background

Jumaat, 25 November 2011

Antara dua hati - Kisah seorang gadis

Azra (bukan nama sebenar), Ifran (bukan nama sebenar) dan Razif (bukan nama sebenar). Azra dan Ifran adalah sepasang kekasih. mereka berdua bertemu ketika Azra dan Razif sama-sama di terima bekerja dibawah satu syarikat mengimport susu getah. setelah hampir setahun berkawan, akhirnya Azra dan Ifran mengakhiri persahabatan mereka dengan percintaan. Azra bhagia bersama Ifran biarpun pelbagai rintangan yang mereka hadapi. Namun dilema Azra adalah rakan sekolahnya sejak dia berada di bangku tingkatan 4 lagi sering menghuni pemikirannya. Razif merupakan senior Azra. ketika mereka berkenalan Razif berada di tingkatan 6 bawah dan Azra pula di tingkatan 4. beza umur mereka 2 tahun. dan itu membuatkn Azra menganggap Razif sebagai abang. namun lain pula halnya dengan Razif. sejak pertama kali bersua Azra di waktu perhimpunan hari isnin minggu pertama bermulanya sekolah,Razif mula menyukai sifat Azra yang tegas ketika itu kerana Azra seorang pengawas sekolah. Biarpun fizikal Azra bukan pilihan lelaki masa kini, namun Razif memandang Azra pada sudut berlainan. Azra yang ketika itu ditugaskan untuk memeriksa sahsiah rupa diri setiap pelajar tingkatan 6. Sesudah sampainya giliran Razif, Azra memeriksa seprti biasa. segala soalan yang keluar dari mulut Azra berbaur tegas.

Azra : Kenapa tak pakai full attire form 6?
Razif : Errr... lupa gosok la dik.
Azra : Lain kali jangan lupa lagi. boleh ke tak boleh?!
Razif : Errr... tapi...
Azra : jawab boleh atau tak boleh je! saya taknak alasan lain.
Razif : (menelan liur.) Boleh.
Azra : Okey. jalan!

Rakan-rakan sekelas Razif semuanya bertanyakn tentang kesalahan Razif. Ada antara mereka memburukkan para pengawas yang bertugas. Namun Razif menyatakan ia adalah salahnya sendiri. Keesokkannya Razif yang tanpa teman terserempak dengan Azra yang sedang mengulit buku pengawasnya. mereka berjalan arah bertentangan. setibanya mereka berselisih Razif memandang Azra dan Azra memandang Razif kembali sambil lemparkan senyuman dan terus berjalan melepasi Razif. Bau haruman perfume Azra membuatkan Razif terhenti melangkah. Razif menoleh kearah Azra yang telah hlang dari pandangan. Semalam gadis itu berwajah garang, secalit senyumn pun tiada namun sebentar tadi wajahnya ceria dan tidak lokek tersenyum. Hti Razif berdebar... kini setelah melewati 2 ujian bulanan di sekolah, pihak sekolah menganjurkan beberapa program untuk merehatkn minda pelajar sebelum melangkah ke peperiksaan akhir, SPM, PMR dan STPM. Pada hari sabtu yakni hari kokurikulum bersidang, semua pelajar mghadiri ke unit uniform masing-masing. setelah itu, mereka menghadiri kelab masing-masing. ketika itu Azra merupakan pemegang AJK tertinggi dalam kelab kerjaya danmenjadi harapan guru yang mendalangi kelab tersebut kerana Azra sering mengambil acara-acara kesenian untuk mengetengahkan nama kelab kerjaya. Kebetulan pula semua pelajar tingkatan 6 wajib mengambil kelab kerjaya atau kelab flora dan fauna shaja. kelab lain hanya untuk pelajar tingkatan 5 ke bawah. Razif memilih kelab kerjaya kerana Azra presiden kelab tersebut. cabaran kali ini adalah pertandingan sketsa sempena hari pahlawan. Azra yang menjadi ketua untuk menguruskan segalanya rancangan dan strategi.

Azra : Kita buat sketsa mengenai penjajahan orang dahulu kala.
Nana : Siapa nak tulis skrip?
Nithaa : ayoyo... Azra la. sapa lagi.
Afiq : siapa na ajar kita berlakon?
Nana : Azra la. dia kan primadona sekolah. wanted actress kau tau x.
Azra : ahh! sudah2 la mengampu. kami buat apa yang kami mmpu aje.
Razif : Abang tau Azra boleh lakukannya.
Azra : haha. itu semua terpulang pada kerjasama dari kalian semua.
Nana : kita mesti bekerjasama. Kita msti menang!
Azra : Nope! korang mesti kena ingat. apa saja kita buat, jgn fikirkan kemenangan. fikirkan penyampaiannya. kualiti dan makna itu pentng!

Razif tersenyum. meremang bulu romanya tatkala mendengar apa yang baru sahaja diperkatakn oleh Azra. Latihan demi latihan dilakukan. rupanya Azra lebih serius soal menjalani tanggngjwab mendidik anak buahnya berbanding menjalani tugas sbagai pengawas.Sekali lagi hati Razif berdebar. Hari pertandingantelah pun tiba. kesemuanya gementar. namun Azra mejadi pengubat gementar kepada anak-anak buahnya.

Azra : Relaks... Bertenang semua. Bertenang. Mari kita baca doa.

(BERSAMBUNG)

Tiada ulasan: