Hari ni hari ketiga.
dr.love masih lagi dalam keadaan yang sama.
hari ni dr.love rasa nak nangis je sepanjang hari.
dr.love pun tak tau kenapa.
mungkin masih rindukan dia.
dia ada hantar mesej dari mekah pada jam 2.50a.m
dr.love rasa gembira sangat biarpun 1 je mesej dikirim.
dr.love pergi kuliah pagi ni.
tapi kuliah petangnya dr.love tak pergi sebab tertidur.
dr.love terbangun tgok jam dah pukul 2.10
dah lewat 10 minit.
dr.love ke tandas dan kemudian kejut Akemi. tapi dia taknakj ke kelas
sebab lewat katanya.
dr.love bertambah down. sebab kepala dr.love berserabut.
dr.love decide untuk keluar tenangkan fikiran.
dr.love sengaja tak ajak Akemi. biarlah dr.love
sendirian. lagipun dr.love taknak bebankan sesiapa
dan dr.love juga tahu, kalau ajak Akemi, mesti dia berat nak pergi.
tak apa la.. dr.love boleh bersendirian.
malam ni pulak dr.love dapat call dari mak.
suara mak tenang dan separuh berbisik.
kata mak...
" Tikah... tok dah meninggal. baru je tadi.
mak dengan abah nak balik kampung malam ni jugak."
Ya Allah... tok dah tak ada... ='(
Dugaan lagi. belum kering lagi airmata dr.love kerana berpisah sementara
dengan my love, tok pula pergi mengadap Illahi...
dr.love tak dapat tahan lagi air mata...
tabahkah dr.love menghadapi dugaan ini?
kalau dr.love tak tabah apa pula keadaan abah?
mesti abah lagi sedih maknya dah meninggal.
tak apa, demi abah, dr.love akan cuba bersabar dan kuatkan semangat.
tapi apa la daya ini...
Ya Allah kau peliharalah jasad dan roh nendaku itu...
Tok... Tikah doakan roh tok dicucuri rahmat.
Maafkan segala salah dan silap tikah pada tok.
Semoga tok tenang disana...
Amin...
Dari Allah kita datang, Dari Allah juga kita kembali.
-Kepada blogger2 yang melawat enty Doktor Love, sedekahkanlah Al-Fatihah umul kitab
kepada Allahyarhamah Azizah bt Ahmad iaitu nenek kepada Doktor Love dan juga emak kepada
abah Doktor Love.
sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan