Wahwahwah... Hangat seh entry ini. kene taruk aircond baru okey kot.
Semalam ada satu kes panas berlaku between me and pakcik teksi.
(Blogger Fakulti Filem,Teater dan Animasi (Teknologi Kreatif dan Artistik) yang membaca entry ini, diharapkan anda bersabar dan jangan melenting. Kita perlu fikir pro and cons nya. okey? sayang korang! )
Whoahh!! Kerana soalan dan kenyataan pedasnya membuatkan Dr.Love bertukar menjadi naga.
Menjulang api berasapkan muka, lidah ku cabangkan melibas kata, baru dia tau sapa kita!
Hahaha... semalam Dr.Love baru pulang dari kampung halaman ke kampus bagi meneruskan
P (pkcik) : Kau dok mana dik?
D (dr.Love) : Sama mcm budak tadi. Taiping, Perak.
P: Lahhh? iyeke? patut la sama gemuk. adikberadik ke (ketawa kuat mcm mintak kaki)
D : Iye pakcik. adik beradik sesama islam. kita umat islam ni kan sama2 bersaudara. cumanya ada yg sanggup tikam saudara sendiri serta mengutuk sesama sendiri.itu je.
P: (terdiam sebab peluru dia terkena muka dia balik.) Adik amik jurusan apa?
D: Artistik Writing.
P: Ha? apa?
D : Penulisan Artistik.
P : Haa? Penulisan plastik?
D : Aduhpakcik ni... apa pulak plastik! A-r-t-i-s-t-i-k lah! bahagian2 sastera, filem dan sebagainya.
P: (dia ketawa kuat seperti mana dia ketawa dekat jurusan budak poli tadi)
D : Kenapa pakcik?
P: Kenapa kau amik jurusan tu? dah tak ada benda lain ke? benda TAK RELAVAN, TAK ADA WAWASAN yang kau pilih.Apa kau nak kerja nanti?
D : Setiap orang ada minat masing2. pakcik tak boleh suka2 hati cakap macam tu. (api aku dah mula menyala time ni)
P: Apa pakcik cakap ni benda betul! memang benda2 filem ni TAK ADA MASA DEPAN. kau takkan berjaya dengan benda ni. Kalau kau pergi luar negara pon tak ada sapa pandang jurusan kau. sebab orang luar negara lebih hebat dari apa yang fakulti kau buat. MALAYSIA NI APA PUN TAK DAK. SEMUA HARAP ORANG LUAR. TAK ADA YANG NAK BEKERJA DENGAN ORANG MALAYSIA.
D: Siapa cakap xde masa depan. banyak student fakulti saya dah berjaya. Rezeki Allah ada dimana2 saja. kau belajarlah tinggi mana dan jurusan hebatmacam mana sekalipon, kalau ada rezeki, adalah. kalau org pandang kerja kita, pandanglah. kalau tak ada itu nasib! tetapi pemikiran pakcik ni salah! ada je org malaysia bekerja dengan orang luar. pakcik bukan taw. pakcik taw kutok je.
P : Mana ada! bukan maksud pakcik korang xda kerja, maksud pakcik jurusan korang ni tak relavan. tak de future. Kalau pakcik,pakcik minat lagi jurusan sains, matematik, kimia, biologi...haaa..barulah hebat. ini filem, apa ada?
D : ooo...Pakcik minat semua tu? sebab senang berjaya ya? habis, kenapa pakcik bawak teksi? asal tak keje dalam makmal, pejabat yg ber-air cond?
P : (Terdiam kerana sentap dan ase tercabar)
D : Kalau tak ada orang2 macm fakulti kami ni yang menuntut ilmu tentang benda2 yg pakcik kata xde wawasan ni, Telivisyen xkan wujud! Radio xkan tercipta! Surat khabar pon jgn nak harap muncul! Pakcik pon xmerasa dengar lagu yg kuar dari radior kereta pakcik ni.
P : (tak nak kalah lagi) Kenapa kau tak mohon jurutera? yang tu gaji mahal.
D : walaupon saya amik jurusan jurutera, adakah rezeki saya 100% kearah itu? ada juga graduan2 yg mengganggur. mereka dkalangan pelajar hebat.tpi kenapa xdpt kerja? It's all about rezeki.Kita tak boleh melawan apa yg Allah tetapkan. pakcik jadi pemandu teksi ni pon Allah dah tetapkan. bersyukurlah. dpat jugak hidop.
P : Hmm... Yelah... (dah xde peluru nk tembak) semua telah dirancang tuhan... Ha, cuba kau terangkan maksud lirik lagu ni (nada sindir) 'aku berpaut di dahan cinta', cinta tu ada dahan ke? cinta tu pokok ke?
D : (aku ketawa psyco punya) Itulah pakcik, tadi ckap jurusan saya xrelavan, xde wawasan, sekarang nk tnya saya tntang lirik lagu pulak. pakcik kan hebat sangat, paham sendirilah. buat apa tnya? Itulah dia indahnya sesuatu bahasa. selagi kita tak pelajari, kita xtaw rupanya muka bumi Allah ni indah dengan pelbagai bahasa. Manusia ni terutama orang melayu suka sangat fikir cetek. sebab mereka tak ada ilmu yg cukup. orang melayulah yg menjatuhkan sesama melayu. sepatotnya kita kena bantu kaum kita. Cubalah fikir banyak hala. InsyaAllah, Malaysia bertambah makmur.
Teksi dia dah membelok masuk ke dalam kawasan Resak dan berhenti di hadapan pintupagar kolej. Dia menurunkan beg aku dari boot teksinya.Aku membayar harga teksi sebanyak Rm25. Muka pakcik tumasam mencuka. merajuk mungkin! tapi apa2 pun aku rasa sangat terhina bila bidang ilmu yang aku tuntut di pijak sedemikian rupa. Negatif bukanlah terus negatif. kita kena pandang sudut positifnya. jadilah insan yang berilmu dalam segala segi. Moga kita sentiasa berada dalam rahmatNYA.
Pembaca sekalian, Dr.Love bagi 1 rangkaian ubat untuk semua ketika menghadapi situasi begini iaitu, senyum-tenang-bijak berfikir-jangan melenting-tegas-sabar. yang paling penting suntikan nama Allah harus ada berkumandang dalam hati. itu lah penebat kemarahan kita dari meletus... Saya berkongsi ilmu Allah ini pada anda. Jangan risau, jika kita di pihak yang benar, Allah akan bantu kita. Saya sendiri tak sangka saya akan berhujah macam tu dengan seorang pakcik tua. Yang pasti niat saya cuma mahu mempertahankan diri serta gudang ilmu tempat saya menuntut. Dan tiada niat untuk kurang ajar.
Psstttt : Selamat kembali berkerja dan belajar... Wassalam.
3 ulasan:
sangat setuju...mungkin tak semua jurusan yang ada kat uni2 kat malaysia ni hebat,tapi dengan semua bidang yang dipelajari tu pasti ada matlamat jangka masa panjang untuk future~~
nice shot...hehe
bravooo! biar tahu rasa pakcik tu! x yah nak cakap besar sangat la.. pandang2 diri dulu.. rezeki Allah tentukan, dia bukan sesiapa yang nak tentukan hal tu...
terima kasih pakcik...
Catat Ulasan