Apa khabar kalian? Dah lama Dr.Love tak update. Anyway, baru perasan yang shoutmix box tu dah tak leh pakai. Err... camne nak bagi ada balik yer? anyone?
Well, setelah lama menghilang ni, macam cerita yang Dr.Love simpan dan pendam. nak luah pun tak tau nak luah camner. Jadi readers, harini, Dr.Love nak story alkisah hati seorang gadis.
Gadis dan wanita adalah dua fasa yang berbeza. mungkin anda semua dah tau. so, never mind la. tak perlu Dr.Love terangkan. sekarang kita jelajah isi hati dari sang gadis.
Hati gadis ini sangat rapuh. kerana usianya belum cukup matang. Ia sangat senang dinodai. Hanya iman dan taqwa je yang dapat membentuk perkara hitam dari menyerang. Mengenai cinta, saat ini hati sang gadis ingin sekali diberi perhatian, dibelai dan dimanjai. oleh itu kita dapat lihat gadis-gadis masa kini dari sekolah lagi sudah pandai bercinta. biarpun cuma cinta monyet, kemanisannya tetap dirasa saat hati mereka berdetak tatkala diri mereka dipuja. Hati seorang gadis sangat tulus. apabila ada seorang insan ingin memetik hati mereka, mereka akan terasa seperti sesuatu yang sangat membahagiakan. namun sahabat-sahabat disekeliling dijadikan motivator samada mereka perlu atau tidak menerima cinta dari mana-mana jejaka. hal ini memang randomly happen. siapalah kita tanpa sahabat. betul tak?
Apabila putus cinta pula, hati sang gadis mula dilanda banjir. mereka akan menangis dan meratap seakan-akan kehilangan barang berharga. padahal mereka lupa, patah tumbuh hilang berganti. memang senang diungkap tapi hati yang laluinya saja yang tahu. bagi Dr.Love la kan, tak guna kita menangis. lagipula kita kena lihat ruang kita tika itu. mungkin belum masanya hati kita diikat dari hati sang jejaka. Oleh itu, terima perpisahan itu sebagai ujian dalam hidup dizaman gadis. Kita masih ada sahabat handai yang setia dengan kita. Jadi tak perlu bersedih k. apalah sangat dengan sidia yang tak setia tu. kan? hehe. Satu lagi tips yang Dr.Love nak bagi, jika anda baru sahaja putus cinta, anda (tak kira lelaki@perempuan) harus beri ruang pada hati anda untuk dikosongkan selama 6 bulan paling tidak lama. lagi lama lagi bagus. sebab ketika itu, anda akan mengenali diri anda lebih dalam dan juga hati anda makin matang dan lebih bersedia menempuh cinta baru. jika anda terburu-buru menerima cinta baru, hati anda tidak akan bersedia untuk perpisahan kedua (jika berlaku.) dan anda akan berasa lebih sakit dari yang pertama. beri ruang pada diri anda. ia sangat penting. cinta dunia boleh dicari...tapi cinta hakiki, susah sekali nak selami... cinta hakiki itu cinta kita pada DIA.
Cemburu. Ya...sangat sinonim dengan perempuan ya. (tapi Dr.Love jenis tak reti cemburu. tak caya tanya dekat incik Bukhari. hehe.) Cemburu ni adalah hasil hasutan dan fikiran jahat kita. benda yang tak berlaku tapi fikiran kita sengaja ada-adakan. padahal hal sebenarnya bukan ada apa pun, jika benar sekalipun pasangan anda tidak setia, itu bukan masalah anda. tambahan pula anda bukan isteri/suami mereka yang sah. mereka ada hak untuk berkawan dengan orang lain. sebagai kekasih anda harus memberi peluang. mungkin bukan dia yang akan menjadi milikmu. sebuah percintaan tidak semestinya berakhir dengan gerbang pernikahan. semua itu dibawah kuasa yang maha Esa. kita sebagai hambanya teruskan memohon doa. untuk menghindari cemburu, anda mesti kena sentiasa beranggapan baik pada semua orang, fikirkan hal positif sahaja, jangan biarkan sesiapa menmyampaikan hal2 tidak benar jika anda tidak melihat dengan mata anda sendiri. dan yang paling penting, harus bersikap terbuka. =)
itu sahaja untuk entry kali ini. panjang berjela haa Dr.Love taip. hehe...
Semoga anda ceria-ceria selalu.
Wassalam.
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Tiada ulasan:
Catat Ulasan