background

Selasa, 20 Disember 2011

Falling in Love once again!

Oh my God... save me...
I'm falling in love again...
It happen rapidly!
Forgive me!

Rabu, 7 Disember 2011

(sambungan part 3) Antara Dua Hati - Kisah seorang gadis

Dari hari ke hari Razif semakin rapat dengan Azra. Gadis ini bukanlah seperti yang dilihat dari luarannya. Sesiapa yang mengenalinya pasti susah mahu berpisah dengannya. Dia ibarat gam. sekali melekat pasti sukar mahu dileraikan melainkan dengan cara kasar. Ya sudah pasti terkoyak dan terluka jadinya. Ketika bersama Azra, Razif sering merenung mata perang gadis itu. Senyumannya comel beserta lesung pipit yang kecil molek itu, ahh bisa buatkan Razif angau. Setiap masa Razif impikan untuk memiliki Azra biarpun gadis itu sering menceritakan perihal bekas kekasihnya yang namanya sama seperti Razif.

Razif : Azra masih sayangkan dia?
Azra : Always love him even i have another man in my life.
Razif : Kenapa? istimewa sangat ke dia ?

Nada cemburu Razif membuatkan Azra menoleh memandangnya. Kejernihan pandangan Azra itu melemahkan kelakiannya. Azra meninggalkan Razif yang masih dahagakan kehadirannya disisi. Namun Azra cuma mahu lelaki itu hanya menjadi abang baginya. tidak lebih dari itu.

 Azra : Mungkin abang nak kata Azra gila sebab menyayangi dia. tapi bagi Azra itu adalah life Azra.
Razif : abang tak maksudkan macam tu.
Azra : Dah la bang. mungkin Azra dah banyak buang masa abang. Azra balik kelas dulu.
Razif : Azra Amani!
Azra : (menoleh seketika. matanya bertaut dengan mata Razif)
Razif : Tolong jangan pergi. Abang perlukan Azra...

Dengan nada terketar-ketar itu cukup membuatkan Razif menghela nafas panjang dan cukup membuatkan buku catatan pengawas Azra terlepas dari genggaman. Azra berundur setapak demi setapak namun Razif sempan menggapai lengan Azra. Hatinya berdebar kencang. kelakuannya itu tidak dipandangi sesiapa kerana kawasan itu jarang digunakan..

Azra : Abang, lepaskan tangan Azra!
Razif : No! and never be!
Azra : abang giler ke? kalau abang teruskan macam ni, Azra xnak kawan abang!

Genggaman Razif terlerai tatkala mendengar Azra melemparkan ugutan sedemikian. Tidak! Tidak! Azra takkan terpisah darinya! Azra menggosok lengannya yang sakit digenggam Razif. Razif melutut di hadapan Azra. Ketika itu Wilda kawan baik Azra terlihat kejadian itu.

Razif : Azra Amani, abang merayu, jangan buang abang dari hidup Azra. Maafkan abang...
Azra : (terdiam)

(bersambung)

Selasa, 29 November 2011

(sambungan) Antara dua Hati - Kisah seorang gadis

Semua peserta yang mengambil bahagian untuk Sketsa Hari Pahlawan sedang berperang dengan gementar. Tidak terkecali dengan Azra. Razif memandang Azra dengan perasaan ingin perhatian dari Azra. Namun gadis itu langsung tidak menoleh. Razif mengalamun sendiri sehinggalah tiba giliran kumpulan mereka. seperti biasa Azra yg mulakan pembukaan dngan memberi pengenalan ringks untuk pesembahn yg bakal dilakukan.
Razif menjadi watak bapa , Nithaa menjadi watak ibu, Azra dan Nana menjadi anak kepada Nithaa dan Razif. Dalam sketsa ini membuatkan Razif berpluang mendekati Azra kerana watak Azra sering bertembung dengan wataknya. Ketika babak pencerobohan komunis, Razif secara tiba-tiba menarik Azra. sepatutnya dia harus menarik Nithaa (watak isteri Raziff). Azra secara spontan menutupi kesalahan itu. Azra yang mahir dalam bidang lakonan sedaya upaya menampung cacat cela yg terjadi. akhirnya slsai pesembahan mereka. Saat debaran makin terasa ketika nama2 kumpulan y akn diumumkan sebagai pemenang. yg ktiga dan naib johan sudah diisi, kini tiba giliran tempat johan. Ramai guru-guru termasuk guru pembimbing kelab kerjaya mmandang Azra yg duduk mnghadap tiang dewan.

Cikgu Osman : Kini tiba masanya saya umumkan tempat pertama. Johan bagi pertandingan kreatif sketsa Hari Pahlawan 2007 jatuh kepada... kumpulan Semarak Kerjaya dari KELAB KERJAYA. kumpulan
 ini diketuai oleh Azra Amani bt Razlan.

Semua pelajar dan guru2 memberi tepukan yang gemuruh. Cikgu Aisyah yang menjadi pembimbing Kelab Kerjaya berplukan dengan seorang lagi rakan guru pembimbing iaitu Cikgu Hasnah. Razif yang buat pertama kali memasuki pertandingan di sekolah (hanya kerana Azra) rasa sangat bangga. Azra naik ke pentas untuk menerima hadiah.

(brsambung)

Jumaat, 25 November 2011

Antara dua hati - Kisah seorang gadis

Azra (bukan nama sebenar), Ifran (bukan nama sebenar) dan Razif (bukan nama sebenar). Azra dan Ifran adalah sepasang kekasih. mereka berdua bertemu ketika Azra dan Razif sama-sama di terima bekerja dibawah satu syarikat mengimport susu getah. setelah hampir setahun berkawan, akhirnya Azra dan Ifran mengakhiri persahabatan mereka dengan percintaan. Azra bhagia bersama Ifran biarpun pelbagai rintangan yang mereka hadapi. Namun dilema Azra adalah rakan sekolahnya sejak dia berada di bangku tingkatan 4 lagi sering menghuni pemikirannya. Razif merupakan senior Azra. ketika mereka berkenalan Razif berada di tingkatan 6 bawah dan Azra pula di tingkatan 4. beza umur mereka 2 tahun. dan itu membuatkn Azra menganggap Razif sebagai abang. namun lain pula halnya dengan Razif. sejak pertama kali bersua Azra di waktu perhimpunan hari isnin minggu pertama bermulanya sekolah,Razif mula menyukai sifat Azra yang tegas ketika itu kerana Azra seorang pengawas sekolah. Biarpun fizikal Azra bukan pilihan lelaki masa kini, namun Razif memandang Azra pada sudut berlainan. Azra yang ketika itu ditugaskan untuk memeriksa sahsiah rupa diri setiap pelajar tingkatan 6. Sesudah sampainya giliran Razif, Azra memeriksa seprti biasa. segala soalan yang keluar dari mulut Azra berbaur tegas.

Azra : Kenapa tak pakai full attire form 6?
Razif : Errr... lupa gosok la dik.
Azra : Lain kali jangan lupa lagi. boleh ke tak boleh?!
Razif : Errr... tapi...
Azra : jawab boleh atau tak boleh je! saya taknak alasan lain.
Razif : (menelan liur.) Boleh.
Azra : Okey. jalan!

Rakan-rakan sekelas Razif semuanya bertanyakn tentang kesalahan Razif. Ada antara mereka memburukkan para pengawas yang bertugas. Namun Razif menyatakan ia adalah salahnya sendiri. Keesokkannya Razif yang tanpa teman terserempak dengan Azra yang sedang mengulit buku pengawasnya. mereka berjalan arah bertentangan. setibanya mereka berselisih Razif memandang Azra dan Azra memandang Razif kembali sambil lemparkan senyuman dan terus berjalan melepasi Razif. Bau haruman perfume Azra membuatkan Razif terhenti melangkah. Razif menoleh kearah Azra yang telah hlang dari pandangan. Semalam gadis itu berwajah garang, secalit senyumn pun tiada namun sebentar tadi wajahnya ceria dan tidak lokek tersenyum. Hti Razif berdebar... kini setelah melewati 2 ujian bulanan di sekolah, pihak sekolah menganjurkan beberapa program untuk merehatkn minda pelajar sebelum melangkah ke peperiksaan akhir, SPM, PMR dan STPM. Pada hari sabtu yakni hari kokurikulum bersidang, semua pelajar mghadiri ke unit uniform masing-masing. setelah itu, mereka menghadiri kelab masing-masing. ketika itu Azra merupakan pemegang AJK tertinggi dalam kelab kerjaya danmenjadi harapan guru yang mendalangi kelab tersebut kerana Azra sering mengambil acara-acara kesenian untuk mengetengahkan nama kelab kerjaya. Kebetulan pula semua pelajar tingkatan 6 wajib mengambil kelab kerjaya atau kelab flora dan fauna shaja. kelab lain hanya untuk pelajar tingkatan 5 ke bawah. Razif memilih kelab kerjaya kerana Azra presiden kelab tersebut. cabaran kali ini adalah pertandingan sketsa sempena hari pahlawan. Azra yang menjadi ketua untuk menguruskan segalanya rancangan dan strategi.

Azra : Kita buat sketsa mengenai penjajahan orang dahulu kala.
Nana : Siapa nak tulis skrip?
Nithaa : ayoyo... Azra la. sapa lagi.
Afiq : siapa na ajar kita berlakon?
Nana : Azra la. dia kan primadona sekolah. wanted actress kau tau x.
Azra : ahh! sudah2 la mengampu. kami buat apa yang kami mmpu aje.
Razif : Abang tau Azra boleh lakukannya.
Azra : haha. itu semua terpulang pada kerjasama dari kalian semua.
Nana : kita mesti bekerjasama. Kita msti menang!
Azra : Nope! korang mesti kena ingat. apa saja kita buat, jgn fikirkan kemenangan. fikirkan penyampaiannya. kualiti dan makna itu pentng!

Razif tersenyum. meremang bulu romanya tatkala mendengar apa yang baru sahaja diperkatakn oleh Azra. Latihan demi latihan dilakukan. rupanya Azra lebih serius soal menjalani tanggngjwab mendidik anak buahnya berbanding menjalani tugas sbagai pengawas.Sekali lagi hati Razif berdebar. Hari pertandingantelah pun tiba. kesemuanya gementar. namun Azra mejadi pengubat gementar kepada anak-anak buahnya.

Azra : Relaks... Bertenang semua. Bertenang. Mari kita baca doa.

(BERSAMBUNG)

Khamis, 10 November 2011

Jumaat Corner - Seruan Kubur-


Assalaualaikum....
Nak share lagi tentang ssuatu yg perlu semua umat manusia tahu. First time Dr.Love rajin hapdet. -ececeh-
 
Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
... 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka.

KORANG INGAT TARIKH 11.11.11 TU CANTIK KE?

Assalamualaikum...
Haa..Meh cni baca mengenai tarikh yg kalian sebut2kan pada hari ini.
Petikan pendek ni Dr.Love share dari facebook.

Nk sgat tarikh 11/11/11 tu kan. nah baca! Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu ...apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11. Wallahualam.

-PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA-

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
...
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu


Pstt: Dr.Love ambil ni dari facebook. Lepas baca ni rasa mcam sebak. wahai wanita mulia darjatmu disisi yg MAHA Esa. Marilah kita berterima kasih padaNYA dengan memuji dan berserah padanya. saya sayangkan Malaikat yang menjaga saya sejak bayi hingga kini dan selamanya. iaitu kamu, ibuku.

Isnin, 7 November 2011

AidilAdha with Nothing But have Meaning

Assalamualaikum. Salam AidilAdha.
Moga Anda semua ceria hendaknya.

Firstly, dah lama Dr.Love xhapdet belog. Ntah kenapa xde nafsu nk menaip. Mungkin, lately Dr.Love kurang sihat, letih dan xde mood. Yelahh, nk update mesti kene ada mood kan. Haa...4hb november lepas, dah boleh check result dah(UiTM), kawan2 semua, wlauapapun result anda, Dr.Love ucapkan tahniah kerana kita semua berjaya mengharungi pengajian diploma dengan jayanya. kepada yg tidak berpuas hati, jangan bimbang, pasti ada rezeki buat kalian dilain hari. Okay, jgn moncong2.

Macam mana dengan hari raya anda? Apakah pengorbanan yg anda lakukan? Whatever it is, hanya kita dan Allah saja yang tahu. kalau kita uar-uarkan nnti ada yg mengatakan kita riak. betoi x? biasalah, insan2 kini sedang berlumba untuk buktikan mereka aje yg bagus. sebenarnya semua orang bagus2 belaka, cuma sifat tak puas hati dan bisikan syaitonirojim aje yg uatkan sifat iri hati timbul. nevermind guys. keep it up what ever u did now. Because, hanya Allah je tahu apa yang bakal mendatang kelak di hari muka kalian.

Dr.Love tak ada benda yg menarik untuk di share masa hari raya ni. maklumlah, dr.Love xberaya sgt pon. setakat ziarah kaum keluarga nun di kampung saja. Alhamdulillah rezeki daging korban juga anda diperuntukkan. Terima kasih kepada yg memberi. Moga tuhan merahmati kamu semua...

Pssttt: Hari ni (8 november) birthday mak Dr.Love. Happy birthday mak... Love u. semoga panjang umo n murah rezeki....


Salam AidilAdha semua!!!

 Selamat Hari Lahir,mak... Love u!!!

Isnin, 24 Oktober 2011

Video Dream Sequence dari Short Film Send Yor Heart To Me

Assalmualaikum...

Da lama Dr.Love tak update. Sebabnya Dr.Love sibuk dengan kerja.
Siang kerja. Malam je baru sampi rumah. Seestinyalah, waktu malam di peruntukkan untuk rehat.
AHad baru cuti. haihhh~susahnya nak mencari sehelai wang kertas. apa-apa un ia mngajar Dr.Love supaya menghargai wang.

Okay, kita ke agenda sebenar. iaitu video2 sedutan mimpi dalam filem pendek saya yg sepatutnya si tayangkan pada bulan syawal haritu. oleh kerana tayangan ketika itu tidak aktif jadi, dr.Loe kena injakkn tarkh tayagan pada tahun depan.(mcam la dr.Love ni filemmakr yg terkenal.)

Untuk menebus kerinduan para pelakon dan ahli2 produksi, dr.Love sempat edit video2 ini. yang pastinya akan mengundang gelak tawa dan juga sebuah memori indah. THANK YOU TO ALL OF YOU kerana menjyakan pengambaraan Send Your Heart To Me pada bulan Ramadhan 2011. korang mmg best dan tabah.


Har Dil Jo Py Karega
(gandingan Elie Lily dan Abg Leo Huzair)


Teri Chunariya
(gandingan abg Leo dan Farahanis)


Chamiya
(Gandingan abg Leo Farahanis)


Ahad, 16 Oktober 2011

Dugaan Dunia, Dugaan Akhirat

Assalamualaikum...

Di usia peringkat remaja sememangnya mempunyai seribu satu dugaan yang menimpa. Namun kita tak perlu goyah kerana dugaan yang dihadapi hanya sebutir dari apa yang akan kita hadapi di usia dewasa nanti. Remaja juga sangat2 sensitif jika di nasihatkan berasaskan agama. kerana bagi para remaja mereka sudah jelak mendengar perjuangan rasul kita dari usia sehari hingga akhir hayat baginda. Apa yang pasti baginda seorang tokoh yang sangat unggul sampai bila-bila. Remaja kita mudah terpengaruh dengan hal-hal yang tidak sepatutnya di contohi. Sifat remaja yang degil dan ingin mencuba sesuatu membuatkan mereka sering memberontak. Dalam hati kecil mereka sering berdalih dan tidak mahu menunjukkan jalan lurus. Kerana hati mereka suka cabaran dan suka jalan bengkang bengkok. Itu salah hati sendiri. insan sekeliling tidak akan abaikan kita. samada kita sedar atau tidak, dalam seribu manusia pasti ada seorang insan akan menegah kita dari memilih jalan yang silap. 





Ibu bapa:-

Ibu bapa adalah tunggak segalanya buat sang anak yang dlahirkan ibarat sehelai baldu putih tanpa corak. Ibu bapa sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sentiasa mengharap menggunung tinggi buat sang anak tanpa memeriksa tahap darjat anak mereka terlebih dahulu. oleh itu apabila sang anak itu gagal, maka mereka akan melepaskan kemarahan sewenangnya. itu satu dugaan buat sang anak atas dugaan ketidak sabaran ibu bapanya. Sang anak harus terima. Namun akal dan hati sangat terluka atas perbuatan ibu bapa yang masih melayani sang anak seperti anak kecil (walhal sang anak sudah layak berkahwin) anak-anak yang sudah menjangkau 20 tahun seharusnya JANGAN  dipukul dan dimarahi lagi. kerana usia angka 2 ini hanya memerlukan seorang sahabat yang memahami dan setia menasihati yakni ibu atau bapa. Jika ibu bapa masih melayani anak2 seperti anak kecil dengan memarahinya, ia tidak akan menimbulkan penyelesaian. Ia hanya merumitkan keadaan. contohnya seperti isu anak2 lari dari rumah, anak gadis lari bersama kekasih, anak2 menghisap/mengedar ganja, anak2 remaja membuang bayi, dan sebagainya. Kemarahan bukanlah jawapan segalanya. Ibu bapa duduklah semeja atau sebelah anak, usap belakang mereka dan tanyakan apa yang perlu ditanya. ia adalah jalan yang terbaik.mungkin disitu timbul penyelesaian. Jika masih mengamalkan pukul memukul, bagi Dr.Love, ia tidak bagus.sudah terlambat. nak pukul atau marah, ia harus dilakukan seawal usia 4 tahun lagi.

Dugaan di dunia ini tidaklah berat untuk digalas kerna, dugaan kita di akhirat sana, MasyaAllah... Wallahualam. kita pun tak tahu bagaimana beratnya. Jadi sama-samalah kita renungi dalam diri
masing-masing.
                               

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar...

Isnin, 10 Oktober 2011

Mana recap 2 tahun setengah punya cerita yang lain?

Assalamualaikum..
Just short entry...
Maaf, buat masa ni Dr.Love not available nk post recap2 story seperti yang dijanjikan.
Sebab atas dasar internet yang tidak memuaskan. hehehe.
InsyaAllah, ada waktu nnti, Dr.Love akan post okay...?
Have a nice day semua.
Kata-kata berlian dari Dr.Love :-
"Manusia Allah ciptakan sama sahaja semuanya,
TETAPI sifat-sifat manusia itulah yang membentukkan mereka
sebagai INSAN."

Hadapi dugaan dengan senyuman. Biarpun tangisan menghiasi tubir mata,
Namun tanpa usaha dan doa, masalah takkan selesai.
Tingkatkan ibadah kita,
Jauhi apa yg patut dijauhkan.

Comel kan budak ni? budak ni anak sedara sebelah sepupu selipat
Angelina Jolie punya nenek sebelah datuk dia punya jiran.
Namanya Angelino Jolieng.

Isnin, 3 Oktober 2011

Recap 2 tahun setengah punya cerita (Semester 1)

Assalamualaikum...
Lama tak hapdetkan?
Maklumlah, mood bercuti. jadi jari pun nak bercuti jugak dari menaip.
Sebelum balik cuti ni dok gigih menaip assignment sampai lenguh jari.

Alright, entry kali ini terus terang Dr.Love nk habaq, mungkin sgat berterus terang dan sakit hati.
Tapi Dr.Love ttap nk bagitaw kt hampa semua mengenai apa yang terjadi selama Dr.Love menjalani kehidupan sebagai pelajar diploma di UiTm Shah Alam, Kampus Puncak Perdana...
Sebelum raya dulu budak2 kelas Dr.Love ada buat conversation luahan perasaan. But, secara jujurnya, Dr.Love boleh nampak conversation itu dirancang untuk diadakan adalah untuk mengHANTAM rakan mereka yg mulai berubah fiil yakni Hary Harith atau lebeh dikenali sebagai my Love. tak taulah betul atau tidak apa yg Dr.love duga, tpi kalau anda berada dihari kejadian, mungkin anda turut nmpk apa yg saya nmpak. Niat mereka baik, but salah cara. sebabnya, mereka tidak selidik dahulu apa mood member tu pada hari tersebut. Rasa kesal pun ada. sebab akibat dari conversation tersebut, sgt berat dugaan yg menimpa sidia, family sidia dan juga pada diri dr.Love sendiri. Rasa nk marah tu mmg ada, tapi cuba jawap, kalo 14 lawan seorang sape menang? haaa...mengapa 15 orang je? kata 19. lagi 5 tu ape kes? ha, lagi 5 tu dikalangan kitorang ler. ada kisahnya, mungkin xperlu di detailkan sebab malas nk taip bende2 annoying macam tu. bukannya Dr.Love nk tulis dalam blog je brani, tpi haritu masa conversation Dr.Love xde peluang nk cakap bnyak. Bila cakap je mesti ada yg cantas atau menyampuk. pantang betul time aku nk cakap org memotong. last-last haku diam aje la. padahal diorang yg nk sgt taw. tapi kan, kalau hari tersebut aku bersuara, mesti ada yg membenci aku sekarang. sebab manusia ni pelik, hal KEBENARAN susah betul mereka nk telan dan ambil sebab pahit kononnya. tetapi kalau hal PENIPUAN  manusia sgt suka kerana ia sangat manis buat mereka. nak tau kenapa saya cakap mcam ni? sebabnya, ada yg tulis kt facebook "aku menyampah dgn si penipu ni. lepas ni aku dah xnk percaya kau dah" masalahnya sekarang dik nun oiii, kau yg payah nk dgar kebenaran. bila kau dpat tau org tu ckap belakang, kau mula berang. pokok pangkalnya salah kau jugak. bila dia menipu kau tersenyum bangga. apalah! siot je. hahaha. sekarang sudah faham? hahahaha. ada si polan ni cakap kt Dr.Love, "aku pntang pada si pembohong!" tetapi apabila org puji atau cakap apa2 pada dia (sah2 dan terang2an xbenar) dia bukan main lagi tersengih smpai xigt dunia. tapi bila Dr.Love menidakkannya dia tuduh Dr.Love penipu dan dengki. sekarang siapa cakap benar, siapa cakap bohong? aduiii kawan, tolonglah faham... aku xnak kau terus perasan. hakikatnya belakang kau orang dok mengata kau. Tapi apa boleh buat, ada je yg nk ckap Dr.Love menipu la, cakap xbetul lah. nk penjelasanlah. sebenarnya xde apa nk jelaskan. kalau korang anggap selama ni saya menipu, terpulang. saya sendiri konfius samada yg mana benar dan tipu. mungkin anda juga bnyk menipu saya selama ni. jadi seri satu samalah. xperlu ungkit.okay?
ok2 sory, ter'emo' pulak kan. maap,maap,maap bak kata sicomel Elie. baiklah kita ke sesi yg sepatutnya ya. sesi mengimbas kembali. dalam sesi kali ni semuanya saya cakap betul okey. jgn nk kata saya menipu, riak or whatsoever. kalo anda xdpt menerima, mknanya anda suka pada penipuan. so, terpulang. let's enjoy ye kawan-kawan.

Recap session

Semester 1

Lately ramai kawan-kawan Dr.Love post entry perpisahan dan kisah sedih-sedih xmau berpisah kononnya. Jadi Dr.Love pun post jugaklah. tapi bukan kes perpisahan je, sume kes Dr.Love ceritakan. Kalau brminat ikutinya dari semester 1 sehingga semester 5 okey? cool. jom layan gmbar2 ketika di semester 1.



Ketika mengangkat sumpah as new student UiTM di kampus Puncak Alam.
Ketika ini Dr.Love masih lagi diri Dr.Love yang xbnyak bercakap. Tak ramai kawan.
Dan Dr.Love mula menyelidik kawan-kawan kelas punya sifat selepas
dari hari kejadian. hehehe. mcam detektif pulak.

My ex-roomate yg manja dan penakut orangnya.
 Nadnad (oh ya, saya yg bgi gelaran ini padanya. smpai skrg org pggil dya Nadnad)
Nadnad adalah bestfren use-to-be la. tpi mlangnya it never happen.
wahh! perasannya aku menanam harapan. 
Ia hnya terjadi seketika saja. 
Aku ni jenis cepat sayang orang. tetambah comel cmni.


Rakan-rakan yang turut bersama ketika hari kejadian.
Yana, Mai dan Elie.
Yana ketika ini masih free hair. Dan dia sudah mula rapat dengan 
roomatenya Elie. mereka ni classmate aku.
Mai adalah housemate aku.

 My ex-housemate ketika semester 1.
Ini baru sikit. yang selebihnya mana pegi. Masa ini aku ingatkan mereka
ini akan kekal menjadi housemate aku smpai akhir.
Rupanya tidak. pada penghujung semester, Mai telah menghantar mesej pada aku
untuk keluar dan cari rumah lain kerna dia nak
stay dgan classmate dia saja. sadis kan? aku simpan lagi mesej Mai tu. 
Awal semester 2 aku terkejut apabila 2 classmateku menjadi housemate mereka.
Katanya hanya budak kelas dia. jadi apa kes?
Apa salahku dan cassy?
Nevermind. aku redha dan tidak berdendam.

 my classmate. muka budak2 lgi. mklumlah, fresh lagi dari form 5
masa ni sumenye kontrol sifat sebenar. hahaha. masa ni aku tak tau Alyssa on/off pkai tudung
jadi bila tiba2 aku tgok DP facebook dia free hair aku jadi
terkezut dan dungu jap. hahaha. lpas kwn2 bgitahu baru aku normal balik.
She's nice when bertudung. Adakah anda nmpak kmi semua
bakal menjadi classmate yg baik?
hahahaha.... yes/no.

Perbarisan Saf. Juara beb. bersama 'bakal' komander Ecah ketika itu.
Aku masuk perbarisan ni sebab nk tau mcm mana perbarisan UiTM. haha

Malam induksi senior. apa dah jadi nehhh...hahaha.
Masa ni aku blurr.. sebab kena menari rap. gilo kau dgn saiz cenggini.

grup 4. geng2 dalam grup.


Photoshoot kelas buat pertama kali.
Semuanya buat muke suci... hahaha...
(tapi mungkin ketika ini aku dah dpt tau sifat mereka bgaimana
that's why aku bnyk diam dlm kelas. huhu. suprise2. 
mesti ada yg kata aku ni perasan bgus kan?
hello, i'm not. cuma kasitau kebenaran. Tuhan yg maha tau segalanya. )
Sebenarnya masa ni aku malas nk gi photoshoot.
tapi oleh sebab Mai paksa dan tolong make up kan aku, jadi aku dtg jugak.
Dan aku xsuka kene tgkap gmbar.
Cassy turut menyatakan dia xnk dtang. tapi Shah dah pksa, dia dtang juga.


Ini adalah kisah disebalik Semester 1. ada lagi. tapi macam taknak cerita. hahaha... rasanya ini pun dah cukup buat orang yg baca mengatakan aku annoying dan melebih2. kan? tapi ini hakikatnya beb. ini hakikatnya. dalam semester 1 ni, dalam 100% hanya 30% je aku happy. lagi 70% aku sedih dan pendam semuanya dalam hati. Bukan aku xnak share dengan orang, tapi pada siapa aku nak share? jadi sendiri hadapi sendiri simpan. tol tak? weee... okay bersambung dengan Semester 2 pulak nnti okey... Daaa...
Wassalam.


Ahad, 25 September 2011

Asmaul Husna fadhilat serta khasiatnya - part 4

AL HAQQU                
Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.


AL WAKIILU            
 Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         
Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.


AL QAWIYYU          
Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA:         
Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.


AL MATIINU             
Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA:        
Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.


AL HAMIIDU             
Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.


AL MUHSHII             
 Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:         
Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.


AL MUBDI-U             
Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         
Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.


AL MU'IIDU            
Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA:         
Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.


AL MUHYI                
Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU            Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.


AL HAYYU                Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.


AL QAYYUUM          Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.


AL WAAJIDU            Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.


AL MAAJIDU            Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca  sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.


AL WAAHIDU          Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.


ASH SHAMADU       Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:         Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.


AL QAADIRU           Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.


AL MUQTADIRU     Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

AL MUQADDIMU    Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA:         Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.


AL MUAKHHIRU    Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.


AL AWWALU           Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA:         Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.


AL AKHIIRU             Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca  setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.


AZH ZHAHIIRU       Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA:         Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.


AL BAATHINU        Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA:         Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.


AL WAALIYY            Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:         Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.


AL MUTA'AALII      Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.


ALBARRU                Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA:        Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.


AT TAWWAABU      Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.


AL MUNTAQIMU     Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA:         Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.


AL 'AFUWWU           Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA:         Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.


AL MAALIKUL MULKI               Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA:         Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.


DZUL JALAALI wal IKRAAMI    Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA:         Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.


AL MUQSITHU        Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.   


AL JAAMI'U             Ertinya Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.


AL GHANIYYU        Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.


AL MUGHNII           Ertinya Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.


AL MAANI ' U          Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA:         Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU        Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA:         Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.


AN NAAFI ' U          Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA:         Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.


AN NUURU              Ertinya Yang menerangi.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.


AL BADII ' U            Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA:         Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.


AL BAAQII               Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA:         Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.


AL WAARITSU        Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA:         Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap  malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.


AR RASYIIDU           Ertinya Yang Memberi Petunjuk.
KHASIATNYA:         Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.


AS SABUURU           Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.


Jumaat, 23 September 2011

Asmaul Husna dan fadhilat serta khasiatnya - part 3

AL BASHIIRU           
Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.


AL HAKAMU            
 Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA:        
Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.


AL'ADLU                   
Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.


AL LATHIIFU           
Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.


AL KHABIIRU         
 Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.


AL HALIIMU             
Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.


AL'AZHIIMU          
  Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:       
  Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.


AL GHAFUURU       
Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.


ASY SYAKUURU      
Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:         
Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.


AL'ALIYYU                
Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:         
 Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.


AL KABIIRU             
Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.


AL HAFIIZHU         
Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:        
Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.


AL MUQI ITU          
Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA:         
Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.


AL HASIIBU              
Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA:         
Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.


AL JALIILU                
Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.


AL KARIIMU          
Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
 KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.


AR RAQIIBU             
Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.


AL MAJIIBU              
Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA:        
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.


AL WAASI'U              
Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.


AL HAKIIMU             
Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:          
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.


AL WADUUDU          
Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.


AL MAJIIDU              
Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.


AL BAA'ITSU            
Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah. 


ASY SYAHIIDU         
Ertinya  Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

Ahad, 18 September 2011

Asmaul Husna dan Fadhilat serta Khasiatnya - Part 2

AL MUSHAWWIRU   
Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.


AL GHAFFAARU      
Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir  100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan. 


AL QAHHAARU       
Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.


AL WAHHAABU     
Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.


AR RAZZAQU          
 Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.


AL FATTAHU          
Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU                
Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.


AL QAABIDHU         
Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.


AL BAASITHU        
Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA:        
Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.


AL KHAAFIDHU     
 Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA:         
Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U              
Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.


AL MU'IZZU           
 Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         
Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.


AL MUDZILLU         
 Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.


AS SAMII'U              
Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.


Sabtu, 17 September 2011

Asmaul Husna dan Fadhilat serta khasiatnya - Part 1

Assalamualaikum...
Dr.Love rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu-ilmu diatas bersama semua pembaca-pembaca. marilah kita sama-sama memahami syafaat Asmaul husna dalam kehidupan peribadi, personaliti dan seharian kita.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari 

ALLAHU  -  
Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:      
Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan     rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

AR RAHMAANU -
Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

AR RAHIIMU    -       
 Ertinya Yang Kasih sayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA:     
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.


AL MALIKU    -        
Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA:      
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

AL QUDDUUSU     
Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.
AS SALAAMU         
Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA:        
Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat  kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
AL MU'MINU            
Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA:       
Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.


AL MUHAIMINU      
Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ                    
Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

AL- JABBAARU       
Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU  
Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.

AL KHAALIQU        
Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

AL BAARI-U              
Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir  pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

Bersambung di part 2 ------->