background

Jumaat, 3 Ogos 2012

When it wasn't your luck

Assalamualaikum...

Apa khabar??? (melambai dengan muka seposen tpi bersuara ceria)
hurmmm...result dah keluar. Harapan semester pertama degree ni haruslah cemerlang...
namun... tak berapa nak sampai cemerlangnnya hanya kerana Dr.Love kegagalan satu subjek yg paling Dr.Love xsuka... (fakta: Dr.Love seorang pelajar yg tidak gmarkan subject pengiraan dan history yg kne ingt2 semua tarikh n pkara)  huh...nmpak beno subject ape yg Dr.Love gagal... T_T
Tapi Dr.Love takmau mengalah... Allah dah berikan kesenangan sepanjang Dr.Love menghadapi diploma dlu. yakni langsung tiada gagal(repeat subject). jadi Allah menduga Dr.Love dengan lembaran baru sarjana muda ni.  tak apa. Dr.Love akan berusaha keras lgi. (jnji dgn diri sendiri) Harus fikir positif!. kegagalan sekali bukan bermakna segalanya menjadi penamat. ayuh! LOOK FORWARD!!! =)

ketuk diri sendiri dengan motivasi. jangan pernah mengalah dengan apa saja  dugaan yg datang.
haihhh~ itu kisah result exam. kisah kehidupan lak cmne? itu lagi pening kalau nak difikirkan. 
masalah yang harus difikirkan ialah mane nk cari duit untuk bayar deposit sewa rumah baru? adeihhhh....
takkan nak harap duit ptptn jek. habis nk belanja 6 bulan kt puncak cmne? esaiment lgi. shooting lagi..
keperluan untuk peruntukkan duit wat research assignment diluar kmpus... pening kan?
mesti rasa rindu zaman sekolah dulu. time sekolah, duit blanje rm2 yg parent bgi tu pon ase mcm dh bnyak.
hehehe.sekarang ni, time kt kampus kalo duit dlm dompet tinggal rm2 mula la fikir, apa yg bakal
terjadi esok hari jika duit sudah tggal RM0... hehehe...
apa2pun, segalanya mendewasakan kita. kita kena belajar menjadi susah sebelum kita capai kesenangan.


Advise sharing for today : "Jangan sesekali mengeluh dengan apa jua musibah dan masalah yang menimpa. sebaliknya, bersyukurlah kita sentiasa mempunyai peluang untuk memperbaiki diri dan keadaan."

sekian... ^_^v

Khamis, 2 Ogos 2012

Gedebushhh!!!!

bersawang sana sini belog Dr.Love.
keji giler kan? entah kenapa syafaat untuk menaip ku humban ke lombong. adeihhh~

Apa2pun sebelom terlambat, Dr.Love nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan...
puasa jgan tak puasa. hehehe.... ada diantara korang dah beli baju raya? ada? amboiii...awalnya...
Dr.Love pun mula beli sikit-sikit (maklom la xde duit) ekekeke....hey, Dr.Love skrang ada 2 orang jejakas yg Dr.Love sdang berbunga2 terhadap mereka. kui3 (player sungguh aku ini) tapi Dr.Love jujur dgn sidia. Dr.Love bgitaw siapa mereka2 ini. hehehe....korang nk kenal?

say hi and welcome to :- Megat Kay Haiqal dan Mohd ZulFadli


Don't worry, apa yang kamu fikirkan tu tak betul sama sekali... my advise for today,
"First sekali dalam hidup mesti kena buang sikap dn telahan negatif pada orang lain. sebab kita belum mengenalinya. Beranggapan positiflah pada semua orang biarpun sepahit hempedu sekalipun dalam diri mereka."



salam ramadhan.
dari
Dr.Love

Selasa, 5 Jun 2012

Laptop Problem

Oh dear....

Laptop Dr.Love ada masalah larr....rindu giler nak online and blogwalking. mesti Dr.Love dah tinggal banyak benda kan? dan Dr.Love pon ada banyak benda nak post. tapi nak buat macam mna dah benda dah rosak. hmmm... atcually bukan the whole lappy dr.love rosak. yang rosaknya hnyalah mouse pad di laptop tu je. mouse lappy dah xleh detect. mknanya kene guna mouse usb lar. lappy dr.love nih lubang usb ada 2 jer. then, keduanya-duanya rapat. so, if dah cucuk usb mouse, potensi untuk broadben dicucuk amatlah tipis n xmuat. korang pon taw kan modem broadband tu pnya body besar mana wlpun dy ala2 pendrive besar. hmmm... nak buat assignment pon susah... nk bawak gi baiki sudah tentulah tidak. buat masa sekarang la. fulus makin mengurang. kene tumpukan pada yang lebih penting. kan? hmmm... now, dr.love berkesempatan update through pc di library kampus jer... uwaaaa.... miss my broadband. tiap2 bulan byar. tpi xguna pongg...sian mak n abah. huhu. sorry. i'll fix my lappy very soon...and i'll meet all of u once again....

and the last but not least, my final exam for semester 1 is around the corner. so, doakan dr.love berjaya hokey... love u oll... see ya!

assalamualaikum.

Rabu, 25 April 2012

Konvokesyen dan Majlis pra Graduan


Uhuk Uhuk Uhuk~ (penuh dramatik aku batuk)
Assalamualaikum... Apa khabar? Ya saya taw dah dekat sebulan lebih tak hapdet. uhuuu....
Oh ya, budak yg kt dlm gambar diatas ni adalah bakal graduan UiTM (Diploma) Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik).  Konvokesyen is around the corner. Uhh... banyak benda kena selesaikan. yuran konvo pon tak bayor lagi cik kiah oiii.... RM115. uhuk~ sekarang tengah xde duit. PTPTPu xmasuk lagi. lambatnyerrr.. ishkkk~ sebelum grad, member2 batch diploma Dr.Love dulu ada nak wat Majlis Pra Graduan untuk raikan sesama kitorang. uhuk~ RM70 pulak kene bayor... tapi, nak buak cmno, kono jugak la bayor. lagipon majlis cenggini bukan senang nk diadakan lgi. apa-apapun, rasa gementar nak amik skrol diploma tu mmg dah berbulu kt tengkok nih...aduyai...apa2pun wish me the best keyh... huhu

Khamis, 8 Mac 2012

Bachelor Of Creative Technologies (Screen) Honours

Assalamualaikummm...

Dah lama tak update. Dr.Love now busy dengan hal2 pendaftaran degree. aduii...susahh beno...
memacam yang diorang mintak. naik lemas pulak. hahaha... Apa-apapun ase bersyukur sangat menjadi salah
satu dari 35 candidates yang mohon jurusan yang sama. now we are classmate! yehaaa... ada jugak kawan2 diploma dulu jadi classmate Dr.Love. so, hai korangsss. hehe...

peperangan bakal bermula. assignment la apa lgi. ase takot giler nk hadap assignment. hahaha gasak la. dah itu menjadi pilihan kan...face it la kata org. anyway, wish me luck in my new tittle. semoga berjumpe lagik...
yehaaa!


Khamis, 1 Mac 2012

I am MUET candidate part 2

Assalamualaikum....

Ya. lagi 2 hari paper last for MUET. jujurnya, Dr.Love tak berapa study sangat. tambahan pula banyak pula peristiwa tidak dijangka terjadi. hmm... pak andak Dr.Love baru sahaja dijemput Illahi Isnin lalu (27hb februari 2012). suasana hening dan sedih serta sayu menyelubungi keluarga kami. tambahan pula keluarga pak andak rapat dgn keluarga Dr.Love. mahunya tidak rapat, mak andak Dr.Love merupakan adik perempuan abah Dr.Love. jadi abang mana tidak meruntun hati melihat adiknya bersedih dan hilang tempat bergantung? Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allahyarham meninggalkan seorang balu (mak ndak Musnizah Musa ,44) dan empat orang anak (sepupu Dr.Love) Suhaiza (23), Syazwan (18), Anis Syazwani (8) dan Adam Syammir (5). Semoga tuhan bekalkan mereka ketabahan yang tinggi.... Dan juga moga mereka dirahmati selalu. Mati itu pasti. namun kehidupan ini perlu diteruskan. Waalahualam....

Sebagai calon MUET feb-mac 2012, doakan kejayaan Dr.Love ye. Terima Kasih semua...
Sayang 'pesakit2 yg sihat' Dr.Love ni. hehehe.


Ehem2~ Semakin hampir ke gerbang Ijazah Sarjana Muda. Mulai Isnin (5 Mac) hadapan, Dr.Love
 secara sahnya menjadi pelajar Ijazah sarjana kepujian dalam teknologi kreatif (Skrin).



Budak ni la yg nak masuk degree serta tgah ketar nak amik MUET tu.
Dia malu2 plak nk tunjuk muka comot Kacak dia tu. ehehe~

Selasa, 21 Februari 2012

i am MUET candidate part 1

Hello guys.
Assalamualaikum...
Not much to say. Kepala yg sudah lama zero dan tenang kini huru hara seketika
kerna empunya kepala sedang goyang menelaah untuk menduduki exam MUET.
ohh yeahhh... one stage finish. three more stage to go... chaiyokkk Dr.Love!

Time speaking haritu(20 februari) best. hahaha. dpat grup sempoi.

sedang getar menanti 3 march untuk LISTENING, WRITING dan  READING.


wish me luck dude.

and GOOD LUCK to all MUET's candidates!!! lap u oll...(ehh????)

Rabu, 15 Februari 2012

Upcoming masterpiece from Dr.Love

 
 (poster)
~Bidadari Syurga~

akan datang!

nantikan kemunculan -

~Qatrunnada~

Sebuah kisah seram saspen. pergolakan dalam kesempitan.
siapakah orang yang terakhir yang TERPILIH?


Selasa, 14 Februari 2012

Ke gerbang keunggulan Cinta

 (tajuk xmaw kalah)
4belas februari 2012.
buat kali keduanya kami berempat hang out a.k.a dating bersama.
pertama kali dulu masa gi berkelah dekat Terung.
kami bukan dating sebab hari Kekasut yang sedang dirai oleh para2 jahiliah yg
sgt mengagugkan tarikh tersebut. kami hang out sebab nk kuatkan lagi tautan kasih
antara sesama manusia.(hahahah.ayat cover). kami dating secara clean ok.
takdenyer sewa2 hotel. cumanya kami bergambar depan hotel jer.
nak tengok? tu diahhhhh!!!!

 Oppsss!!! silap letak lak. ini belom masanya lagik
kui3... setakat mencuba pelamin anytime kitorang ready. hahahahaha
(sila tgok tarikh yer.huhu)


haaa. ini baru betul bergambar tepi lori rempah babas kt depan hotel.
pa angkt ketiak tandanya banggo bergambar disini.
hahahaha. 
 

Siapa lagi kacak disini? cepat bagitaw! 
ya tepat sekali. sayalah paling kacak. 
muahahahahaha



















It is us! now, Dr.Love nk advice dekat semua remaja jaga la diri tu leklok. jangan smbot hari kekasih kalo nk sambot sgt, kenapa mesti pada tarikh ini? ce sambot tarikh lain. kan? jadi, saya taw anda semua tahu cerita disebalik Valentine's day. so, fikir2kanlah....

Wassalam~

psst::  have fun with you guys. next time we going far a lil bit from taiping for our third dating okay? hhuhuhu

(= Musliyana dan Harydanea  =)

Rabu, 8 Februari 2012

Rasulullah insan Mulia.

Kisah wanita yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", mengeluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu. Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana-mana orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut. Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut "wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itupun berkata "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar namasi Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ". "Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi. Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dancercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dariMuhammad (s.a.w)". "Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai. "Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkanterima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalah kan dirinya. "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?" "MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)" jawab pemuda itu dengan lembut. Wanitatua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamu Muhammad ?, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satuberita baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkansemuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimanaorang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w).. "sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik" "siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu. * orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w). Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)