background

Rabu, 12 Januari 2011

Bangga dengan diri anda wahai insan

Assalamualaikum, hai2.
salam blogger kepada semua.

Entry kali ini, Dr.Love akan masukkan input tentang 
diri kita sendiri.
Haa... dewasa kini, kita sering dengar masalah2 yang singgah
ditelinga kita. masalah itu ialah, mulut2 orang mengata.
kes ini sering berlaku di sekolah, kampus,tempat kerja dan seumpamanya.
masalah ini juga singgah pada diri seorang remaja.

Seringkali kita rendah diri dengan diri kita sendiri.
Ya. saya sendiri turut begitu.
Kerana saya mempunyai badan yang sangat sihat.
hahaha. saya baca blog dari blogger bernama
LurfyLiyana. Dia sangat risaukan bentuk badannya
yang sihat.
Ejekan, menjadi bahan ketawa, disindir,
ia adalah masalah terbesar buat insan yang mempunyai masalah
penampilan diri. Apa permasalahannya?
Para blogger yang disayangi sekalian,
kita tak perlu ambil kisah pada insan2 yang mencerca kita
kerana insan2 seperti itu adalah insan yang tidak punya
PEMIKIRAN YANG MATANG.
 Seharusnya mereka berfikir dahulu sebelum menjadikan seseorang itu
bahan ketawa mereka. Apa mereka tiada akal?
mestilah ada bukan? Jadi orang seperti ini masalah mereka adalah
kurang berfikir. Jadi kepada insan2 yang selalu ditindas
jangan sedih... berfikirlah positif.
Positif! positif dan positif!
Kita harus menyayangi diri kita.
Jika tiada sesiapa menghargai kita, kitalah patut hargai diri sendiri.
Jangan kecewa.
sesungguhnya kita lebih mengenali diri sendiri
pedulikan apa orang kata. 
capai apa yang kita mahu capai
Buktikan pada semua bahawa kelemahan kita itu merupakan titik 
kebanggaan kita untuk menjadi diri sendiri, dan bukan menjadi sarkastik
semata-mata cemuhan orang lain.
simpan airmata kita untuk kebahagiaan masa hadapan.
dan hamburkan senyuman untuk menutup mulut2
yang tidak berfikir panjang itu.
Kepada rakan2 Dr.Love yang selalu menjadi bahan ejekan tu,
jangan down k... Dr. Love percaya diri anda itu tersangatlah berharga.ingat tu...
cuma mereka saja tidak nampak kerana mata mereka dibutakan dengan kecetekkan fikiran mereka.
Smile k. smile macam Dr.Love ni haa...


Uhuuu.... ha senyum2... Dr.Love ni pun susah gak nak senyum.
Tapi bukan sengaja tak senyum. Ada sebabnya.
Pada anda semua teruskan senyuman semanis gula itu.
Jumpa pada entry akan datang.

~ Doktor Love melihat melalui hati, berfikir melalui jiwa dan bertindak melalui senyuman
   


Tiada ulasan: