background

Khamis, 12 Mei 2011

Ekor

Assalamualaikum. salam blogger.
entry kali ini Dr.Love nak story satu kenangan.
Maw baca atau idok, terpulank(giler rosak ejaan)

Seorang budak lelaki bernama Erzal berpindah ke sekolah menengah tttutttt. disana dia bertemu Alana dan Badrul. semua pelajar disana tidak menyenangi kehadiran Erzal kerana penampilannya yang sangat ganjil dan kelakuan anehnya tidak seperti orang lain. aktiviti Erzal pula sentiasa dibayangi oleh mummynya, puan Emma. nasib malang Erzal mendapat perhatian Alana dan Badrul. mereka menyiasat latar belakang Erzal biarpun kadangkala sikap Erzal berubah-ubah. Erzal tidak pernah tundung dengan kejahilannya dalam agama. malah dia gigih mempelajarinya dari mula. Alana dan badrul banyak membantunya. Puan Emma sering mengawal gerak geri Erzal malah Erzal dilarang untuk makan dan minum sebarang melainkan dari air tangannya saja. Alana sering bertanya tentang makanan pelik yang dibawa oleh Erzal. sebagai anak, Erzal hanya menurut perintah ibunya. apa yang paling ketara ialah, ibunya menyimpan ekor rambut yang panjang pada Erzal. pihak sekolah memberi amaran pada Erzal, namun mummynya masuk campur dan melarang keras ekor rambut anaknya dipotong. setelah bertekak, akhirnya guru disiplin yg incharge membawa puan emma dan erzal ke bilik pengetua. disitu, puan emma sekali lagi bingit memarahi pihak sekolah yang tidak memahami pernyataannya. akhirnya kerana kedegilan dan kebongkakkan puan Emma,Erzal diminta keluar dari sekolah tersebut kerana tidak mahu mematuhi undang-undang di sekolah. Alana cuba memujuk Erzal agak mummynya dapat membenarkan Erzal memotong ekor rambutnya, namun Erzal tidak dapat melakukan apa-apa, melaikan patuh pada arahan ibunya. Alana menangis kerana Erzal yang baru dikenalinya itu terpaksa berpindah ke sekolah lain. Badrul juga rasa terkilan kerana tidak dapat membantu bimbing Erzal ke jalan Allah sepenuhnya. kenangan bersama Erzal hanya berlangsung selama 3 bulan sahaja.dan ia terus lupus tanpa kesan.                                                                

(apa pendapat korunk? boleh buat filem x kisah nehh?) hehehe

Tiada ulasan: