duduk bersanding...tersipu malu...
Kompang dipalu pengantin baru...
Moga berbahagia keanak cucu...
Ewahhh...mood orang kawen nampak. ehem2. segala teka teki terungkai... ececehhh... kini sudah SAH! sudah SAH paksu saya Shahrizan bin Ibrahim menjadi suami kepada Nor Atifah bt Aling (kini berstatus maksu). Perginya kami ke Kelantan sehari sebelum hari kejadian. kami menginap di sebuah homestay di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Paksu saya kala itu sedang berdebar-debar walaupon dia cuba sembunyikan dengan big talk dia (as usual). saudara mara (tokteh Yahya, tokteh Ita, makteh Gayah and families serta beberapa sahabat handai from penang mai) yang turut menghantar rombongan pengantin sedang galak mengusik sang bakal pengantin. ngahahahaha. termasuklah anak saudaranya ini. (peace okey!) tak payah cakap bebanyak, moh kite tengok gambar disekitar majlis. saya yang ditugaskan sebagai kameraman ditugaskan untuk capture apa yg ado. hehe. Bertarikhkan 21 Januari 2012, disaksikan oleh sanak saudara... maka termenterailah cinta dua hati ini... Shahrizan dan Atifah...
Muka gabra sebelum akad nikah.
Tok imam yang dipertanggungjawab pada hari kejadian.
Muka lega selepas disahkan akad nikahnya.
(Laki orang dah paksu saye ni...mcm xcaye je)
Hantaran pihak kami untuk pihak perempuan
(lokasi dibelakang bonet avanza abah.)
"Aku terima nikahnya Nor Atifah bt Aling dengan mas kahwinnya 8 ribu ringgit. Tunaiiii...."
Sudah sah sebagai suami isteri.
Paksu dan Maksu
wajah ceria selepas diijabkabulkan.
(wajah paksu still tercengang sebab xcaye aweknyer sudah jadi bininyer)
Nantikan episod seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan