background

Jumaat, 28 Januari 2011

seminggu cuti

Assalamualaikum.
Salam blogger.
Lama saya tak update kerana tiada wifi di rumah.
Cuti sempena chinese new year telah tiba.
Bagi pelajar macam saya, ia merupakan suatu syurga.
bercuti di kampung halam nun diutara.
Apa aktiviti yang kalian ingin lakukan pada musim cuti kali ini.
Saya mahu lakukan :
1- panjat bukit 
2 - lumba motor
3- renew lesen memandu
4- hang out dengan rakan2
5- jamming
6- berkelah di air terjun
7- buat assignment
8- memasak (dah gian nak memasak)
9- menyelam dalam air
10- tengok kartun

itu diari masa cuti saya. anda pula?


-melihat dengan hati, berfikir dgn jiwa bertindak melalui senyuman.

Rabu, 19 Januari 2011

Sayap Terluka

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama kupuja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

Isnin, 17 Januari 2011

Kesabaran yg dicapai

Assalamualaikum
dan salam blogger.
Hai... setelah lama saya tak update, kini saya kembali.
Kali ni kita bercakap soal kesabaran pula.
Kesabaran begitu sinonim dengan semua orang
TETAPI  bukan semua orang penyabar.
betul tak ?
cara2 timbulkan atau lepaskan  kesabaran
1- jika sakit hati yg terlampau beristigfarlah banyak2
2 - luahkan apa yg ingin diluahkan pada org tersebut
3 - Fikirkan bahawa org itu tidak matang
4 - menjauhi orang itu dalam beberapa waktu
5 - senyum
6 - fikir sedalam-dalamnya dan sepanjang-panjangnya
7 - Diamkan diri dan tarik nafas perlahan-lahan

kalo dah kritikal.........

Anda cakap pada orang tu
" Tak sangka lak aku orang yg bersekolah macam kau ni tak ada otak."
atau cakap la ayat yg seumpamanya
BUT JANGAN MENCARUT OKEY!!!!!
itu tak baik...
cakap ayat yg masih boleh diterima oleh orang berkenaan.
DOKtor LOve tidak suka pada orang yg mencarut!
Nenek pernah bilang,
" Orang yg tak nak terima nasihat dan selalu mencarut adalah org yg
yg tak berpendidikan agama dan tak pernah diajar oleh ibu bapa dengan baik."
Jadi kalau rasa anda anak mak dan ayah yang baik,
jaga manners elok2 okey?

satu lagi cara untuk mengajar insan2 yg selalu naikkan marah kita
adalah dengan membalas setiap pembuatannya dengan
LAKUKAN KEMBALI/BALAS BALIK PERKARA YG DIA
PERNAH BUAT DEKAT KITA SEHINGGAKAN KITA HILANG SABAR.

Selalunya saya terapkan dalam diri untuk tidak membalas balik.
Bagi saya biar tuhan je balas atau diorang akan jumpa petunjuk
sendiri. tapi kalau dah tak dapat tahan tu,
lakukan la apa yang saya kongsikan diatas.
Saya insan biasa. menahan sabar ini kadangkala
begitu menguji saya sebagai seorang manusia.
Saya boleh bersabar selama mungkin
namun saya takkan pernah terkejut andai
tiba2 saya berubah sikap dan memberontak secara tiba2.
Keadaan sekeliling bisa merubah sifat seseorang andai ia memaksa
orang tersebut berubah demi MENGAJAR  orang-orang
yang sering menindas dirinya.
Jadi renung2kan lah.
Sabar adalah sifat mulia Rasulullah S.A.W.
Jadi sebagai umatnya, kita haruslah mengikuti sifat mulia baginda yang 1 ini.
Kesabaran adalah kunci segala-galanya.
To get the key, we must passed through all the
condition that delivered to us with smile and pray to our lord.

~ Doctor Love sees with the heart, Think with the soul and
Take action with a smile.

Sekian...

Rabu, 12 Januari 2011

Bangga dengan diri anda wahai insan

Assalamualaikum, hai2.
salam blogger kepada semua.

Entry kali ini, Dr.Love akan masukkan input tentang 
diri kita sendiri.
Haa... dewasa kini, kita sering dengar masalah2 yang singgah
ditelinga kita. masalah itu ialah, mulut2 orang mengata.
kes ini sering berlaku di sekolah, kampus,tempat kerja dan seumpamanya.
masalah ini juga singgah pada diri seorang remaja.

Seringkali kita rendah diri dengan diri kita sendiri.
Ya. saya sendiri turut begitu.
Kerana saya mempunyai badan yang sangat sihat.
hahaha. saya baca blog dari blogger bernama
LurfyLiyana. Dia sangat risaukan bentuk badannya
yang sihat.
Ejekan, menjadi bahan ketawa, disindir,
ia adalah masalah terbesar buat insan yang mempunyai masalah
penampilan diri. Apa permasalahannya?
Para blogger yang disayangi sekalian,
kita tak perlu ambil kisah pada insan2 yang mencerca kita
kerana insan2 seperti itu adalah insan yang tidak punya
PEMIKIRAN YANG MATANG.
 Seharusnya mereka berfikir dahulu sebelum menjadikan seseorang itu
bahan ketawa mereka. Apa mereka tiada akal?
mestilah ada bukan? Jadi orang seperti ini masalah mereka adalah
kurang berfikir. Jadi kepada insan2 yang selalu ditindas
jangan sedih... berfikirlah positif.
Positif! positif dan positif!
Kita harus menyayangi diri kita.
Jika tiada sesiapa menghargai kita, kitalah patut hargai diri sendiri.
Jangan kecewa.
sesungguhnya kita lebih mengenali diri sendiri
pedulikan apa orang kata. 
capai apa yang kita mahu capai
Buktikan pada semua bahawa kelemahan kita itu merupakan titik 
kebanggaan kita untuk menjadi diri sendiri, dan bukan menjadi sarkastik
semata-mata cemuhan orang lain.
simpan airmata kita untuk kebahagiaan masa hadapan.
dan hamburkan senyuman untuk menutup mulut2
yang tidak berfikir panjang itu.
Kepada rakan2 Dr.Love yang selalu menjadi bahan ejekan tu,
jangan down k... Dr. Love percaya diri anda itu tersangatlah berharga.ingat tu...
cuma mereka saja tidak nampak kerana mata mereka dibutakan dengan kecetekkan fikiran mereka.
Smile k. smile macam Dr.Love ni haa...


Uhuuu.... ha senyum2... Dr.Love ni pun susah gak nak senyum.
Tapi bukan sengaja tak senyum. Ada sebabnya.
Pada anda semua teruskan senyuman semanis gula itu.
Jumpa pada entry akan datang.

~ Doktor Love melihat melalui hati, berfikir melalui jiwa dan bertindak melalui senyuman
   


Sabtu, 8 Januari 2011

Cara-cara tangani keresahan

Hai2. Assalamualaikum
salam blogger dan salam mukadimah
kepada semua pembaca.
Hari ini saya mahu berkongsi tentang beberapa cara
untuk menangani Keresahan.
Setiap orang ada keresahan sendiri. Faktor keresahan ada banyak mengikut apa yang terdetik
dalam hati individu tersebut.
Sebagai contoh, Keresahan menanti sesuatu jawapan.
Bagi mengurangkan keresahan anda haruslah,

1- Berfikir hal yang baik sahaja
2- Berzikir
3- Sabar menghadapi
4- cuba berbual dengan teman2 atau sms dengan sesiapa
5- percaya pada diri. ini penting.
6- Berkongsi dengan yang mendengar
7- Jangan membuat andaian yg jatuhkan keyakinan
8- layan rancangan yang best kat tv
9- Tenangkan diri seperti bermeditasi.
10- Tenggelamkan diri di dalam air selama 2 minit

Haaa...saya tidak mengatakan anda perlu
lakukan semua itu untuk kurangkan keresahan.
Anda cuma perlu ambil salah satu darinya.
Untuk saya, saya pilih nombor 10.
Selamat mencuba.

~Doktor Love melihat melalui hati, berfikir melalui jiwa dan bertindak melalui senyuman
Sekian...

Jumaat, 7 Januari 2011

Saya Anti Rasuah!!!

Hai2 dan Assalamualaikum
salam mukadimah dan salam membaca kepada semua blogger.
Kini VAMPIRE TALES bertukar wajah pada
DARI HATI KE JIWA. jadi panggilan saya dari Nea tukar kpada panggilan Dr.
(huh, perasan jap. dalam blog jek) Macam mana dengan nafas baru blog ni?
Okey tak? Hehe...
Baiklah, merujuk tajuk diatas,
saya sebagai Dr Love ingin mengupas isu Rasuah.
Well as we all know, Malaysia kini sangat pesat membangun
dengan adanya bangunana pencakar langit dan ekonomi negara yg
stabil disamping keharmoniannya masih lagi kekal.
Pernah atau tidak kita tertanya atau terfikir atau terdetik,
bagaimana kita kekal harmoni? pernah? pada saya,
saya selalu memikirkannya. Dan saya rasa ia sesuatu yang kelakar.
Apa yang kelakarnya? yelah, apabila isu freemason dan yahudi dibangkitkan,
ramai insan di Malaysia ni melenting kononnya dia tu anti sgt dengan
perbadanan tersebut. tetapi yg kelakarnya barang2 yg dihasilkan oleh mereka merupakan sumber utama
rakyat malaysia. sedar atau tidak? contohnya rokok, senjata,arak, dadah dan seumpamanya.
kita tak pernah sedar selagi kita hanya menjadi tin kosong. cakap pandai, tpi action, tarak!
Bagaimana barang2 ni boleh tercampak disini?
bukan ke di setiap sudut negara ini punya ahli2 perkasa yg jaga segala
keluar masuk barangan? hurmmm dah dapat jawapan kan?
Ya betul! mereka disuap! ngap! dengan berkepul wang ringgit malaysia.
Siapa nak tolak beb? cube cakap? halal ke, haram ke, itu belakang kira.
See? itulah kuasa duit suapan pihak2 tertentu untuk membolehkan mereka berdagang
barangan mereka dan juga menularkan kekuasaan mereka sikit demi sedikit di
bumi Malaysia ini. tapi kita tak pernah sedar.
Sebab, penjaga keamanan sendiri makan rasuah!!! eiii geram pulak saya.
saya geram kerana, bagaimana dengan orang yg terpaksa memberi wang rasuah
seperti yang mereka minta secara paksa itu? sedangkan orang tu tak nak beri. namun
pihak berkuasa tersebut telah mengugut mereka? Sangat kurang diajar bukan?
kerana kuasa wang, maruah Malaysia dipijak!
INILAH BAHAN RASUAH TERSEBUT

Bagaimana Malaysia nak maju? Kalau adanya pihak berkuasa sendiri yang makan duit hasil haram!
Dah tu muka tak malu gi nasihat orang ramai tentang baik buruk. Padahal mereka sendiri buat
kesalahan paling teruk dan amat memalukan Malaysia!
IA diibaratkan ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. padahal diri sendiri 
dah senget2 nak ke laut.
BACA KUAT2!

dengan bacanya perkataan diatas ia merupakan satu janji buat diri kita untuk 
jangan jadi seperti beruk2 makye a.k.a pihak berkuasa (kunun...)


mengerti tak ayat diatas? Jangan memberi dan jangan menerima. kita mampu cari
wang kita sendiri dengan cara yang halal. kesian Malaysia. dalam menjaga keamanannya,
dia sendiri hampir ternoda dek ahli2 yang menjaganya kerana menerima rasuah.
MAlaysia sangat sakit menanti tenat gara2 adanya pihak berkuasa ini. tetapi saya tidak mengatakan pada semua. cuma ada sesetengah aje la. yang mana yang bodoh menerima rasuah.

Oleh itu, marilah kita pulihkan negara kita yang tercinta ini.
~ notes pertama doktor buat semua.
Doktor love melihat dengan hati, berfikir dengan jiwa dan bertindak melalui senyuman
Sekian...