bahan-bahan untuk bubur
2 ekor ikan sardin(bukan yg dalam tin taw.ambil isi ikan sahaja dan potong dadu)
daging kisar(beli yg dah siap kisar)
beras satu cawan
air secukupnya
satu ulas bawang putih (cincang)
setengah sudu ladahitam (tumbuk kasi hancur)
satu biji bawang merah (cincang)
sebiji kentang (potong dadu)
setengah batang carrot(potong memanjang)
broccoli satu pokok (potong mcm biasa)
garam secukup rasa
kiub ayam (setengah je)
satu s/b sos ikan
daun bawang / daun sup (kalo nak la)
bawang goreng (kalo suka-Dr.Love xsuka. hehe)
minyak untuk menumis
cara-cara:
1- basuh beras sampai bersih dan toskan.
2- panaskan minyak dan tumis bawang putih, merah smpai wangi
3-masukkan ikan dan daging cincang.gaul. kemudian
beras, air secukupnya, kentang dan carrot
4- selepas kesemua tadi dah mengembang masukkan kiub ayam,
sos ikan garam dan broccoli.
5- masukkan lada hitam yg ditumbuk.gaul sehingga kesemuanya
empuk dan nasi betul2 lembik
6- hidangkan. tabur daun bawang.daun sup serta bawang goreng
bahan-bahan untuk omelette:-
2 biji telur
keju parut (parmesan/cheddar)
susu cair (dlm tin)
susu kotak (yg berkrim)
daging ayam kisar
kacang pis (potong nipis2)
1 s/b minyak
2 sudu mayonis
cara-cara:-
1- pukul telur kemudian masukkan mayonis, 3 sudu makan susu kotak
2 sudu kecil susu cair dan masukkan ayam kisar dan kacang pis
2- panaskan minyak kemudian masukkan adunan.
3- untuk menimbulkan kerangupan taburkan keju parut diatas telur
4- siap dihidang bersama bubur. yummy!
nota lutut: jangan risau, walaupun ayam sudah dicampur dgn telur,
ayam tetap masak. sbab ayam kisar cepat masak.
letak mayonis supaya omelette anda gebu.
~Hah korang mesti pelikkan kenapa tiba-tiba Dr.Love bertukar menjadi Chef Love.
eheeee. saja ja kongsi resepi yg doktor love sendiri cipta. rasa puas bila dapt memasak.
tambah2 pulak memasak masakan yg kita cipta. selamat mencuba.
~original receipe from Dr.Love~
2 ulasan:
ye. sgt lapar sekarang. bertambah lapar tengok mknn ni. :')
jemput mkan.eheee
Catat Ulasan