background
Sabtu, 2 Julai 2011
Hurmmm..... ='(
Saya tak sampai hati tengok awak sakit macam ni. saya nk bawak awak ke hospital. tapi tak ada kenderaan. itu dugaan... saya tau awak tengah tahan sakit. saya nk awak kuat. tabah. jangan berhenti memohon pada Allah. saya taknak kehilangan awak. ='( saya nak awak sihat dan ceria seperti biasa. banyak lagi impian awak dan impian kita belum terlaksana. saya memohon pada Allah yg satu supaya kita berdua dapat capai impian kita tu. Saya sedih bila awak tanya "Ayang, ada tak tanda2 nak pergi dekat abg?" saya sedih lah awak. saya xnak awak pergi. awak jangan lah fikir bukan-bukan.saya tau awak tak berniat dan saya tau awak nak bersedia untuk sebarang kemungkinan. tapi wak, saya sangat berharap moga usia awak dipanjangkan lagi. kita usaha ya,sayang? setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada penawarnya. jangan berhenti berusaha. jangan berhenti memohon pada Allah... Ya tuhan...aku memohon padamu, janganlah kau ambil dia secepat ini. panjangkanlah usianya. panjangkanlah usianya. panjangkanlah usianya... Amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan