background

Ahad, 16 Oktober 2011

Dugaan Dunia, Dugaan Akhirat

Assalamualaikum...

Di usia peringkat remaja sememangnya mempunyai seribu satu dugaan yang menimpa. Namun kita tak perlu goyah kerana dugaan yang dihadapi hanya sebutir dari apa yang akan kita hadapi di usia dewasa nanti. Remaja juga sangat2 sensitif jika di nasihatkan berasaskan agama. kerana bagi para remaja mereka sudah jelak mendengar perjuangan rasul kita dari usia sehari hingga akhir hayat baginda. Apa yang pasti baginda seorang tokoh yang sangat unggul sampai bila-bila. Remaja kita mudah terpengaruh dengan hal-hal yang tidak sepatutnya di contohi. Sifat remaja yang degil dan ingin mencuba sesuatu membuatkan mereka sering memberontak. Dalam hati kecil mereka sering berdalih dan tidak mahu menunjukkan jalan lurus. Kerana hati mereka suka cabaran dan suka jalan bengkang bengkok. Itu salah hati sendiri. insan sekeliling tidak akan abaikan kita. samada kita sedar atau tidak, dalam seribu manusia pasti ada seorang insan akan menegah kita dari memilih jalan yang silap. 





Ibu bapa:-

Ibu bapa adalah tunggak segalanya buat sang anak yang dlahirkan ibarat sehelai baldu putih tanpa corak. Ibu bapa sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sentiasa mengharap menggunung tinggi buat sang anak tanpa memeriksa tahap darjat anak mereka terlebih dahulu. oleh itu apabila sang anak itu gagal, maka mereka akan melepaskan kemarahan sewenangnya. itu satu dugaan buat sang anak atas dugaan ketidak sabaran ibu bapanya. Sang anak harus terima. Namun akal dan hati sangat terluka atas perbuatan ibu bapa yang masih melayani sang anak seperti anak kecil (walhal sang anak sudah layak berkahwin) anak-anak yang sudah menjangkau 20 tahun seharusnya JANGAN  dipukul dan dimarahi lagi. kerana usia angka 2 ini hanya memerlukan seorang sahabat yang memahami dan setia menasihati yakni ibu atau bapa. Jika ibu bapa masih melayani anak2 seperti anak kecil dengan memarahinya, ia tidak akan menimbulkan penyelesaian. Ia hanya merumitkan keadaan. contohnya seperti isu anak2 lari dari rumah, anak gadis lari bersama kekasih, anak2 menghisap/mengedar ganja, anak2 remaja membuang bayi, dan sebagainya. Kemarahan bukanlah jawapan segalanya. Ibu bapa duduklah semeja atau sebelah anak, usap belakang mereka dan tanyakan apa yang perlu ditanya. ia adalah jalan yang terbaik.mungkin disitu timbul penyelesaian. Jika masih mengamalkan pukul memukul, bagi Dr.Love, ia tidak bagus.sudah terlambat. nak pukul atau marah, ia harus dilakukan seawal usia 4 tahun lagi.

Dugaan di dunia ini tidaklah berat untuk digalas kerna, dugaan kita di akhirat sana, MasyaAllah... Wallahualam. kita pun tak tahu bagaimana beratnya. Jadi sama-samalah kita renungi dalam diri
masing-masing.
                               

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar...

Tiada ulasan: