Assalamualaikum to all.
Entry kali ni Dr.Love nak luahkan ape yang Dr.love simpan dalam hati sepanjang semester 4
Lagipun lagi 2 minggu (smpai pun 2 minggu) semester 4 dah nak tutup tirai.
Kalau para blogger yang tidak pernah bersua muka dengan Dr.Love,
meh sini Dr.Love bagitau Dr.Love ni sebenarnya macam mana.
Di mata orang :-
- sombong
- garang
- kedekut senyuman
- loner
- tidak suka bergaul
- pendiam
- tak melawan
- low profile
- tak suka bergambar!
Di rumah (kolej) :-
- buat lawak
- membebel certain2 hal
- terperap dalam bilik
- game maniac
- tak suka join member menyembang
- buat hal sendiri
- kalau perlu bercerita, berceritalah. (itupun kalau ada yg bertanya dan mintak)
- sms
- berkarya (sehari boleh siap sebuah novel kalo tumpu betul2)
Di mata si dia :-
- Teman nyembang
- taman merapu
- teman kongsi impian
- teman explorer
- teman kongsi cerita
- tempat luah msalah
- tempat cari gaduh
- tempat gaduh
-tempat merajuk
- teman nyakat
- teman bernasihat
- tempat bagi pendapat
- tempat bermanja
- pendengar setia
- suka bgi sakit hati
- kena banyak sabar
- tak suka bergambar
Di mata abah dan mak :-
- suka terperap dalam bilik
- rajin masak (tpi tak berapa rajin mengemas rumah)
- pengganti mak untuk laksanakan keadaan rumah
- tak reti nyembang
- pemalu
- jenis menyendiri
- kaki pendam
- tak pernah share masalah
- mesti kena rajin belajar
- cuba semai keramahan dalam diri
- tak reti 'masuk' huhahuha dikalangan sepupu sparepart
- rajin meronda dengan motor
- minah rempit
- degil
- takut nak mintak apa2 yg diidamkan
- jenis tak kisah
- pasrah
Di mata sahabat handai
- gila-gila
- unexpected
- pantang dicabar
- caring
- kuat nangis
- suka belanja (kalau ada duit la)
- jenis tak ingat hutang yg org2 pinjam (selalu kene marah dgn member sbb x tuntut hutang)
- jenis tak kisah
- jiwang2 rock
- good listener
- suka bg nasihat
- garang
- anti-penyibuk
- anti perempuan perasan
- merempit kat trafic light (kalau sempat la)
haaaa.... inilah dia diri Dr.Love. siap bagi kategori lagi. bagaimana dengan anda? mahu kategori mana?
ahahaha. ini di mata insan2 lain. bagaimana pula dari hati Dr.Love?
hmm... adakah saya ini complicated? kalau ya berikan sebab.
anda komen mengenai diri saya tanpa mengetahui apa yg ada dalam hati saya.
anda lakukan apa saja pada saya tanpa anda fikir apa yang saya rasa.
anda kata je apa yg anda nak kata tanpa mengetahui perasaan saya.
adakah saya ni sakit hati ke, marah ke, bengang ke, sedih ke... ada terfikir tak?
tapi kan bila saya lakukan semua benda tu balik pada anda, apa reaksi anda?
"Diamlah! memekak je!"
"Apa yang tak kenanya ni? tadi awak okey je."
"mulut kau ada insurans tak?"
"Kau ni tak reti jaga hati orang ke apa?"
inilah reaksi insan2 berkenaan. adil ke untuk saya? apa mereka buat saya senyap je.
bila saya balas balik mereka tembak saya balik (mreka memang jenis nak menang)
okay tak apa. semua salah saya. saya redha. padahal? salah siapa?
soal wang ringgit ni usah dikatalah. bersepah orang makan free dengan saya.
malas nak ngungkit. saya halalkan je la. tapi ada sorang je saya tak boleh bgi
greenlight untuk halalkan. kalau yg mane kabur2 sila check DI SINI .
Manusia ni bila dah sering diberi belanja mulalah naik lemak. padahal saya berniat
untuk having fun while eat with them. tapi, tak sgka lak sampaikan makan
lunch and dinner pon nak kene belanja? (duit kau, apa kau buat?)
bila saya berubah corak taknak belanja sape2 dah keluarlah kenyataan ni...
"ala...takkan berkira kot?" (dah banyak aku belanja kau kata aku berkira lgi)
"nak rasa sikit pun takkan tak boleh? kedekut!"
"Eee....kedekut!"
"makan sorang je ke?" (habis?nak ajak kau? kau belilah sendiri)
inilah reaksi insan2 tersebut. mereka tidak fikir samada saya ni berduit ke tak?
apa yang mereka fikir "hg kan anak org kaya". a'ah! tepat sekali.
sangat kaya sampaikan makanan dekat 1 malaysia ni boleh beli dan bg dekat kau.
Apa yg kalian tahu tentang kehidupan saya di rumah? kaya sangat ke?
kalau senang pun alhamdulillah hasil penat lelah mak dengan abah bangun awal pagi2
buta keluar cari rezeki. bila kenyataan kalian keluar macam tu hati saya sedih teringat dekat mak dgn abah.
mereka susah payah cari duit, saya pula habiskan untuk belanja orang.
cuba kalian letak tempat kalian di tempat saya? semua ibu bapa bekerja keras demi kita.
jadi? mahu mintak orang belanja lagi? maaf disini saya takkan cakap berlapik lagi.
kalian fikir kalian saja sensitif? syukur,sejak saya berperangai menjengkelkan ni
dah tak ada yang mintak belanja. senyap je. segala perbuatan datang dari hati yang ikhlas.
Ada yang cuba memahami. ya saya hargai.terima kasih... tapi malangnya dalam
percubaannya dia tetap tidak memahami saya. setiapkami pertemuan kadangkala berakhir
dengan bermasam muka(saya la tu) sebab apa? tnpa insan tu sedar dia telah membuatkan saya
sakit hati dan marah. bila saya bermasam muka dan diam, dia tanya
"kenapa ni? tadi okay." bila dia tahu dia yg jadi penyebabnya dia tanya pulak
"ada ke? cube cakap apa yg saya buat smpai awak sakit hati?"
Ya Allah. pertanyaan itu ibarat melontar bom ke dalam rumah terbakar.
Sudahlah hati ini disakiti, dia boleh pulak mintak kita cerita apa yg dia buat.
anda fikir saya ni apa? tak ada hati? tak ada perasaan? fikir sendirilah apa yang anda
buat pada saya. takkan semua benda nak kena hidang depan mata.
ini pulak kes tak sedar diri. tanpa cermin diri dia sedap je bagi sedas dekat saya.
apa anda tak fikir ke 'patut ke aku tegur. malu la dia.' kalau hadap sangat
dengan mulut laser anda tu, apa kata datang ke bilik saya dan cakap.
tahu la anda tu jenis lantang suara. tak perlu la malukan orang.
"ehh ni kau punya ya tinn?"
"i think you should do something ...."
"Alah, aku dah tau dah!!! tak payah cerita."
amboiii...belagak kau ya... anda rasa hebat apabila mendahului orang lain?
tapiiiiii.....dia tidak sedar. yang dia tu pembawa wabak berbau didalam rumah.
perghhhhh!!! dah tu dia buat dont know je. yelah sebab semua org dalam rumah ni nak jaga
hati dia. tapi dia? tak jaga pun hati org... sekarang ni alhamdulillah setelah ditegur,
dia sedar diri dan kami satu rumah aman tanpa sebarang odour dari dia.
dia tegur tentang 'penyakit' org tapi 'penyakit' dia?
korek2, hidu dan rasa dekat lidah. eee... apa kau buat tu?
seterusnya yang jenis pinjam tapi tak bagitau.
hangin saya dibuatnya. tau-tau je dah guna. jadi sebagai repayment-nye
saya pun guna barang anda lah. kalau saya dengar anda berbunyik dibelakang saya,
saya tembak teruslah. yelah sapa suruh tak sedar diri. kan?
Saya tertanya-tanya bilakah saya dan sahabat kelas saya
akan bersatu. kerana kami sering bertelagah dalam perbincangan.
saya kadang2 tu naik berang dengan mereka. saya pernah terlepas
kemarahan saya. dan saya rasa saya patut marahkan mereka ketika itu.
tinggal lagi satu semester. jadi? masih mahu di takuk lama?
banyak lagi yang saya nak luah. tapi macam biasalah.
benda yang dipendam, lama-lama akan menghilang. jadi selepas ini saya
akan jadi seorang kaki pendam semula. sebabnya?
TAK GUNA SAYA LUAH TAPI TETAP ORANG BUAT DERK.
SO, WHAT'S THE POINT IF I TELL WHAT I FELT?
selepas ni ,kalau nampak saya moody secara tiba-tiba,
silalah jangan tanya dan suruh saya luah.
hahahaha. saya mahu nikmati hidup sebagai student di kampus dengan aman.
Don't ruin my days as long as i still in my campus life.
jadi, sama2 nikmatinya.
~Adakah saya perlu minta maaf atas kata2 saya dalam entry ni?
tak perlukan? kalau kalian yang terasa tu rasa marah atau sakit hati,
fikirlah tentang perasaan saya tika kalian sakiti hati saya.
sekian.
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan