background

Khamis, 21 April 2011

Rindu Padamu

Assalamualaikum....
Hehehe... tajuk diatas macam geli geleman sikit kan?
Mesti korang ingat Dr.Love nak cerita tentang Si dia.
Oppsss! bukannnn... Dr.Love mahu cerita tentang Si dia yg lagi satu.
hehehe... (*berapa banyak Dr.Love ni ada si dia?)  
sebenarnya si dia yg di maksudkan disini adalah ex-boyfriend  Dr.Love.
hahahaha. tak lah. gurau je.... (ish! tolong serius cket wahai Dr.Love)

Dah lama rasanya Dr.Love nak buat entry tentang  si dia ni.
cuma tak terbuat jer... skarang Dr.Love nak buat khas buat dia.
nak tahu siapa si dia ni? jeng... jeng... jeng...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Inilah dia si dia yg bernama 
Muhammad Asraf bin Wazir

Hensemkah dia?
hehehe. boleh la tahan kan?
good looking, sweet n sour. (kah4)
siapa yg mahu jadi aweks dia sila bertemu dengan Dr.Love dulu.
kui3. 

SEJARAH PERTEMUAN

Kami bertemu pada pertengahan bulan 3 tahun 2000 dimana 
ketika itu, Dr.Love baru pindah dari sarawak. tapi kitorang kenal
just as classmate ajelah. tak sembang ponnn.
pada tahun 2002 kami dipertemukan sekali lagi di dalam kelas yg sama.
Dr.Love dipindahkan tempat duduk dari tepi pintu ke tempat duduk tepi dia.
tarikh Dr.Love mula duduk sebelah dia adalah 14 februari 2002.
First sekali ekspresi Dr.Love dalam hati
"kenapa la Sir tukar aku duduk tepi budak laki."
yg si dia pulak menyerongen(senyum) je tengok Dr.Love.
"hai, nama hg sapa?"
si dia sudah tanya nama laaaa. huhu. tapi Dr.Love tak jawap.
Dr.Love cuma bagi dia buku nota latihan(suh dia baca nama kt situ)
"ooo... Ct NurFatin Atika. panggil Atin je boleh?"
Dr.Love yg sememangnya tak ada nickname angguk je la.
jadi dia la creat nama panggilan Atin tu. ececece (kembang semangkuk kawan tuh)
jadi bermulalah hari-hari kami bersama. 
setiap hari ada je kelakuan dia yang menghiburkan hati.
maklumlahhhh Dr.Love ni tak ada kawan lain selain dia.
kalau berkawan dengan budak lain pun asik kene ejek je.
stress jugak dibuatnya. jadi Dr.Love nyembang dengan dia aje la.
setiap hari dengan dia, belajar same2, makan same2, balik same2(tunggu kt abah masing2 kt bawah pokok)
jadi, Dr.Love mula lah menyenangi dia. so, takleh nak tipu laaaa
rasa sayang mula timbul. kalau ada orang ejek dia,
Dr.Love pertahankan dia. begitu jugak dengan dia.
hubungan kitorang diserikan dengan kehadiran
 Safwan Rosni, Fatin jahaya
dan Daim. tapi Daim pindah ke sekolah lain lepas tu.
ada satu hari, (masa darjah 5) Dr.Love tak sihat.
siap muntah lagi dalam kelas. dia la yg teman dan sentiasa di sisi.
ececehhhh... dan juga, bila dia demam, Dr.Love plak jaga dia.
Dr.Love suruh dia tidur. Masa balik tu muka dia pucat.
Waktu malam masa tengah buat homework, Dr.Love teringat dekat dia.
nak mesej, hp pun takde. jadi telefon guna telefon rumah je lah.
"Hello... Asraf ada? ni Atin."(family dia kenal sudahh dgn Dr.Love)
"Ada.Kejap ye."
"Hello. ..Atin, nape?"
"Demam dah okay?"
"Belum. badan panas lagi."
"Kalau macam tu, Ash tak payah lah datang sekolah esok."
"Nanti sape nak teman Atin?"
"Tak pe. sehari je pun atin sorang2. bagi badan Ash tu sihat cket."
"Thank you atin."
"Welkem... jangan lupa makan ubat."
Uhhuuu... care betul Dr.Love pada dia.
esoknya, Dr.Love pandang je kerusi dia yg kosong tu.
hahaha... dalam hati berkata,
'lambatnya hari esok..' kui3.
masa darjah 6, lepas je upsr, kitorang berani hidup, sertai
pertandingan memasak. dengan sedikit ilmu yg mak berikan,
Dr.Love cuba untuk memasak. hehehe.


comel tak kitorang masa darjah 6?
yg berdiri dari kiri : Ng mei chen. niveathaa, liyana dan Dr.Love
yg duduk : Omar, Safwan dan Asraf

MEMORI TERINDAH

Mesti korang tahu kan cerita korea ,winter sonata kan?
masa kitorang kat sekolah dulu, Ash la yang suruh
 Dr.Love tengok cerita tu.
Dr.Love dulu tak layan pun cerita korea2 nehh
so, oleh kerana permintaan dari dia, Dr.Love pun tgok la.
Hahaha. katanya...
"Asraf jadi Ming Hyung, Atin jadi Yoo jin."
Bila diingatkan balik rasa comel je.
hehehehe.

Kami teringin nak buat macam gini dulu.
resultnya, tak dapat salji,
plastesine pun jadilah.... hehe.
sweet moment.


Hi, kamilah hero dan heroin Winter Sonata.
Loving tak?

 kenanagan yg seterusnya adalah, dimana
si dia meminta Dr.Love untuk mendengar lagu duet Achik Spin dan Siti Nordiana
memori berkasih.
best giler lagu ni....
Disebabkan perkenalan dari lagu ni lah,
Dr.Love meminati kesemua lagu nyanyian diorang ni.
best, jiwang dan bermakna..
cehhh....

suka pasangan ni...

pasangan paling comel.
macam kitorang gak. kui3.

SEKOLAH MENENGAH

Masa sekolah menengah, kitorang berlainan kelas
tapi hubungan kitorang still carry on biarpun kadang2 sangat berjumpa.
tapi kisah sedihnya yang nak diceritakan, si dia ni cuma bersekolah di
SMK KAMUNTING dalam 3 tahun sebulan je
sebelum dia pindah ke sekolah teknik.
nak tau apa reaksi Dr.Love?
Dr.Love nangis le pada hari last dia dekat sekolah.
tapi dia tak tau.
yang tau kisah ni cuma Liyana je.
sebab dia yang datang pujuk Dr.Love.
Masa nak balik pada hari tersebut, Dr.Love lambai dia
for the last time. Then pandang je dia kayuh basikal balik.
oleh kerana terlalu sedih, Dr.Love tak berdaya nak balik rumah kayuh basikal.
jadi bersorong je lah basikal tu sampai rumah.
balik rumah pun terperap dalam bilik.
buat apa?
nangislah. hahahaha. menangis sambil tulis diari.
sadis gile Dr.Love ketika itu.
yang geramnya, bila dia balik bercuti, dia tak pernah nak contact
Dr.Love. dia senyap2 je. tau2 je dia ada dekat rumah.
Eishhhh!!!!
nak kene betul!
hahahaha. bila ajak jumpe, mesti dia bagi alasan.
sama macam sekarang.
tak berubah-ubah.

SEKARANG
kami berdua masih berhubung.
melalui Fb aje la.... kan..
mesej tu jauh sekali.
dia mesej awek dia je.
cissss.... den ni ekau nak taruk mana?
(hehehehe)
kami nak berjumpa untuk luang masa sangat la payah.
sabo je la.
tapi cuti semester ni, budak Asraf ni
mintak Dr.Love ajar dia buat blog.
hah! kalo tak kerana nak buat blog, tak de la hg nak jumpa
aku kan? hampeh toiii...
huhuhu.

Ni masa form 3.
selepas pertandingan dikir barat.
huhu.. Dr.Love jadi tukang karut.
dari kiri : Liyana, Asraf dan Dr.Love

ini saja diantara moment yg Dr.Love boleh share untuk semua.
terutama anda wahai Asraf. Entry ni khas untukmu.
walaupun tak semua ditinta di sini,
tapi aku percaya mesti hg tengah sengih2 masa baca entry ni kan?
uhuuu... memori yang lepas memang aku takkan lupa.
dalam kita tak sedar, sudah 10 tahun lebih perhubungan kita ni.
jadi peliharalah ia sampai bila-bila.

wajah-wajah kitorang.huhu. Dr.Love takde banyak gambar
dia. dia la kedekot nak kuar sama2.
kalo tak dah beribu gambo dia dalam leptop ni.

For the last but not least,
aku harap kita sentiasa be together walau apa pun mendatang.
you are the first person create a great moment with me
since i've been back to Taiping from Sarawak.
aku hargai segala apa yg pernah kita lalui dulu.
and i'm gonna miss it.
Last Word from my heart :
I love you too
wink2
^(@_@)^


Sweet tak?
Miss You.

eheee. sekian...
wassalam.


Tiada ulasan: