Assalamualaikum...
Mood Dr.Love sekarang adalah sangat2 sedih. Insan yang Dr.Love sayang tengah sakit. sejak 2 minggu ni keadaannya makin teruk. Dr.Love risau. sangat2 risau. Dr.Love tak tau nk luah dekat sape. Dr.Love taknak benda buruk berlaku pada dia. Ya Allah, kuatkan hatiku. berikan ku kekuatan. Kau berikanlah penawar pada dia. Dia itu adalah Ahmad Bukhari. My Love. sedih lahhh. susah nk describekan hati Dr.Love sekarang. bila tengok muka dia, Dr.Love rasa sebak. fikiran mula melalut bukan2. dia pulak selalu cakap benda mengarut2 contohnya "Manalah nk tau lepas ni tak sempat ke?" "Boleh tak abang ngaji sekejap. Mana nk tau lepas ni dah tak ada peluang nak ngaji dah." kalau pasangan anda semua dalam keadaan macam ni apa anda semua rasa? I can't lost him! i can't. he's my bestfriend, my loyal companion, my Love, my strenght , my good listener, dan pemberi semangat yg setia. dia banyak bersabar dengan sikap childish dr.Love. Mana nk dpat insan macam ni? Dr.Love percaya para sahabat CT112 part 5 pun kenal hati budi dia macam mana terutama E-Z Ne'man, Farhan Ramli, Ezham Md Noh dan lain2. dia seorang yang ceria. seorang yg sgt supportive pada semua sahabatnya. sifat lawaknya menjadi trademark dikalangan kami. dia peramah dan banyak meninggalkan kesan dihati kenalannya. walaupun dia sakit, dia masih mampu mengukir senyuman buat sahabat baiknya E-Z Ne'man pada petang tadi. Ya dia juga berkongsi rasa sakitnya pada sahabat baiknya abang LEO HUZAIR. tq abg Leo. Ya Allah... kurangilah kesakitannya... ="(
Dr.Love : Esok kita pergi hospital ye?
my Love : Sape nak bawak abang?
Mr.Love : Kita mintak tolong kawan2 ya.
my Love : Nak ke diorang?
Dr.Love : .......... ( ='( ini jelah jwapn dr.Love dlm hati)
My Love : Ayang jangan la merajuk... nanti abang bertambah sakit.
Dr.Love : sorry... Ayang xmerajuk dah...
My Love : Jangan merajuk taw. dengar cakap abang.
Dr.Love : Baik bang.
My Love : nanti bila abang dah tak ada baru ayang rasa kehilangan abang.
Dr.Love : Abang!!!! (menangis lagi dr.Love)
My Love : Ayang sakit ye? demam? esok abang bawak pergi klinik luar ya?
Dr.Love : takpelah. ayang okey.
My Love : Jangan la degil. abang bawak ya?
Dr.Love : abang pun sakit kan. abang jelah pergi check. ayang temankan.
My Love : Kita check sama2 ya?
Dr.Love : ....... (sayangnya dia pada dr.Love. menangis lagi)
Dr.Love : abang okey?
My Love : kepala abang sakit. berdenyut2. tolongggg....
Dr.Love : (sangat risau) abang dah mam ubat?
My Love : dah. aduhh yang...sakit yang...Allahhh....Allahhh....
Dr.Love : sabar bang dugaan tuhan. rehat ya? shhh...rehat ya.
My Love : pinggang pulak sakit yang. berdenyut2... sakittt...
Dr.Love : (sekali lagi menangis)
"Abang, bila lagi ayang dapat tengok abang ceria dan senyum lagi macam ni.? Ayang tau abang rasa perit tahan sakit tu, tapi abang masih lagi layan karenah ayang. maafkan ayang... mungkin ayang tak dapat berikan terbaik tapi ayang cuba berikan yang terbaik. bertahanlahhh...Don't leave me. Positive. berfikiran positive. banyak lagi impian kita yang belum terlaksana. kita mesti buktikan. Bertahan ya..."
- Ya Allah, KAU sembuhkanlah hamba-MU, Ahmad Bukhari bin Abdul Harith, berikanlah penawar-MU padanya. berikanlah dia peluang untuk sihat semula. peliharalah dia dari sebarang keuzuran. KAU ampunkanlah dosa-dosanya dan dosaku serta seluruh umat hamba-MU. sesungguhnya hanya ENGKAU yang maha berkuasa atas segalanya.
Amin ya Rabbil Alamin. -
Nota kaki : Mungkin para pembaca tidak terbiasa dengan entry Dr.Love macam ni. kerana Dr.Love memang elakkan penulisan yg jiwang2 disini. tetapi untuk kali ini, Dr.Love tidak memandang itu semua. entry ini adalah khas untuk sidia yg sedang sakit. kalau rasa nak muntah, silalah ke link lain. kalau ikhlas mahu hadiahkan doa untuk kesihatan sidia, dr.Love ucapkan terima kasih banyak2. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. (Maaf kalau Dr.Love emosi)
2 ulasan:
semoga ery dan atin sihat sentiasa ya..
sabar dgn dugaanNYA..kami di ct112 sentiasa mendoakan kalian.. :)
terima kasih elie...
Catat Ulasan