background

Isnin, 18 April 2011

Apabila Artis jadi Nabi dan Rasul????

Assalamualaikum. salam blogger. kali ni dr.love nak Share lagi entry yg best. selamat membaca.
creadit to KaiZen ShinoBi.


Sebelum itu, Siapa itu nabi? Seorang nabi diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaranNya hanya untuk dirinya. Dan seorang Rasul pula diutuskan oleh Rabb kepada seluruh umat manusia untuk menyampaikan ajaranNya dan menjadi satu kewajipan untuk kita mengikutnya.

Rasul dan Nabi yang wajib diketahui berjumlah 25 orang. Jumlah Rasul yang diutuskan semuanya berjumlah 313 (ada yang kata 312) dan jumlah Nabi 124,000 orang. (Wallahualam, ini mengikut apa yang aku belajar)

Dan junjungan besar kita Rasulullah S.A.W adalah Nabi dan Rasul yang terakhir, dan semua umat manusia yang lahir selepas baginda wajib untuk mengikut segala ajarannya.

Menjadi satu sunnah jika kita dapat mengikut apa yang baginda buat, amalan2 baginda, cara bercakap, cara berjalan, cara berpakaian dan banyak lagi.

Tapi, fenomena yang melanda kita sekarang ini ialah?

Bila artis menjadi pujaan, menjadi idola, menjadi ikutan trend2 fashion. Lagu-lagu yang didendangkan oleh artis tersebut menjadi peneman dikala sunyi, pakaian yang 'kononnya' muslimah jadi ikut oleh gadis2 muslim dan claim dia pakai tudung... so why not? it is ok right?

Hoh? Bila ajaran Islam dah tunjuk dan bagi guideline kepada kita bagaimana berpakaian yang betul dan sesuai, kita katakan


"alaa... dah ketinggalan zaman, apa barang?"

Bila ditegur "pakai macam nih tak elok... tak sempurna lagi nih"

Kita katakan

"ko sebok pehal? aku pakai tudung pe? tengok artis Y tuh, relek jeh, takde orang tegur pun, ulama' punye lah ramai, relek jeh?"

"sory sikit ek? kubur lain2... ko kesah ape?"

Hurm, itulah umat kita sekarang nih, lebih mengagungkan artis. Yang dianggap betul, dianggap suci. Mereka2 yang tak ikut fashion dianggap kolot...

Sekali lagi, kita tewas dengan fashion... terkejar sangat dengan fashion yang kononnya modern, tapi terlupa yang kita menjadi lebih kolot dengan fashion.


Yang lelaki juga sama...

Kita tengok artis Z pakai rantai, kita ikut... kita tengok artis korea, jepun pakai anting2 kat sebelah kiri, kita ikut, walaupun kita tau kat barat sana, memakai anting2 sebelah kiri melambangkan ke'GAY'an yang melampau2... (okeh, ayat yang digunakan disini boleh tahanlah melampau... haha)

Kita tengok artis M warnakan rambut, kita ikut kaler2 rambut then claim

"alaa.. 'proud-duck' (baca product) XYZ nih halal dowh..."

walaupun kita tau, yang kaler rambut tuh haram.

Kita tengok Artis B pakai seluar jeans koyak2 kat paha, pakai seluar jeans ketat yang menyenakkan benda2 yang sepatutnya tak senak, kita ikut...

Atas nama?

Mengikut trend artis...

Artis yang tuuuuuuuuttttttttt kita ikut sedangkan contoh terbaik yang Allah berikan kepada kita ialah Rasulullah...

Cara bercakap... ikut artis, pakai gwa lu (tengok kat filem, rase macam best... ikut.....) Cara kehidupan harian @ berseronok, tengok kat movie (movie Malaysia banyak tayangkan scene2 kelab malam, minum, isap rokok) anak muda kita teringin nak cuba... maka hanyut dalam dunianya....


Sedangkan Nabi ada ajar kita bagaimana nak beriadah... cara bercakap, cara bertutur, cara hidup... semua ada...

korang jawab balik...

"takde orang ajar aku...."

Jawapan aku....

"PERGI LAH BELAJAR DARIPADA YANG TAU!"

Hah...inilah sikap orang kita. mengikut, meniru dan melaksanakan benda buruk memang nombor 1.
trendlah kononnya. memang semua orang ada kesilapan. tetapi sebagai insan dan hamba Allah yang tidak sempurna, sama-samalah kita belajar dan berubah kearah yang lebih baik lagi. 
Artis tu cuma mempamerkan apa yang boleh dijadikan publisiti buat dirinya.
well, nama pun nak cari makan. haruslah pandai tonjolkan diri.
yang kita ni nak nyebuk follow diorang untuk apa? kita ada seorang insan yang telah termaktub keunggulannya iaitu Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah. jadi yang mana lebih wajar diikuti? sama-samalah kita fikir. 

1 ulasan:

4umyfans berkata...

secara tak sengaja, kita dah seumpama macam di atas kan? minta-minta dijauhkan.