background

Isnin, 24 Oktober 2011

Video Dream Sequence dari Short Film Send Yor Heart To Me

Assalmualaikum...

Da lama Dr.Love tak update. Sebabnya Dr.Love sibuk dengan kerja.
Siang kerja. Malam je baru sampi rumah. Seestinyalah, waktu malam di peruntukkan untuk rehat.
AHad baru cuti. haihhh~susahnya nak mencari sehelai wang kertas. apa-apa un ia mngajar Dr.Love supaya menghargai wang.

Okay, kita ke agenda sebenar. iaitu video2 sedutan mimpi dalam filem pendek saya yg sepatutnya si tayangkan pada bulan syawal haritu. oleh kerana tayangan ketika itu tidak aktif jadi, dr.Loe kena injakkn tarkh tayagan pada tahun depan.(mcam la dr.Love ni filemmakr yg terkenal.)

Untuk menebus kerinduan para pelakon dan ahli2 produksi, dr.Love sempat edit video2 ini. yang pastinya akan mengundang gelak tawa dan juga sebuah memori indah. THANK YOU TO ALL OF YOU kerana menjyakan pengambaraan Send Your Heart To Me pada bulan Ramadhan 2011. korang mmg best dan tabah.


Har Dil Jo Py Karega
(gandingan Elie Lily dan Abg Leo Huzair)


Teri Chunariya
(gandingan abg Leo dan Farahanis)


Chamiya
(Gandingan abg Leo Farahanis)


Ahad, 16 Oktober 2011

Dugaan Dunia, Dugaan Akhirat

Assalamualaikum...

Di usia peringkat remaja sememangnya mempunyai seribu satu dugaan yang menimpa. Namun kita tak perlu goyah kerana dugaan yang dihadapi hanya sebutir dari apa yang akan kita hadapi di usia dewasa nanti. Remaja juga sangat2 sensitif jika di nasihatkan berasaskan agama. kerana bagi para remaja mereka sudah jelak mendengar perjuangan rasul kita dari usia sehari hingga akhir hayat baginda. Apa yang pasti baginda seorang tokoh yang sangat unggul sampai bila-bila. Remaja kita mudah terpengaruh dengan hal-hal yang tidak sepatutnya di contohi. Sifat remaja yang degil dan ingin mencuba sesuatu membuatkan mereka sering memberontak. Dalam hati kecil mereka sering berdalih dan tidak mahu menunjukkan jalan lurus. Kerana hati mereka suka cabaran dan suka jalan bengkang bengkok. Itu salah hati sendiri. insan sekeliling tidak akan abaikan kita. samada kita sedar atau tidak, dalam seribu manusia pasti ada seorang insan akan menegah kita dari memilih jalan yang silap. 





Ibu bapa:-

Ibu bapa adalah tunggak segalanya buat sang anak yang dlahirkan ibarat sehelai baldu putih tanpa corak. Ibu bapa sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sentiasa mengharap menggunung tinggi buat sang anak tanpa memeriksa tahap darjat anak mereka terlebih dahulu. oleh itu apabila sang anak itu gagal, maka mereka akan melepaskan kemarahan sewenangnya. itu satu dugaan buat sang anak atas dugaan ketidak sabaran ibu bapanya. Sang anak harus terima. Namun akal dan hati sangat terluka atas perbuatan ibu bapa yang masih melayani sang anak seperti anak kecil (walhal sang anak sudah layak berkahwin) anak-anak yang sudah menjangkau 20 tahun seharusnya JANGAN  dipukul dan dimarahi lagi. kerana usia angka 2 ini hanya memerlukan seorang sahabat yang memahami dan setia menasihati yakni ibu atau bapa. Jika ibu bapa masih melayani anak2 seperti anak kecil dengan memarahinya, ia tidak akan menimbulkan penyelesaian. Ia hanya merumitkan keadaan. contohnya seperti isu anak2 lari dari rumah, anak gadis lari bersama kekasih, anak2 menghisap/mengedar ganja, anak2 remaja membuang bayi, dan sebagainya. Kemarahan bukanlah jawapan segalanya. Ibu bapa duduklah semeja atau sebelah anak, usap belakang mereka dan tanyakan apa yang perlu ditanya. ia adalah jalan yang terbaik.mungkin disitu timbul penyelesaian. Jika masih mengamalkan pukul memukul, bagi Dr.Love, ia tidak bagus.sudah terlambat. nak pukul atau marah, ia harus dilakukan seawal usia 4 tahun lagi.

Dugaan di dunia ini tidaklah berat untuk digalas kerna, dugaan kita di akhirat sana, MasyaAllah... Wallahualam. kita pun tak tahu bagaimana beratnya. Jadi sama-samalah kita renungi dalam diri
masing-masing.
                               

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar...

Isnin, 10 Oktober 2011

Mana recap 2 tahun setengah punya cerita yang lain?

Assalamualaikum..
Just short entry...
Maaf, buat masa ni Dr.Love not available nk post recap2 story seperti yang dijanjikan.
Sebab atas dasar internet yang tidak memuaskan. hehehe.
InsyaAllah, ada waktu nnti, Dr.Love akan post okay...?
Have a nice day semua.
Kata-kata berlian dari Dr.Love :-
"Manusia Allah ciptakan sama sahaja semuanya,
TETAPI sifat-sifat manusia itulah yang membentukkan mereka
sebagai INSAN."

Hadapi dugaan dengan senyuman. Biarpun tangisan menghiasi tubir mata,
Namun tanpa usaha dan doa, masalah takkan selesai.
Tingkatkan ibadah kita,
Jauhi apa yg patut dijauhkan.

Comel kan budak ni? budak ni anak sedara sebelah sepupu selipat
Angelina Jolie punya nenek sebelah datuk dia punya jiran.
Namanya Angelino Jolieng.

Isnin, 3 Oktober 2011

Recap 2 tahun setengah punya cerita (Semester 1)

Assalamualaikum...
Lama tak hapdetkan?
Maklumlah, mood bercuti. jadi jari pun nak bercuti jugak dari menaip.
Sebelum balik cuti ni dok gigih menaip assignment sampai lenguh jari.

Alright, entry kali ini terus terang Dr.Love nk habaq, mungkin sgat berterus terang dan sakit hati.
Tapi Dr.Love ttap nk bagitaw kt hampa semua mengenai apa yang terjadi selama Dr.Love menjalani kehidupan sebagai pelajar diploma di UiTm Shah Alam, Kampus Puncak Perdana...
Sebelum raya dulu budak2 kelas Dr.Love ada buat conversation luahan perasaan. But, secara jujurnya, Dr.Love boleh nampak conversation itu dirancang untuk diadakan adalah untuk mengHANTAM rakan mereka yg mulai berubah fiil yakni Hary Harith atau lebeh dikenali sebagai my Love. tak taulah betul atau tidak apa yg Dr.love duga, tpi kalau anda berada dihari kejadian, mungkin anda turut nmpk apa yg saya nmpak. Niat mereka baik, but salah cara. sebabnya, mereka tidak selidik dahulu apa mood member tu pada hari tersebut. Rasa kesal pun ada. sebab akibat dari conversation tersebut, sgt berat dugaan yg menimpa sidia, family sidia dan juga pada diri dr.Love sendiri. Rasa nk marah tu mmg ada, tapi cuba jawap, kalo 14 lawan seorang sape menang? haaa...mengapa 15 orang je? kata 19. lagi 5 tu ape kes? ha, lagi 5 tu dikalangan kitorang ler. ada kisahnya, mungkin xperlu di detailkan sebab malas nk taip bende2 annoying macam tu. bukannya Dr.Love nk tulis dalam blog je brani, tpi haritu masa conversation Dr.Love xde peluang nk cakap bnyak. Bila cakap je mesti ada yg cantas atau menyampuk. pantang betul time aku nk cakap org memotong. last-last haku diam aje la. padahal diorang yg nk sgt taw. tapi kan, kalau hari tersebut aku bersuara, mesti ada yg membenci aku sekarang. sebab manusia ni pelik, hal KEBENARAN susah betul mereka nk telan dan ambil sebab pahit kononnya. tetapi kalau hal PENIPUAN  manusia sgt suka kerana ia sangat manis buat mereka. nak tau kenapa saya cakap mcam ni? sebabnya, ada yg tulis kt facebook "aku menyampah dgn si penipu ni. lepas ni aku dah xnk percaya kau dah" masalahnya sekarang dik nun oiii, kau yg payah nk dgar kebenaran. bila kau dpat tau org tu ckap belakang, kau mula berang. pokok pangkalnya salah kau jugak. bila dia menipu kau tersenyum bangga. apalah! siot je. hahaha. sekarang sudah faham? hahahaha. ada si polan ni cakap kt Dr.Love, "aku pntang pada si pembohong!" tetapi apabila org puji atau cakap apa2 pada dia (sah2 dan terang2an xbenar) dia bukan main lagi tersengih smpai xigt dunia. tapi bila Dr.Love menidakkannya dia tuduh Dr.Love penipu dan dengki. sekarang siapa cakap benar, siapa cakap bohong? aduiii kawan, tolonglah faham... aku xnak kau terus perasan. hakikatnya belakang kau orang dok mengata kau. Tapi apa boleh buat, ada je yg nk ckap Dr.Love menipu la, cakap xbetul lah. nk penjelasanlah. sebenarnya xde apa nk jelaskan. kalau korang anggap selama ni saya menipu, terpulang. saya sendiri konfius samada yg mana benar dan tipu. mungkin anda juga bnyk menipu saya selama ni. jadi seri satu samalah. xperlu ungkit.okay?
ok2 sory, ter'emo' pulak kan. maap,maap,maap bak kata sicomel Elie. baiklah kita ke sesi yg sepatutnya ya. sesi mengimbas kembali. dalam sesi kali ni semuanya saya cakap betul okey. jgn nk kata saya menipu, riak or whatsoever. kalo anda xdpt menerima, mknanya anda suka pada penipuan. so, terpulang. let's enjoy ye kawan-kawan.

Recap session

Semester 1

Lately ramai kawan-kawan Dr.Love post entry perpisahan dan kisah sedih-sedih xmau berpisah kononnya. Jadi Dr.Love pun post jugaklah. tapi bukan kes perpisahan je, sume kes Dr.Love ceritakan. Kalau brminat ikutinya dari semester 1 sehingga semester 5 okey? cool. jom layan gmbar2 ketika di semester 1.



Ketika mengangkat sumpah as new student UiTM di kampus Puncak Alam.
Ketika ini Dr.Love masih lagi diri Dr.Love yang xbnyak bercakap. Tak ramai kawan.
Dan Dr.Love mula menyelidik kawan-kawan kelas punya sifat selepas
dari hari kejadian. hehehe. mcam detektif pulak.

My ex-roomate yg manja dan penakut orangnya.
 Nadnad (oh ya, saya yg bgi gelaran ini padanya. smpai skrg org pggil dya Nadnad)
Nadnad adalah bestfren use-to-be la. tpi mlangnya it never happen.
wahh! perasannya aku menanam harapan. 
Ia hnya terjadi seketika saja. 
Aku ni jenis cepat sayang orang. tetambah comel cmni.


Rakan-rakan yang turut bersama ketika hari kejadian.
Yana, Mai dan Elie.
Yana ketika ini masih free hair. Dan dia sudah mula rapat dengan 
roomatenya Elie. mereka ni classmate aku.
Mai adalah housemate aku.

 My ex-housemate ketika semester 1.
Ini baru sikit. yang selebihnya mana pegi. Masa ini aku ingatkan mereka
ini akan kekal menjadi housemate aku smpai akhir.
Rupanya tidak. pada penghujung semester, Mai telah menghantar mesej pada aku
untuk keluar dan cari rumah lain kerna dia nak
stay dgan classmate dia saja. sadis kan? aku simpan lagi mesej Mai tu. 
Awal semester 2 aku terkejut apabila 2 classmateku menjadi housemate mereka.
Katanya hanya budak kelas dia. jadi apa kes?
Apa salahku dan cassy?
Nevermind. aku redha dan tidak berdendam.

 my classmate. muka budak2 lgi. mklumlah, fresh lagi dari form 5
masa ni sumenye kontrol sifat sebenar. hahaha. masa ni aku tak tau Alyssa on/off pkai tudung
jadi bila tiba2 aku tgok DP facebook dia free hair aku jadi
terkezut dan dungu jap. hahaha. lpas kwn2 bgitahu baru aku normal balik.
She's nice when bertudung. Adakah anda nmpak kmi semua
bakal menjadi classmate yg baik?
hahahaha.... yes/no.

Perbarisan Saf. Juara beb. bersama 'bakal' komander Ecah ketika itu.
Aku masuk perbarisan ni sebab nk tau mcm mana perbarisan UiTM. haha

Malam induksi senior. apa dah jadi nehhh...hahaha.
Masa ni aku blurr.. sebab kena menari rap. gilo kau dgn saiz cenggini.

grup 4. geng2 dalam grup.


Photoshoot kelas buat pertama kali.
Semuanya buat muke suci... hahaha...
(tapi mungkin ketika ini aku dah dpt tau sifat mereka bgaimana
that's why aku bnyk diam dlm kelas. huhu. suprise2. 
mesti ada yg kata aku ni perasan bgus kan?
hello, i'm not. cuma kasitau kebenaran. Tuhan yg maha tau segalanya. )
Sebenarnya masa ni aku malas nk gi photoshoot.
tapi oleh sebab Mai paksa dan tolong make up kan aku, jadi aku dtg jugak.
Dan aku xsuka kene tgkap gmbar.
Cassy turut menyatakan dia xnk dtang. tapi Shah dah pksa, dia dtang juga.


Ini adalah kisah disebalik Semester 1. ada lagi. tapi macam taknak cerita. hahaha... rasanya ini pun dah cukup buat orang yg baca mengatakan aku annoying dan melebih2. kan? tapi ini hakikatnya beb. ini hakikatnya. dalam semester 1 ni, dalam 100% hanya 30% je aku happy. lagi 70% aku sedih dan pendam semuanya dalam hati. Bukan aku xnak share dengan orang, tapi pada siapa aku nak share? jadi sendiri hadapi sendiri simpan. tol tak? weee... okay bersambung dengan Semester 2 pulak nnti okey... Daaa...
Wassalam.