background

Selasa, 24 Mei 2011

Tears drop of my pain

I wish, when i wake up this morning, i will feel relief...

    I wish when i open my eyes this morning, your images will be varnish...

                  I wish when i start thinking, all about your memory will be gone...

                           I wish when i start talking, i will never mention about you anymore...
                                  
                   I wish when i start walking, i will never headed my step to your place...

           I wish when i'm in happy, you don't display your sympathize to won me back...

I wish when i start missing someone, hoping it wasn't you!

                                        --no more second chance for you. You had enough chances--
                                        --now go to where you may step up your legs and happiness--
                                       -- it never make sense anymore to me if you begging me back--

                                                           -----Goodbye-----





                                      

Sabtu, 21 Mei 2011

Hati yang kau lukai (perkara xbest yg berlaku selepas gathering) sapa yg terasa anggap ini sebagai peringatan!

bila hati anda terluka kerana saya, anda lepas marah pada saya bertubi2, bila saya terluka kerana kamu, pada siapa saya mahu marah? bila kamu menangis menahan marah kamu lepas kata2 yg pahit pada saya, bila saya menangis kerana menerima kata2 pahit dari kamu, pada siapa saya mahu luah? bila kamu kata saya tak adil dan merajuk, tahukah kamu betapa sukarnya hati saya mahu menjaga hati kesemuanya????? saya hanya insan biasa. tapi kamu mahu saya jadi insan luar biasa yang mmenuhi segala kehendak telunjuk kamu hanya kerana kamu tahu saya pasti menunduk pada kata2mu. maaf. saya bukan begitu lagi. harap kamu mengerti. saya faham situasi awak ketika ini. tapi awak tak ada hak nak buat saya tersepit. saya kene jaga hati ramai lagi orang disekeliling. bukan awak sorang je. kenapa awak ganggu mak saya yang tengah rehat di rumah? awak tekan loceng rumah saya bagai nak rak sedangkan awak tau saya tak ada dirumah. awak call bapa sedara saya yang kini berada di Kuala Lumpu, bekerja. cuba bgitau, untuk apa awak call dia? apa kaitan dgn saya? dia bukan tau aktivi saya. saya tau awak kalau marah awak dah tak peduli orang sekeliling kan. awk hanya fikirkan marah awak tu je kan? saya ingat apa awak cakap pasal diri awk. tapi ingat satu perkara JANGAN AWAK INGAT DENGAN TINDAKAN AWAK SEBEGITU AWAK RASA PUAS. AWAK KENA FIKIR, BILA AWAK SAKITKAN HATI ORANG LAIN KERANA RASA MARAH AWAK PERCAYALAH SATU HARI NANTI ORANG YANG AWAK BABITKAN TU MAKI AWAK BALIK. ATAU SAYA SENDIRI YANG PERGI MARAHKAN AWAK BIARPUN MEMANG SALAH SAYA. AWAK MEMANG PATUT KENA TEGUR!AWAK SANGAT KEBUDAK2KAN! JANGAN SMPAI AWAK NYESAL BILA SAYA CAKAP "Susah2 hang tak payah la kwan dgn aku dah! gi layan marah hang tu!" NAK? AWAK KAN RAMAI KAWAN LAIN. SAYA TAK SUKA PERANGAI AWAK YANG 1 NI. KALAU BETUL AWAK TAK LAMA LAGI NAK JADI ISTERI KEKASIH AWAK TU, AWAK UBAH PERANGAI AWAK YG 1 NI. BUKANNYA APA, TAKOT NANTI SELALU KENA MAKAN PENAMPAR. AKHIR KATA, SAYA TAK SUKA AWAK NYUSAHKAN KELUARGA SAYA. HARAP MAKLUM.

Jumaat, 20 Mei 2011

Having Fun Shopping barang2 camping

Assalamualaikum kawan blogger sekalian.
pada hari ini, Dr.Love nak buat entry tentang hari ini.
Hari ini Dr.Love dan kawan2 membeli belah di pasaraya tesco dan econsave.
untuk apa?
ooo...untuk beli bahan mentah yang akan dimasak ke gethering kami.
rasa tak sabar nk bercamping nanti.

pertama sekali kami semua gi tesco. cari barang. amik punya amik,
cket je baru tapi dah RM30 lbih. bajet rm70 je. jadi kami amik apa yang perlu aje.


ini di tesco. dpn nun safwan dan yg tudung merah ni mama yana.
troli je beso, brg ciputt...


katanya nak beli barang2 untuk masak tpi menyimpang tgok kaktus jap.


ini di econsave. lepas beli brg yg agk2 murah dekat tesco, kmi kesini pulak
untuk cari baki brang2. err... ni section ikan.huhu


wajah2 yang berjasa pada hari tersebut.
(khamis)


katanyalah. yake? adakah econsave adakan hrga rendah seperti taglinenya.
tidak okey. hrga brg2 disitu yg dipamerkan apabila di scan, ia mahal RM1.
contohnya air botol hrga pamer RM1.50 bila di scan hrganya jadi RM2.50.
hati-hati ya para suri rumah. chek betul2. hehe.

setelah beli barang esoknya Dr.Love proses lah bahagian menu Dr.Love iaitu
Satay Ayam Madu.
tak taulah sedap atau tak.
Dr.Love ni bukanlah handal memasak.
hehe. boleh la cket2.


krookk koookkk kookkk inilah nasib ayam seperti saya, sudahlah kepala dan kaki dibuang,
isi2 badan dibikinnya satay. oh hidup... rindu kampung halaman di reban sewa KL.


inilah bahagian badan ayam tersebut yang dikerat 8. harus proses untuk diambil isinya.
sangat rumit okeyhhh... Dr.Love proses sekor ayam ni pun smpai guna 6 bilah pisau dan sebilah parang
(hasil pengesyoran dari abah)


sambil2 tu bikin rempah untuk perapan. hah apa spicesnya? ada yg menanyakan resepi.
harus ada biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, kulit kayu manis.(mesti goreng tanpa minyak dolo)
lepas goreng campuran diatas, masukkan dalam blender dan blend smpai jdi serbuk.
 seterusnya, sediakan bawang merah kecil sebanyak 8 biji. bawang putih 5 ulas, halia 2 inci, lengkuas 2 inci
biji buah keras 3 biji (optional), serai 4 batang, gula(lagi bnyak lagi syok.) garam (sikit ja.) dan pak aji.
blend taw semua bahan2 nehh...


my abah (seksinya.biasalah di rumahkan) abah la yg tolong Dr.Love proses ayam. abah cakap dia
seriau tengok Dr.Love guna parang. takot tercantas jari sendiri. jadi abah pon tolong.
kata abah (pesanan juga) - kalau nak buat satay jagan beli sekor ayam. rugi! sebab ada isi2 ayam yg kita 
tak dapat amik sebab lekat di tulangnya. jadi belilah yang bahagian dada yang banyak isi tu. 
(hah para chef wanna be mcm Dr.Love suma, ada fhm pesanan dari penaja? hehe)


yeahhh! campurkan serbuk rempah yg kita blend tadi dengan bahan2 B tadi keatas isi2 ayam yg dipotong dadu tadi. kacau2 sampai sebati dan kemudian masukkan madu 5 sudu besar dan kacau sekali lagi.


dah sedia pun perapan ayam madu untuk satay. jadi untuk tau rasanya kena tunggu kamping lah.
perapan ni akan dibakar di campsite. oohh ya sebelum terlupa, lidi yg mahu dicucukkan pada ayam
haruslah direndam terlebih dahulu bagi memastikan isi ayam tidak melekat di lidi.

selamat mencuba ya kawan-kawan.

Nota kaki : Syazwan, salin la resepi satay ni. Atin dah bagi ni haaa.

Rabu, 18 Mei 2011

My Mr.Right

Assalamualaikum.
In the name of Allah, ones again i will appear my memories
with my friends in Memory Lane of Friendship.
Now we talking about a boy who i meet him for the first time
when i'm in form 2.(uishh skipping mexico plak)
Kali ni Dr.Love nak ceritakan tentang Mr.Right Dr.Love plak.
*jgan jeles Dr.Love ada banyak ehem2. uhuuu
Siapakah yg bertuah pada kali ini?
Dia adalahhhh

:
:
:
:
:
:
:
:
:
;
:
:
:
:
:
:
:
:


Muhammad Hafiz'Ilmi bin Mohd Rosdey
a.k.a
Mr_Right

SEJARAH

Kitorang satu sekolah menegah bermula dari tingkatan 1 tapi mula mengenalinya ketika
di tingkatan 2. ketika itu Dr.Love naik kelas nombor 1 dari kelas nombor 4 (ehem! hebat x?)
masa tingkatan 2, Mr_Right bersongkok tau. dan dia menjawat jawatan PRS.
Apa tu? Pembimbing Rakan Sebaya. baju warna merah. Dr. Love pun
ada la jugak menjawat2 neh. Dr.Love menjawat jawatan sebagai
pengawas sekolah yang berbaju biru. hehehe... Mr_Right neh pendiam. dia cuma cakap
dengan member2 lelaki je. (uhh... sombonk) biarpun sekelas,
Dr.Love pernah tegur dia sekali je. (dasyat x?)
tegur pun sebab nak tanya homework matematik dah siap ke belum.
Ish3. tapi Dr.Love dapat tau yang rumah dia dekat je dengan rumah Dr.Love.
dan lama-kelamaan, kami pun bersahabat. ttinnnggg!

RECAP

- Mr_Right kuat makan. makanan favouritenya dulu Ayam masak merah and daging masak hitam
- Mr_Right suka gadis yang cantik, bijak, berpendidikan, tinggi, manis dan solehah (wow!)
- Dulu, sangat meminati Marsha AF3 dan Siti Nurhaliza (haha. jangan tanya kenapa. tgok no.2)
- Suka pakai seluar pendek (seksi taw!)
- Suka pakai cap
- suka warna biru
- Aset menariknya adalah bulu mata yang lentik
- pernah jatuh dalam pelajaran matematik tetapi bangkit kembali dan mengungguli subjek tersebut (hebat!)
- Pandai mewarna. cantik sangat!!!!
- dulu kitorang sama tempat tuisyen. PUSAT TUiSYEN LAGENDA
- pernah menyertai eksplorace anjuran Cikgu Lee. (Best kan?)
- mementingkan pelajaran. dulu kalau Dr.Love down mesti dia push untuk semangat balik.
- KUat Merajuk!!!! Gggrrrrr.... (sabar okey. hehe)
- berpisah masa tingkatan 4. sebab dia melangkah ke sekolah teknik Taiping. (uwaaa)




Seorang yang kuat makan. kini badannya sudah chubby. dolo kering jew.



Mr_Right : Hah!! Dr.Love pecah rahsia Mr_Right yerrr?? Tidakkk!!!


Mr_Right : Buat pening pale je kalau difikirkan. bagus jugak kalau bagitau.
Mr_ Right pun dah lupa kisah dulu2. hehe


Termenung menanti Mrs_Right ke? uhuuu...




Di tesco. huhu.. sesekali berjumpa. eh3 Dr.Love sorang je girl?
Haruslah. sudah ditemani 3 jejaki hensem xkan nak ajak
gurl lain lak kan? hahahah. kalau ada yang terbekenan silalah bagitau.


LANJUT PELAJARAN

Mr_Right pernah tanya Dr.Love, apa yang Dr.Love minat? Dr.Love cakap la,
Dr.Love minat seni. Lebih kepada penulisan, minat pengarahan, sedang-sedang dalam bidang koreografi.
Dan Mr_Right tanya la, nak lanjut pelajaran dalam bidang yang tu ke?
Dr. Love cakap la, kalau dah rezeki ke situ, situ lah.
Mr_Right bagitau Dr. Love bahawa course2 macam tu ada di UiTM.
bila sebut tentang universiti ni, Dr.Love terfikir, layak ke aku melangkah ke Universiti.
serius Dr.Love cakap,Dr.Love sederhana je dalam pelajaran. Jadi, setelah tamat SPM,
Mr_Right banyak bagi info tentang melangkah ke menara gading. Mr_Right ajak Dr.Love ke
ekspo UiTM. dan di sana Dr.Love usha2 la course apa yang ada. Mr.Right pun jelajah jugak
ke tempat2 yang dia minat. setelah jalan-jalan, pusing2 akhirnya Dr.Love berhenti depan gerai
FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK.
dekat situ ada banyak pamplet. wahhh... pamplet pertama Dr.Love pegang adalah
fakulti Muzik. heheh. FM223 iaitu bahagian Vokal (macam suara sedap sangat. caisss!)
kemudian Dr.Love amik satu lagi FM(ape tah kod dia) iaitu bahagian instrument. hahaha. lawak2.
dan akhirnya tangan Dr.Love mengambil pamplet yang betul2 dibawah fakulti teknilogi kreatif & artistik.
bila bukak di dalamnya ada 4 sub-course iaitu
CT111 - Screen
CT112 - Artistic Writing
CT113 - Theatre
CT114 - Managment

Dr.Love pun bagitau pada Mr_Right. dia senyum je dan terus teman Dr.Love ke gerai tadi.
Dia suruh Dr.Love tanya pada penjaga gerai tu. pensyarah kot yang jaga gerai tu.
pensyarah tu cakap dia tak tau nak terang apa sebab dia cuma tolong jaga je. orang yang sepatutnya
jaga pergi break kejap. alamakkk... cane nak tau info kan. walaupun rasa tak puas hati. tapi Dr.Love
tetap ingin tahu apa yang disediakan di course ni. Dr.Love bersama Mr_Right ke Bank Simpanan Nasional
untuk beli number pin. kemudian kami layari internet UPU. disitu, Dr.Love isi kesemua sub-course yang Dr.Love curiousity sangat tu....
Akhirnya pada 1 Mei 2009 keputusan sms tiba.
"TAHNIAH! ANDA BERJAYA MEMASUKI UITM PROGRAM PENULISAN ARTISTIK SESI 2009."
wahhh banggo den! terus Dr.Love mesej dia. dan kitorang berjumpa. sekali lagi online
check yang lain2 juga. Dr.Love tak dapat masuk tingkatan 6. politeknik pun tak dapat.
SPA8 pun xdapat jawapan. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. seperti yang tertera di laman web
mohe.com Dr.Love dikehendaki melapor diri untuk sesi temuduga course yang Dr.Love dapat.
setelah beberapa bulan Dr.Love bergelar pelajar Universiti,
Dr.Love balik untuk cuti hari raya aidilfitri. ketika itu kami berjumpa.
dan satu ungkapan Mr_Right yang buatkan Dr.Love teringat sampai sekarang ialah.
"See... hang sudah pun berjaya langkah ke menara gading. kita kena yakin!"
Ya. betul cakap dia. agaknya kalau tanpa push dari dia, mungkin Dr.Love
buat tak kisah je tentang apply memane universiti. mungkin politeknik je yang termampu.
Terima kasih wahai sahabat. sangat menghargai semangatmu!
moga persahabatan kita kekal hendak-NYA

Ohh lupa pula. Mr_Right dapat memasuki ke Matrikulasi di Gopeng,Perak.
Memang sesuai dengan kelayakkannya.
seterusnya, Mr_Right melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah di
Universiti Sains Malaysia (Universiti no.1 tau dalam Malaysia)
Dr.Love je still diploma lagi. tak apa Dr.Love sudah pun berada ditahun akhir.
Tahun depan ada rezeki, Dr.Love akan ke Ijazah pula. =)



us  <3


Happy Friendship day!
25 April 2005
(tarikh mula tegur. ahaks~)

Ahad, 15 Mei 2011

Q and A (from my aunt's blog)

Do you ever wonder what your ex is up to?
Ahaaa... yes. even we're not together we still be a good friend.

Have you ever been given roses?
No! (please anyone....hahaha)

What is your all-time favorite romance movie?
Titanic. Can i? hehe... Twilight Saga maybe.

How many times have you honestly fallen deeply in love ?
many times. fall in love with animals, vampire, black colour, cooking, blogging, games, flowers, rempits, my parent, my lalink n frens and him, my love. huhu.

What’s your current problem?
ermmm... thinking about how to solve my parent's problem and how to gather my frens easier. uhh~

Have you ever had your heart broken?
Always!

Had a Long Distance Relationship ?
YES. my parent - forever
my love Bukhari - almost a years and hopefully till end.
my lalink Asraf - 11 years and hopefully till end
mama yana - 10 years and hopefully till end
my buddy iwan - 11 years hopefully till end
my girl yukie - 6 years hopefully till end
my girl aiyu - 7 years hopefully till end
my dearest friend - from the beginning until the end

Do you believe the statement, once a cheater always a cheater?
yes. people always cheat for their goodness. none of these people today talk sincerity. they have but others was cheats. everybody have their own reasons.


How many kids do you want to have?
3 kids. or depend to rezeki Allah



Whats your favorite color?
Black.


Where do you shop the most?
ermmm... perfume n sushi

At what age did you start noticing the opposite gender? 
Aduhhh....sincei know about the differences

Are you happy with your love situation?
Yes. he so sweet. uhuuu


Do you like anyone?
Yes. my lalink. ahahaha (jgn mare ya my love)

Do you know someone who likes you?
Yes. my love and everybody who menyenangi saya. TQ.


this Q n A i share from my aunt Tumirah Kuncop. you may visit her link. please do answer all of this yourself. bye2. Assalamualaikum.

Khamis, 12 Mei 2011

Ekor

Assalamualaikum. salam blogger.
entry kali ini Dr.Love nak story satu kenangan.
Maw baca atau idok, terpulank(giler rosak ejaan)

Seorang budak lelaki bernama Erzal berpindah ke sekolah menengah tttutttt. disana dia bertemu Alana dan Badrul. semua pelajar disana tidak menyenangi kehadiran Erzal kerana penampilannya yang sangat ganjil dan kelakuan anehnya tidak seperti orang lain. aktiviti Erzal pula sentiasa dibayangi oleh mummynya, puan Emma. nasib malang Erzal mendapat perhatian Alana dan Badrul. mereka menyiasat latar belakang Erzal biarpun kadangkala sikap Erzal berubah-ubah. Erzal tidak pernah tundung dengan kejahilannya dalam agama. malah dia gigih mempelajarinya dari mula. Alana dan badrul banyak membantunya. Puan Emma sering mengawal gerak geri Erzal malah Erzal dilarang untuk makan dan minum sebarang melainkan dari air tangannya saja. Alana sering bertanya tentang makanan pelik yang dibawa oleh Erzal. sebagai anak, Erzal hanya menurut perintah ibunya. apa yang paling ketara ialah, ibunya menyimpan ekor rambut yang panjang pada Erzal. pihak sekolah memberi amaran pada Erzal, namun mummynya masuk campur dan melarang keras ekor rambut anaknya dipotong. setelah bertekak, akhirnya guru disiplin yg incharge membawa puan emma dan erzal ke bilik pengetua. disitu, puan emma sekali lagi bingit memarahi pihak sekolah yang tidak memahami pernyataannya. akhirnya kerana kedegilan dan kebongkakkan puan Emma,Erzal diminta keluar dari sekolah tersebut kerana tidak mahu mematuhi undang-undang di sekolah. Alana cuba memujuk Erzal agak mummynya dapat membenarkan Erzal memotong ekor rambutnya, namun Erzal tidak dapat melakukan apa-apa, melaikan patuh pada arahan ibunya. Alana menangis kerana Erzal yang baru dikenalinya itu terpaksa berpindah ke sekolah lain. Badrul juga rasa terkilan kerana tidak dapat membantu bimbing Erzal ke jalan Allah sepenuhnya. kenangan bersama Erzal hanya berlangsung selama 3 bulan sahaja.dan ia terus lupus tanpa kesan.                                                                

(apa pendapat korunk? boleh buat filem x kisah nehh?) hehehe

Ahad, 8 Mei 2011

Happy Mother's day

Assalamualaikum.
Short entry today.
 just want to wish Happy Mother's Day to my mum:-
MADAME SAFIAH BT IBRAHIM.
May God Bless you Always.
Dr.Love juga mahu ucapkan selamat Hari ibu kepada semua ibu di dunia.
jom layan pictures!!!!


Mak bersama Dr.Love masa muda2 dolo.


Di taman tasik taiping (1994)


Di zoo taiping (1994)


(1996)


(2010)
Whatever it is i love u mum...
terima kasih sebab stay berada disisi anakmu ini.
anakmu ini berharap, mak akan always setia menyayangi,membimbing
dan membebel. hehehe.
Love you.
May God bless u.
semoga panjang umur.
semoga allah ringankan segala beban yang mak galas sekarang.

SELAMAT HARI IBU PADA SEMUA IBU!!!

Khamis, 5 Mei 2011

Pak Mat London

Pada suatu hari, Pak Mat London tumpang makcik Tijah naik basikal ke pekan.
Namun dalam perjalanan mereka ke pekan, makcik tijah mengadu bahawa dia penat.
kebetulan ketika itu Makcik Tijah berhenti betul-betul di tepi kebun getah yang mempunyai pondok.
Makcik Tijah mengajak Pak mat London untuk berehat di pondok kebun Getah.
Pak mat menurut sahaja. Setibanya di pondok tersebut, Makcik Tijah terus baring terlentang.
Pak mat yang berada di sebelahnya seperti tergamam dan tidak berkata apa-apa.
Makcik Tijah mula tidak selesa dengan tenungan pak mat London, lantas di marahinya orang tua
itu. Bahu pak Mat ditolak kasar. lagak seperti gangster.

Tijah: Woi mat! kau tenung tubuh aku kenapa? kau nak rogol aku yea?

Mat : Aku....

Tijah: Ahhhh!!! aku tau niat kau. semua lelaki sama saja.

Mat : Aku...

Tijah : Diam lah kau! lahanat punya jantan! aku dah tolong ini balasan kau.

Mat: Aku...

Tijah : Apa aku-aku? nak suruh aku serah tubuh la tu! jangan harap!

Mat: (meninggikan suara) Tijahhhh, aku ni BUTA. aku mana nampak apa-apa.aku tak tau pun kau ada dekat mana, Tijah oii... Aku diam sebab aku nak tau keberadaan kau. yang kau salah faham mengapa Tijah..?Aku pun xde nafsu dekat perempuan tua macam kau. kalau aku,aku nak jangung muda. baru ada lemak dan manisnya. Takat kau nak buat apa?! ishh!

Tijah: Err... ehehe... kau buta ya Mat. Lupa pulak aku. Aku yang cucuk mata dengan pisau masa kita kecik-kecik dulu. jangan marah arrr.... hehehe.

                                   Inilah dia pak Mat London yang dipercayai buta itu.

~ Dr. Love saja je buat cerita nehh.. Moralnya adalah, jangan cepat salah sangka pada orang lain. selidik dahulu kebenarannya. okey? good... sayang korang. sekian, wassalam.

Isnin, 2 Mei 2011

Pictures Semester 4


The boys. agak2 kan kalau diorang ni bukak grup k-pop malaysia,
ada orang kutok x? hehe. diorang pun jambu jugak hapa...


The girls. kalau yang ni pulak jadi grup k-pop girls, adakah kami semua
akan sehebat SNSD? Wonder Girls? Gee? oh hoo. Gula-gula mungkin?
Opsss... yg pastinya kami takkan pakai skirt mini tayang kaki.


suka gambar ni sebab nampak macam kitorang grup
K-pop yg posing untuk cover album. hahaha....
Better than Gula-gula right? huhu... posisi masing-masing macam
nak menari je. huhu. kalo nak sain kitorang,
bagitau larrrrrrrr.....


Ini bukan grup 2PM and 2AM okey. tapi ini grup 
24:7, ehhh! silap! ini adalah grup 12.30AM. jambu air kan diorang?
Lagu terbaru diorang "Sorry Sorry Jom Lari".
dalam kumpulan ni Paan lah dance machine diorang.
yang mana Paan? haa paan yg pakai baju hitam dan tersengih tunjuk semua
gigi tu. kalah SuJu dance machine, EunHyuk. kalah jugak 2PM dance machine,
Taemin. ahahaha.... dasyat ooo...
(diorang ni posing baekkkk punya.)


Hahahahaha... borak-borak.


satu lagi poster 12.30AM.
(hahahahahaha)
facebook diorang : 12.30AM official pages.
sila la like ye. (xde pun.)


Imbas kenangan.
Ag menceritakan bagaimana dia bertemu Paan.
dan seterusnya menjadikan Paan sebagai Dance Machine 
12.30AM.


kesinambungan.
Ez 12.30AM bersama Aima Super Senior bertemu
dalam satu cit cat celebrity.
dan mereka berkenalan.


Inilah dia gadis-gadis Wonder Girls yang kini join
Super Senior. Menurut mereka Wonder Girls meletakkan
syarat yg tinggi iaitu mesti berpakaian x cukup kain
jika mahu terus menjadi ahli Wonder Girls. ishhh3.
(mereka ini lebih cantik dari wonder girls)


4 dari 11 orang Super Senior. 
mereka ini agak pemalu dari yang lain2.
sila la kenali mereka. 
(hahaha)


Ini adalah aktiviti 12.30AM dan Super Senior.
kan dah cakap, mereka ini akan 
melakukan kesinambungan bersama.
mesra gitu.

- Tmat sudah nyot nyet Dr.Love. segala apa yang diguraukan diatas ni.
jangan la ambil hati. jadikan ia sebagai kenangan manis kita bersama.
semoga anda tersenyum dan ketawa dengan entry Dr.Love kali ini.
(dekat rumah Dr.Love tak ada streamyx. mungkin lama xkan update)
Jumpa pada sem hadapan. bye2.
selamat bercuti.

wassalam.

Perjalanan 1 semester

Semester pada kali ini telah menguraikan tirainya.
Setelah berperang dengan macam2 dugaan, akhirnya
kini masa untuk bertenang dan berehat.
nak cerita pnjang2, sudah ada rkan2 yg menceritakannya
kalau mahu baca juga, singgah cini. blog big sis.
haa...ada kenangan pahit manisnya dalam semester kali ini.
Mungkin ada satu perkara yg buatkan saya odd. iaitu,
saya tidak lagi mesra dgn seorang insan ni.
mungkin salah saya kerana tercakap kasar.
yalah, sebab saya tengah marah waktu tu.
(selalunya orang tengah mrah mmg tak sedar apa yg dia ckap)
dan lepas pada itu, saya tidak lagi mesra dengan dia.
kami sembang bila perlu je. tak apalah.
saya beri dia masa dan saya beri diri saya masa.
saya harap, sepanjang tempoh cuti ni,
kami berdua akan muhasabah diri.
semoga apa yg pahit antara kita setakat sem ini saja
moga sem depan kita ceria sediakala. okay.
notes from me to you : -
"I'm sorry for everything. take care okay..."

Dan tengahari nanti mak dan abah akan datang jemput Dr.Love
pulang ke rumah di Taiping. bestnya.
Selamat bercuti semua.

-Dr.Love-


Ahad, 1 Mei 2011

Kisah Kita Hanyalah Untuk Kita

Tika kisah telah bermula
kala hubungan dalam perkenalan,
kau terbitkan satu senyuman,
mataku tetancap pada satu ucapan
"Hai, boleh ita berkawan?"
namun aku kelu untuk membalas,
hanya dari lirikan mataku,
cukup buat kau faham.

Hari hari kita dihiasi dengan kemanisan
jauh lebih manis dari gula,
lebih manis dari madu.
Kau sering ceriakan suasana,
Kau sering membuatku tertawa,
Kau juga peneman setia,
Indah bukan?

Kita sering berangan-angan,
"Kan best kalau kite jadi macam diorang kan?"
Tidak cukup dengan angan-angan,
kita realitikan angan-angan tersebut.
wahh indahnya biarpun tak sama.
betul tak?

Bila sedih, kau mesti ada untuk pujuk.
Bestlah!
Bila sendirian, kau datang teman.
Baiknya!
Bila merajuk,kau datang pujuk
Sweetnya!

Sekarang ni kau ingat lagi ke semua ni?
tak apa, kalau kau tak ingat,
aku ingatkan.
dan aku akan ingat pesanan kau tu
bahawanya :-
"Kisah kita hanyalah untuk kita"

Ya! aku takkan ceritakan pada orang lain!

- Fatin Danea (isnin, jam 2.52 pagi)