya untuk memeriksa kedalaman air demi
keselamatan kami semua. tq bucuk.


Mama Yana sedang menyucuk isi ayam ke lidi. sepatotnya, Dr.Love incharge
mende ni dgn dia,tpi oleh kerana kaki Dr.Love kobeh (kebas) Dr.Love surrender.
Ehem jgn lupa entry yg lepas dimana resepi satay Dr.Love menjadi tatapan semua.
*mcam hebat sgt je memasak.


tugas menyucuk beralih pada Safwan(sebenarnya dya tgah amik mkanan) ,
Ery my love, dan Fikri Zainal


sebelum itu, misi menghidupkan api diamik alih oleh Jejaka tampan,
Ery my Love n cecibuk Sufi.hehehe...


Masih sempat tersenyum walaupun tension.


Isi ayam yg telah siap dicucuk


Proses membakar dijalankan.


Tukang bakar yg hebat. tgok sampai meleleh peluhnya.


Betapa bersungguhnya Asraf membakar satay.


Hidangan pada hari tersebut. amacam? careee tak?


cepush3 time (pinjam ayat kak Maslina Rosdiana)


tgok diorang...enjoy gilo


kenape tu bucukk?


ahahahahahaha...



Ery n Syazwan Satar


sesi membuli


Kesian Sufi (baju kuning)



Ehemmmm2... Tiada kata secantik bahasa...
nak ku puji kekanda....haahahaha...
tak sgka Fikri captured gmbar romantis Dr.Love dan my lalink Asraf Wazir.
amacam? huhuhu... to my Love, jgn maree ya...


Hyep!! Dr.Love smpt snap 1 pic sendirian memandangkan
Dr.Love xbnyak gmbo dlm gathering nehhh
yolah, sebuk capture gambo org jew. hehehe...

Semoga kalian terhibur dengan entry tertunggak Dr.Love nehhh....
Salam sejagat dan salam membaca.
"Rawat hatimu dengan minda bukan dengan perasaan."
Sekian.... 

Selasa, 24 Mei 2011

Tears drop of my pain

I wish, when i wake up this morning, i will feel relief...

    I wish when i open my eyes this morning, your images will be varnish...

                  I wish when i start thinking, all about your memory will be gone...

                           I wish when i start talking, i will never mention about you anymore...
                                  
                   I wish when i start walking, i will never headed my step to your place...

           I wish when i'm in happy, you don't display your sympathize to won me back...

I wish when i start missing someone, hoping it wasn't you!

                                        --no more second chance for you. You had enough chances--
                                        --now go to where you may step up your legs and happiness--
                                       -- it never make sense anymore to me if you begging me back--

                                                           -----Goodbye-----





                                      

Sabtu, 21 Mei 2011

Hati yang kau lukai (perkara xbest yg berlaku selepas gathering) sapa yg terasa anggap ini sebagai peringatan!

bila hati anda terluka kerana saya, anda lepas marah pada saya bertubi2, bila saya terluka kerana kamu, pada siapa saya mahu marah? bila kamu menangis menahan marah kamu lepas kata2 yg pahit pada saya, bila saya menangis kerana menerima kata2 pahit dari kamu, pada siapa saya mahu luah? bila kamu kata saya tak adil dan merajuk, tahukah kamu betapa sukarnya hati saya mahu menjaga hati kesemuanya????? saya hanya insan biasa. tapi kamu mahu saya jadi insan luar biasa yang mmenuhi segala kehendak telunjuk kamu hanya kerana kamu tahu saya pasti menunduk pada kata2mu. maaf. saya bukan begitu lagi. harap kamu mengerti. saya faham situasi awak ketika ini. tapi awak tak ada hak nak buat saya tersepit. saya kene jaga hati ramai lagi orang disekeliling. bukan awak sorang je. kenapa awak ganggu mak saya yang tengah rehat di rumah? awak tekan loceng rumah saya bagai nak rak sedangkan awak tau saya tak ada dirumah. awak call bapa sedara saya yang kini berada di Kuala Lumpu, bekerja. cuba bgitau, untuk apa awak call dia? apa kaitan dgn saya? dia bukan tau aktivi saya. saya tau awak kalau marah awak dah tak peduli orang sekeliling kan. awk hanya fikirkan marah awak tu je kan? saya ingat apa awak cakap pasal diri awk. tapi ingat satu perkara JANGAN AWAK INGAT DENGAN TINDAKAN AWAK SEBEGITU AWAK RASA PUAS. AWAK KENA FIKIR, BILA AWAK SAKITKAN HATI ORANG LAIN KERANA RASA MARAH AWAK PERCAYALAH SATU HARI NANTI ORANG YANG AWAK BABITKAN TU MAKI AWAK BALIK. ATAU SAYA SENDIRI YANG PERGI MARAHKAN AWAK BIARPUN MEMANG SALAH SAYA. AWAK MEMANG PATUT KENA TEGUR!AWAK SANGAT KEBUDAK2KAN! JANGAN SMPAI AWAK NYESAL BILA SAYA CAKAP "Susah2 hang tak payah la kwan dgn aku dah! gi layan marah hang tu!" NAK? AWAK KAN RAMAI KAWAN LAIN. SAYA TAK SUKA PERANGAI AWAK YANG 1 NI. KALAU BETUL AWAK TAK LAMA LAGI NAK JADI ISTERI KEKASIH AWAK TU, AWAK UBAH PERANGAI AWAK YG 1 NI. BUKANNYA APA, TAKOT NANTI SELALU KENA MAKAN PENAMPAR. AKHIR KATA, SAYA TAK SUKA AWAK NYUSAHKAN KELUARGA SAYA. HARAP MAKLUM.

Jumaat, 20 Mei 2011

Having Fun Shopping barang2 camping

Assalamualaikum kawan blogger sekalian.
pada hari ini, Dr.Love nak buat entry tentang hari ini.
Hari ini Dr.Love dan kawan2 membeli belah di pasaraya tesco dan econsave.
untuk apa?
ooo...untuk beli bahan mentah yang akan dimasak ke gethering kami.
rasa tak sabar nk bercamping nanti.

pertama sekali kami semua gi tesco. cari barang. amik punya amik,
cket je baru tapi dah RM30 lbih. bajet rm70 je. jadi kami amik apa yang perlu aje.


ini di tesco. dpn nun safwan dan yg tudung merah ni mama yana.
troli je beso, brg ciputt...


katanya nak beli barang2 untuk masak tpi menyimpang tgok kaktus jap.


ini di econsave. lepas beli brg yg agk2 murah dekat tesco, kmi kesini pulak
untuk cari baki brang2. err... ni section ikan.huhu


wajah2 yang berjasa pada hari tersebut.
(khamis)


katanyalah. yake? adakah econsave adakan hrga rendah seperti taglinenya.
tidak okey. hrga brg2 disitu yg dipamerkan apabila di scan, ia mahal RM1.
contohnya air botol hrga pamer RM1.50 bila di scan hrganya jadi RM2.50.
hati-hati ya para suri rumah. chek betul2. hehe.

setelah beli barang esoknya Dr.Love proses lah bahagian menu Dr.Love iaitu
Satay Ayam Madu.
tak taulah sedap atau tak.
Dr.Love ni bukanlah handal memasak.
hehe. boleh la cket2.


krookk koookkk kookkk inilah nasib ayam seperti saya, sudahlah kepala dan kaki dibuang,
isi2 badan dibikinnya satay. oh hidup... rindu kampung halaman di reban sewa KL.


inilah bahagian badan ayam tersebut yang dikerat 8. harus proses untuk diambil isinya.
sangat rumit okeyhhh... Dr.Love proses sekor ayam ni pun smpai guna 6 bilah pisau dan sebilah parang
(hasil pengesyoran dari abah)


sambil2 tu bikin rempah untuk perapan. hah apa spicesnya? ada yg menanyakan resepi.
harus ada biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, kulit kayu manis.(mesti goreng tanpa minyak dolo)
lepas goreng campuran diatas, masukkan dalam blender dan blend smpai jdi serbuk.
 seterusnya, sediakan bawang merah kecil sebanyak 8 biji. bawang putih 5 ulas, halia 2 inci, lengkuas 2 inci
biji buah keras 3 biji (optional), serai 4 batang, gula(lagi bnyak lagi syok.) garam (sikit ja.) dan pak aji.
blend taw semua bahan2 nehh...


my abah (seksinya.biasalah di rumahkan) abah la yg tolong Dr.Love proses ayam. abah cakap dia
seriau tengok Dr.Love guna parang. takot tercantas jari sendiri. jadi abah pon tolong.
kata abah (pesanan juga) - kalau nak buat satay jagan beli sekor ayam. rugi! sebab ada isi2 ayam yg kita 
tak dapat amik sebab lekat di tulangnya. jadi belilah yang bahagian dada yang banyak isi tu. 
(hah para chef wanna be mcm Dr.Love suma, ada fhm pesanan dari penaja? hehe)


yeahhh! campurkan serbuk rempah yg kita blend tadi dengan bahan2 B tadi keatas isi2 ayam yg dipotong dadu tadi. kacau2 sampai sebati dan kemudian masukkan madu 5 sudu besar dan kacau sekali lagi.


dah sedia pun perapan ayam madu untuk satay. jadi untuk tau rasanya kena tunggu kamping lah.
perapan ni akan dibakar di campsite. oohh ya sebelum terlupa, lidi yg mahu dicucukkan pada ayam
haruslah direndam terlebih dahulu bagi memastikan isi ayam tidak melekat di lidi.

selamat mencuba ya kawan-kawan.

Nota kaki : Syazwan, salin la resepi satay ni. Atin dah bagi ni haaa.