background

Selasa, 31 Januari 2012

Termenterai kasih dua Jiwa ~ Part 3 (finale)

"Paksu... Tika nak sepupu baru pada hujng tahun ni."

Wahahaha permintaan yg cukup panazz dari anak sedara kepada bapak sedaranya. but why not kan? meramaikan lagi umat Nabi Muhammad. huhu. Anak itu adalah rezeki yang Allah kurniakan. Besar rahmatnya jika kita dapat mendidik anak kita ke jalan Allah dengan sempurna.(Wahhh... Dr.Love bercakap tentang anak. #tepuk tangan semua.) Okeyhh ini last kopak untuk entry wedding paksu. sudah 4 hari berlalu kenduri sebelah lelaki. Jadi, saya sebagai kameraman bersama incik Bukhari, kini dalam proses edit mengedit. banyak hasil tangan kami yang buatkan pengantin sengih smpai dahi. tengkiu3. jika anda nak gunakan khidmat tangan kami, boleh lah email kami di HARYDANEA@GMAIL.COM.


Tu dia... Merah menyala songketnya.
Maksu yang sweet dan sporting

Pelukan kasih seorang suami

Model tangga batu

Owoww...adakah 10 tahun akan dtg paksu
masih mampu dukung maksu?

Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita
sama memandang. aucakkk!
Sweet tak pose ni?

 Romantik tak?( fotografernyer kreatif yer.muehehehe)


Warna merahnya memang naikkan seri pengantin paksu and maksu.
Sesuai dengan kulit cerah mereka.

Jadi bagaimana dengan hasil tangkapan Dr.Love? okey tak?
bagaimana dengan editing gambar2 ni? cantik?
(banyak lgi gmbar tpi xmmpu nk upload bebanyak)
If, berminat(mcm ada je) boleh jer hired Dr.Love and Mr.Lover jadi photographer wedding
kalian. tentang harga, tidaklah mahal sangat. huhuhu....
Well, let's ucapkan
Selamat Pengantin Baru buat paksu dan mksu.
Mari kita doakan semoga rumah tangga mereka
diberkati dan dilindungi tuhan selalu.
Semoga dikurniakan cahayamata secepat mungkin.
Amin...

Selasa, 24 Januari 2012

Silent Wednesday


"Andai mata ini bisa berbicara, aku akan selalu merenungmu...
kerana di setiap sudut renunganku menyatakan bahawa
kau, aku cintai selalu..."

Termenterai kasih dua jiwa ~ part 2

Assalamualaikum...
Kini berada di bahagian 2 pula.
Semalam saya update paksu n maksu dalam persalinan baju nikah.
now, saya update paksu n maksu dalam persalinan baju pengantin sebelah perempuan.
Warna pink taw. comey! pelamin diorang pon sweet jer. dapat jugak merasa dok atas pelamin. hehehe.

 Bagai pinang dibelah kapak tak? 
Sweet kan warna pinknyer..?

 Alahai pengantin malu2 dan tak ikot arahan kameraman ketika posing.
(saye la tu kameramannyer. haha. suke buli diorang.)

 Ini lucu. maksu gelak sebab cara paksu nganga mulot makan kek
mcam org xpernah jumpe kek. 
(paksu malu sebenarnya tu...)
comel kan?

 Acara memotong kek.
saya xsempat rasa kek tu.
uuu! jelez!sebab dah gesa2 nak balik taiping time ni.

 One happy family without me
(tengah sibuk capture gambo. so bile masa nk gi mencapap kt pelamin.kan?)
uwaaa....


Gambar ni comel.. tengok macam mana eye contact diorang.
saat-saat bahagia meniti di mata jatuh ke jiwa.
ececehhh...pakai trademark blog sendiri nmpak.
huhu.
(apesal sepanjang mjlis ni paksu asik segan2 malu.adehh)

Tunggu part 3 pulak yer...
mungkin lambat lagi nk update.
sebab sebelah pihak kami,
majlisnya 28hb januari persamaan sabtu ni. 
jadi nantikan yer part 3.
sekian,
Wassalam...

psssttt:- Ada gmbar yg edit ada gmbar yang tak edit. adehh..malas menguasai diri tika itu...

Isnin, 23 Januari 2012

Termenterai kasih dua jiwa ~ part 1

Kompang dipalu pengantin baru...
duduk bersanding...tersipu malu...
Kompang dipalu pengantin baru...
Moga berbahagia keanak cucu...

 Ewahhh...mood orang kawen nampak. ehem2. segala teka teki terungkai... ececehhh... kini sudah SAH! sudah SAH paksu saya Shahrizan bin Ibrahim menjadi suami kepada Nor Atifah bt Aling (kini berstatus maksu). Perginya kami ke Kelantan sehari sebelum hari kejadian. kami menginap di sebuah homestay di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Paksu saya kala itu sedang berdebar-debar walaupon dia cuba sembunyikan dengan big talk dia (as usual). saudara mara (tokteh Yahya, tokteh Ita, makteh Gayah and families serta beberapa sahabat handai from penang mai) yang turut menghantar rombongan pengantin sedang galak mengusik sang bakal pengantin. ngahahahaha. termasuklah anak saudaranya ini. (peace okey!) tak payah cakap bebanyak, moh kite tengok gambar disekitar majlis. saya yang ditugaskan sebagai kameraman ditugaskan untuk capture apa yg ado. hehe. Bertarikhkan 21 Januari 2012, disaksikan oleh sanak saudara... maka termenterailah cinta dua hati ini... Shahrizan dan Atifah...

Muka gabra sebelum akad nikah.

Tok imam yang dipertanggungjawab pada hari kejadian.

Muka lega selepas disahkan akad nikahnya.
(Laki orang dah paksu saye ni...mcm xcaye je)

Hantaran pihak kami untuk pihak perempuan
(lokasi dibelakang bonet avanza abah.)

"Aku terima nikahnya Nor Atifah bt Aling dengan mas kahwinnya 8 ribu ringgit. Tunaiiii...."
Sudah sah sebagai suami isteri.
Paksu dan Maksu 
wajah ceria selepas diijabkabulkan.
(wajah paksu still tercengang sebab xcaye aweknyer sudah jadi bininyer)

Nantikan episod seterusnya...

Ahad, 15 Januari 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah



Assalamualaikum semua...
Entry kali ini soal perkahwinan pula. hehe
Anda dah berkahwin? Kalau sudah, syukur Alhamdulillahh...
Binalah keluarga anda dengan konkrit2 berlandaskan syariat islam...
Yang masih bujang seperti Dr.Love, tak apa... tidak lama lagi pasti diri kita
pula yang akan disatukan.


Pasti anda terimpikan saat diri anda dipinang bukan?
kata orang saat itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa berbunganya hati 
seorang gadis apabila dirinya dilamar oleh sang pujangga hati.
tatkala jari manis kita disarung sebentuk cincin yang bakal
mengikat kita untuk bersamanya mengharungi sebuah mahligai cinta.


Apabila dua hati mulai yakin dapat hidup bersama, sudah pasti sang jejaka
bersiap sedia untuk meminang sang gadis untuk menjadi miliknya secara sah.
Indahnya berbunga riang bersulam tidak percaya bahawa diri bakal bergelar isteri.
Ketika ini sang gadis mula tidak keruan kerana masih tidak yakin samada
 dirinya sdah bersedia bergelar isteri buat sang kekasih hati.
namun hal sebegini yang paling diimpikan oleh setiap gadis tatkala
diri mereka dipetik oleh sang kumbang.

Dimulakan dengan merisik oleh bakal mentua
:
:
:
:

kemudian diteruskan dengan pertunangan
:
:
:
:

Kemudian disudahi dengan ijab dan kabul
:
:
:
:

Kemudian dimeriahkan dengan majlis persandingan
:
:
:
:

Dan bermulalah kisah hidup baru sebagai hamba Allah yang sudah
sah diijabkabulkan. Dan disinilah kebahagiaan sebenar terpancar.

(pinjam kt google)

Untuk yang sedang merancang kearah gerbang perkahwinan,
Dr.Love ucapkan Selamat Berbahagia.
Kepada yang masih dalam impian masing-masing,
Dr.Love doakan semoga jodoh anda tiba jua satu hari nanti.
Buat yang sedang bercinta dan yg dah lama bercinta,
boleh la kumpul duit mulai sekarang. hehe.


Psst : Doakan saya jugak yer. haha.

Sekian.Wassalam




Jumaat, 13 Januari 2012

Hati seorang gadis

Assalamualaikum...

Apa khabar kalian? Dah lama Dr.Love tak update. Anyway, baru perasan yang shoutmix box tu dah tak leh pakai. Err... camne nak bagi ada balik yer? anyone?

Well, setelah lama menghilang ni, macam cerita yang Dr.Love simpan dan pendam. nak luah pun tak tau nak luah camner. Jadi readers, harini, Dr.Love nak story alkisah hati seorang gadis.
Gadis dan wanita adalah dua fasa yang berbeza. mungkin anda semua dah tau. so, never mind la. tak perlu Dr.Love terangkan. sekarang kita jelajah isi hati dari sang gadis.



Hati gadis ini sangat rapuh. kerana usianya belum cukup matang. Ia sangat senang dinodai. Hanya iman dan taqwa je yang dapat membentuk perkara hitam dari menyerang. Mengenai cinta, saat ini hati sang gadis ingin sekali diberi perhatian, dibelai dan dimanjai. oleh itu kita dapat lihat gadis-gadis masa kini dari sekolah lagi sudah pandai bercinta. biarpun cuma cinta monyet, kemanisannya tetap dirasa saat hati mereka berdetak tatkala diri mereka dipuja. Hati seorang gadis sangat tulus. apabila ada seorang insan ingin memetik hati mereka, mereka akan terasa seperti sesuatu yang sangat membahagiakan. namun sahabat-sahabat disekeliling dijadikan motivator samada mereka perlu atau tidak menerima cinta dari mana-mana jejaka. hal ini memang randomly happen. siapalah kita tanpa sahabat. betul tak?

Apabila putus cinta pula, hati sang gadis mula dilanda banjir. mereka akan menangis dan meratap seakan-akan kehilangan barang berharga. padahal mereka lupa, patah tumbuh hilang berganti. memang senang diungkap tapi hati yang laluinya saja yang tahu. bagi Dr.Love la kan, tak guna kita menangis. lagipula kita kena lihat ruang kita tika itu. mungkin belum masanya hati kita diikat dari hati sang jejaka. Oleh itu, terima perpisahan itu sebagai ujian dalam hidup dizaman gadis. Kita masih ada sahabat handai yang setia dengan kita. Jadi tak perlu bersedih k. apalah sangat dengan sidia yang tak setia tu. kan? hehe. Satu lagi tips yang Dr.Love nak bagi, jika anda baru sahaja putus cinta, anda (tak kira lelaki@perempuan) harus beri ruang pada hati anda untuk dikosongkan selama 6 bulan paling tidak lama. lagi lama lagi bagus. sebab ketika itu, anda akan mengenali diri anda lebih dalam dan juga hati anda makin matang dan lebih bersedia menempuh cinta baru. jika anda terburu-buru menerima cinta baru, hati anda tidak akan bersedia untuk perpisahan kedua (jika berlaku.) dan anda akan berasa lebih sakit dari yang pertama. beri ruang pada diri anda. ia sangat penting. cinta dunia boleh dicari...tapi cinta hakiki, susah sekali nak selami... cinta hakiki itu cinta kita pada DIA.

Cemburu. Ya...sangat sinonim dengan perempuan ya. (tapi Dr.Love jenis tak reti cemburu. tak caya tanya dekat incik Bukhari. hehe.) Cemburu ni adalah hasil hasutan dan fikiran jahat kita. benda yang tak berlaku tapi fikiran kita sengaja ada-adakan. padahal hal sebenarnya bukan ada apa pun, jika benar sekalipun pasangan anda tidak setia, itu bukan masalah anda. tambahan pula anda bukan isteri/suami mereka yang sah. mereka ada hak untuk berkawan dengan orang lain. sebagai kekasih anda harus memberi peluang. mungkin bukan dia yang akan menjadi milikmu. sebuah percintaan tidak semestinya berakhir dengan gerbang pernikahan. semua itu dibawah kuasa yang maha Esa. kita sebagai hambanya teruskan memohon doa. untuk menghindari cemburu, anda mesti kena sentiasa beranggapan baik pada semua orang, fikirkan hal positif sahaja, jangan biarkan sesiapa menmyampaikan hal2 tidak benar jika anda tidak melihat dengan mata anda sendiri. dan yang paling penting, harus bersikap terbuka. =)

itu sahaja untuk entry kali ini. panjang berjela haa Dr.Love taip. hehe...
Semoga anda ceria-ceria selalu.
Wassalam.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak jenguk sini. Bukan sebok bekerja atau apa. Cuma tak berkesempatan nak update.
Dr.Love sekarang sibuk dengan persiapan perkahwinan. Óppss! siapa kawen? Dr.Love n My love kah?
kalau nak tawu tunggu next entry.

Sempena tahun baru yang telah pun menjengah kini, Saya, Dr.Love a.k.a Fatin Danea mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2012 (hopefully belom terlambat. hehe) DAN JUGA SELAMAT TAHUN BARU CINA. yang bakal
tiba tidak lama lagi.

Moga segala kepahitan lepas menjadi penguat pada tahun ini dan moga kemanisan lepas menjadi sumber semangat sepanjang tahun ini. Semoga apa yang diazamkan pada tahun ini akan tercapai. InsyaAllah.

Love u alls! muahh!