background

Jumaat, 20 Mei 2011

Having Fun Shopping barang2 camping

Assalamualaikum kawan blogger sekalian.
pada hari ini, Dr.Love nak buat entry tentang hari ini.
Hari ini Dr.Love dan kawan2 membeli belah di pasaraya tesco dan econsave.
untuk apa?
ooo...untuk beli bahan mentah yang akan dimasak ke gethering kami.
rasa tak sabar nk bercamping nanti.

pertama sekali kami semua gi tesco. cari barang. amik punya amik,
cket je baru tapi dah RM30 lbih. bajet rm70 je. jadi kami amik apa yang perlu aje.


ini di tesco. dpn nun safwan dan yg tudung merah ni mama yana.
troli je beso, brg ciputt...


katanya nak beli barang2 untuk masak tpi menyimpang tgok kaktus jap.


ini di econsave. lepas beli brg yg agk2 murah dekat tesco, kmi kesini pulak
untuk cari baki brang2. err... ni section ikan.huhu


wajah2 yang berjasa pada hari tersebut.
(khamis)


katanyalah. yake? adakah econsave adakan hrga rendah seperti taglinenya.
tidak okey. hrga brg2 disitu yg dipamerkan apabila di scan, ia mahal RM1.
contohnya air botol hrga pamer RM1.50 bila di scan hrganya jadi RM2.50.
hati-hati ya para suri rumah. chek betul2. hehe.

setelah beli barang esoknya Dr.Love proses lah bahagian menu Dr.Love iaitu
Satay Ayam Madu.
tak taulah sedap atau tak.
Dr.Love ni bukanlah handal memasak.
hehe. boleh la cket2.


krookk koookkk kookkk inilah nasib ayam seperti saya, sudahlah kepala dan kaki dibuang,
isi2 badan dibikinnya satay. oh hidup... rindu kampung halaman di reban sewa KL.


inilah bahagian badan ayam tersebut yang dikerat 8. harus proses untuk diambil isinya.
sangat rumit okeyhhh... Dr.Love proses sekor ayam ni pun smpai guna 6 bilah pisau dan sebilah parang
(hasil pengesyoran dari abah)


sambil2 tu bikin rempah untuk perapan. hah apa spicesnya? ada yg menanyakan resepi.
harus ada biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, kulit kayu manis.(mesti goreng tanpa minyak dolo)
lepas goreng campuran diatas, masukkan dalam blender dan blend smpai jdi serbuk.
 seterusnya, sediakan bawang merah kecil sebanyak 8 biji. bawang putih 5 ulas, halia 2 inci, lengkuas 2 inci
biji buah keras 3 biji (optional), serai 4 batang, gula(lagi bnyak lagi syok.) garam (sikit ja.) dan pak aji.
blend taw semua bahan2 nehh...


my abah (seksinya.biasalah di rumahkan) abah la yg tolong Dr.Love proses ayam. abah cakap dia
seriau tengok Dr.Love guna parang. takot tercantas jari sendiri. jadi abah pon tolong.
kata abah (pesanan juga) - kalau nak buat satay jagan beli sekor ayam. rugi! sebab ada isi2 ayam yg kita 
tak dapat amik sebab lekat di tulangnya. jadi belilah yang bahagian dada yang banyak isi tu. 
(hah para chef wanna be mcm Dr.Love suma, ada fhm pesanan dari penaja? hehe)


yeahhh! campurkan serbuk rempah yg kita blend tadi dengan bahan2 B tadi keatas isi2 ayam yg dipotong dadu tadi. kacau2 sampai sebati dan kemudian masukkan madu 5 sudu besar dan kacau sekali lagi.


dah sedia pun perapan ayam madu untuk satay. jadi untuk tau rasanya kena tunggu kamping lah.
perapan ni akan dibakar di campsite. oohh ya sebelum terlupa, lidi yg mahu dicucukkan pada ayam
haruslah direndam terlebih dahulu bagi memastikan isi ayam tidak melekat di lidi.

selamat mencuba ya kawan-kawan.

Nota kaki : Syazwan, salin la resepi satay ni. Atin dah bagi ni haaa.

Tiada ulasan: